Connect with us

#pop

Dulu seorang mufti, Dr Zulkifli denga rendah hati meminta nasihat dari ustaz Azhar Idrus

Published

on

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang kini merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah bersepakat dengan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengadakan sesi perbincangan secara langsung di media sosial.

Dengan membawa tajuk loghat terengganu ‘Deme wak mende PKP ning?’, beliau dengan penuh rendah diri dan tidak kekok bertanya kepada UAI tentang soal agama walaupun sebelum ini pernah memikul tanggungjawab sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YB Menteri di JPM (Agama) (@drzulkifli.albakri) on

Menerusi 1 kupasan yang menarik, Dr Zulkifli memberikan pertanyaan cepumas kepada UAI iaitu apa yang ingin ustaz lakukan sekiranya dilantik dan diangkat sebagai Menteri Agama.

Dengan tenang UAI memberikan jawapan yang agak bernas, kita mesti selalu memanfaatkan peluang dengan menggunakan kuasa sebaik mungkin dan penyalahgunaan kuasa dilarang sama sekali .

Dulu seorang mufti, Dr Zulkifli denga rendah hati meminta nasihat dari ustaz Azhar Idrus

“Bila kita memiliki kuasa, itu bermakna kita duduk di dalam satu situasi yang sangat berpeluang besar. Bila kita adalah Menteri Agama, itu maknanya kita berkuasa.

“Supaya agama Allah ditinggikan dan dimuliakan. Sebab apa? Aku jadi Menteri Agama selama tiga atau lima tahun, aku sempat buat benda ni dan aku dapat jawab di akhirat.

“Jadi, guna kuasa Datuk. Allah akan bertanya di akhirat kelak, apa yang kamu lakukan Datuk? Saya yakin bahawa Datuk faham dan tahu kat mana Datuk nak buat supaya agama jadi begitu tinggi, Datuk lebih arif dan bijaksana,” katanya.

Dulu seorang mufti, Dr Zulkifli denga rendah hati meminta nasihat dari ustaz Azhar Idrus

Sebagai penutup dan akhir kata, UAI juga turut mendoakan agar Dr Zulkifli dan seluruh kakitangan kementerian akan diberi kekuatan dan bantuan dari Allah SWT bagi menaikkan dan memartabatkan agama Islam.

Sumber : Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Continue Reading

Trending

Shares