Bekas Ahli Parlimen Anti-Muslim Akhirnya Memeluk Islam. Dedah Rasa Aneh Ketika Menulis Buku Menentang Islam

BEKAS ahli parlimen parti PVV dari Belanda terkenal dengan sikapnya yang anti Islam, dilaporkan telah memeluk agama itu selepas berubah hati ketika menulis sebuah buku yang bersifat kritik4l terhadap Islam.

Van Klaveren adalah ahli Parlimen bagi Freedom Party (PVV) dari 2010 hingga 2014, tetapi meninggalkan parti itu selepas Wilders dalam satu perhimpunan pada 2014 yang menyeru penyokong memu5uhi warga Maghribi di Belanda.

Selepas meninggalkan PVV, Van Klaveren menubuhkan parti sendiri, For Netherlands, tetapi gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya pada 2017. Dia kemudian bersara daripada dunia politik.

Akhbar harian, Algemeen Dagblad (AD) melaporkan, sepanjang kempen itu, beliau mendesak kerajaan supaya menghar4mkan pemakaian burka dan pembinaan menara serta berkata: “Kami tidak memerlukan Islam, walaupun sedikit di Belanda”.

Bagaimanapun, Van Klaveren, 40, berkata beliau menukar fikirannya ketika sedang dalam proses menulis buku anti-Islam dan mengakui kepada akhbar NRC, ia menjadi satu bentuk bantahan bagi menyangkal pandangan terhadap agama itu.

Joram Van Klaveren, berkata pandangannya terhadap Islam berubah ketika sedang menulis dan dia kini secara rasminya telah menjadi seorang Muslim.

“Ketika sedang menulis, saya bertemu dengan banyak perkara yang telah membuatkan pandangan saya terhadap Islam menjadi goyah,” katanya kepada Dutch Radio.

“Jika anda percaya dengan satu tuhan dan Muhammad merupakan seorang utusan, bersama dengan Jesus dan Moses, maka anda seorang Muslim,” kata Van Klaveren yang sebelum ini merupakan penganut Kristian Ortodok bermazhab Protestant, lapor dutchnews.nl

Tindakannya itu dilapor mengikut jejak langkah Arnoud van Doorn, seorang lagi bekas ahli parlimen Parti PVV yang telah memeluk Islam sebelum ini.

Van Doorn turut menyampaikan ucapan tahniah dan pujian kepada Van Klaveren menerusi akaun Twitter.

Sepanjang tujuh tahun menjadi ahli parlimen untuk parti PVV yang anti-Islam, Van Klaveren merupakan seorang pengkritik Islam yang lantang, sering menyebut “Islam satu penipuan,” dan “Quran adalah r4cun,”.

Ditanya bagaimana dia berdepan sentimen anti Muslim yang pernah diciptanya dahulu, Van Kleveren berkata dia berterus ditanya sekiranya dia benci dengan golongan g4y, sama ada dia merancang untuk pergi ke Syria, dan adakah dia kini sudah boleh memukul anjing.

“Saya telah menyumbang di dalam mencipta dan mengekalkan imej buruk terhadap Islam, namun anda tidak boleh bayangkan bagaimana prasangka berlaku, single anda berdepan dengannya sendiri,” katanya.

“Jika segala yang saya tulis hingga ke tahap itu adalah benar, dan saya mempercayainya, pada hakikatnya saya adalah orang Islam,” katanya kepada NRC.

Menurut NRC dalam laporan yang diterbitkan menjelang pelancaran buku Van Klaveren bertajuk, ‘Apostate: From Christianity to Islam in the Time of Secular Terror’, beliau memeluk Islam pada 26 Oktober lalu.

Sumber dari Berita Harian