“Bangun tidur je, depan rumah saya sudah hilang” – Penduduk terkejut lihat rumah ditelan bumi di depan mata

Penduduk di daerah Sangasanga, Kalimantan Timur semalam, terkejut apabila fenomena  seakan ‘likuifaksi’ atau pencairan tanah berlaku secara tiba-tiba dan menenggelamkan rumah mereka.

Fenomena seperti yang berlaku di Palu itu berpunca daripada lenturan tanah akibat gegaran gempa bumi yang menjadi lembab dan berair boleh mengakibatkan pergerakan tanah serta tanah jerlus yang membawa kepada kemusn4han tempat tinggal dan sebagainya.

Selepas jabatan geologi Indonesia meninjau kawasan yang terjejas, mereka mendapati kejadian itu sebenarnya berpunca dari perlombongan arang batu di daerah itu yang berleluasa.

Jaringan Advokasi Tambang (Jatam) Pradarma Rupang menyarankan pihak kerajaan Indonesia supaya memberhentikan kerja melombong dikawasan itu kerana kesan tanah jerlus telah menyebabkan jalan Sangasanga-Muara Jawa terputus.

Rupang berkata, kejadian ini adalah yang kedua berlaku di situ menyebabkan jalan runtuh dan menenggel4mkan rumah disebabkan oleh kegiatan perlombongan tidak terkawal. Akses ke jalan utama Budiono di daerah Sangasanga turut runtuh sedalam lebih kurang 100 meter. Jalanraya dan tanah dikawasan ini runtuh disebabkan oleh kegiatan perlombongan, katanya.

Nita (31), salah seorang warga yang rumahnya berada dekat di lokasi kejadian mengaku, saat itu dirinya tengah tidur siang bersama dua anaknya.

Terbangun akibat suara teriakan warga yang melihat tanah longsor.

“Sedang tidur. Saat bangun, depan rumah saya sudah hilang. Lalu saya bawa anak keluar, menjauh dari rumah,” ucapnya sambil terisak menangis,

Sementara itu, pegawai Perhubungan Awam PT ABN Wagianto menjelaskan bahawa jarak di antara tapak lombong dan lokasi kejadian itu adalah sekitar 200 meter. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menentukan sama ada terdapat aktiviti perlombongan pada masa kejadian itu atau tidak.

“Untuk itu, saya tidak boleh mengesahkannya, tidak ada aktiviti,” katanya ringkas.

Selain lima rumah dan kedai makan musn@h, terdapat 15 rumah lainnya yang dikuatiri turut terjejas.

Namun, saat ini semua penduduk disekitar lokasi telah berpindah ke tempat yang selamat. Sejauh ini mereka menumpang di rumah sanak keluarganya yang berada di kawasan Sanga sanga.

Kejadian seperti ini pernah berlaku di beberapa lokasi lain seperti di Marina, San Francisco, Amerika Syarikat pada 1989, Pelabuhan Kobe (1995) dan juga kemusnahan kawasan perumahan serta bandar pinggiran di Christchurch, New Zealand (2010).

Berikut merupakan rakaman insiden pergerakan tanah atau tanah jerlus yang berlaku di Palu akibat bencana alam tersebut: