Bapa p4ksa anak perempuannya melutut sebelum menamp@rnya di tempat awam

Seorang lelaki menjerit dan menamp*r seorang budak perempuan dipercayai anaknya viral di laman Facebook semalam di sebuah pusat beli belah.

Seorang individu tidak dikenali berjaya merakam kejadian itu di parkir Ikea, Tampines di Singapura pada Isnin lalu.

Menurut laporan media Singapura, lelaki terbabit pada mulanya memarahi kemudian memaksa m4ngsa untuk melutut sebelum menamp4r mangs4 dibahagian muka.

Orang awam yang menyaksikan insiden itu merasakan lelaki itu agak keterlaluan kerana tamparan itu boleh didengari dan badan mangs4 turut bergerak apabila dipukul dengan kuat.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian kemudian membuat aduan kepada pengawal keselamatan Ikea kerana bimbang keselamatan budak perempun itu.

Seorang wanita turut berada bersama lelaki yang sedang meng4muk itu tetapi kelihatan berdiam diri mungkin kerana takut.

Saksi yang melihat kejadian itu merasakan adalah tidak patut memalukan anak sendiri serta memuku1 di khalayak awam.

Seorang pengguna media sosial menggunakan nama ‘Richard’ melaporkan video viral ini ke pihak berkuasa. Dia menulis “jika dia berani melakukan kekerasan di tempat umum siapa tahu apa yang mampu dilakukan jika di dalam rumah mereka.

Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.

Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.

Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

“Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.

“Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut,” ujar Berlin.

Bagaimana perasaan anda jika melihat situasi seperti ini berlaku. Adakah OK jika Ibubapa memukuk anak dikhalayak ramai untuk mendidik mereka?.

Sumber dari Storm Singapore