Connect with us

#pop

“Dulu Sejam Aku Fly Leh Dapat Minima RM6xx..Tapi Sekarang..” – Bekas Pilot Cerita Detik Sukar Jadi Food Rider

Dengan kewujudan virus baru yang memberi impak besar pada seluruh dunia termasuk Malaysia, ramai orang kehilangan punca pendapatan atas ekonomi yang semakin merosot.

Bukan sahaja sektor ekonomi, malah sektor pelancongan juga merudum, membawa kepada penjejasan industri penerbangan.

Itulah merupakan detik sukar yang dihadapi oleh bekas juruterbang apabila dibuang kerja dan tiada punca pendapatan yang stabil.

Dari menjalankan karier di udara, sekarang menjalankan karier di daratan, itulah perkara harus dihadapi oleh salah seorang juruterbang yang dibuang kerja kerana virus pandemik.

Anwar Ajid, kongsikan di laman sosial Facebook kehidupannya sebagai penunggang motorsikal bekerja menghantar makanan E-Hailing.

Walaupun dugaan menimpa dia, namun perkataan putus asa tiada dalam kamus hidupnya demi memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Tiada siapa menduga krisis convid-19 tahun ini benar benar memberikan impak maksimum. Semenjak bertukar kerjaya dari sektor kerajaan ke dunia penerbangan aku fikir inilah kerjaya yang akan memberi kebahagian kepada keluarga kecilku ; anaku Sofea berusia 8 tahun dan isteri yang setia disisi sepanjang 10 tahun yang lalu.”

“Namun takdir Allah penuh misteri, setelah 10 tahun di dalam bidang penerbangan yang orang fikir penuh glamour..em..orang fikir..sedangkan bukan begitu akhirnya aku kehilangan pendapatan semenjak bulan 4 akibat syarikatku bekerja kehilangan pendapatan akibat pandemik.”

Sebelum menjadi ‘rider’, usaha beliau mencari kerja baru amatlah susah kerana banyak syarikat tidak menerimanya sehinggalah dia temukan jalan mudah untuk bekerja, sebagai penghantar makanan.

“Setelah keadaan reda aku memikirkan untuk mencari pekerjaan yang sesuai untuk menjana pendapatan. Namun bukan senang nak dapat kerja…bukan aku sorang kene takde pendapatan, ramai yang lain.”

“Puas aku menghantar resume ke sana sini bak kata PM namun hampa …takde sapa nak amik. Kecewa ,sungguh kecewa. Aku mana ade skill dalam bidang lain selain supir kapal terbang.”

“Ramai member lain menjana pendapatan dari saham dan forex tapi aku mampu tengok ajala. Duit yang ade pun hanya untuk membayar hutang selepas morotorium kelak. Nak belajar tentu learning curve sangat lama since bidang itu risiko tinggi.”

“So apa cara nak dapat duit pantas?Puas fikir dan belek apa ada di tangan akhirye aku decide jadi supir di darat pula.Oh ye pandu apa?Setelah survey pilihan yang ade aku fikir kerjaya ini maybe boleh menghasilkan pendapatan yang ok buat sementara.Kerja apa tuan tuan?Ehailing rider.”

Menjadi rider E-Hailing bukanlah senang, ternyata banyak cabaran yang harus dihadap setiap hari. Menurut Anwar, cabaran utama yang harus dihadapnya adalah kesukaran mendapat tempahan dan kerenah pelanggan yang tidak dapat diramalkan.

Dia menambah, memiliki motorsikal berkuasa tinggi juga susah atas sebab motorsikalnya berat menyebabkan dia menjadi cepat letih. Untuk menjadi rider E-Hailing, penunggang perlu konsisten untuk menghantar makanan.

Walaupun dugaan itu sukar bagi Anwar, namun dia amat bersyukur kerana masih punya kudrat untuk memperoleh rezeki yang halal dan berkat untuk keluarganya.

Sumber: FB Anwar Ajid

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya