Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan untuk golongan yang suka makan lewat malam. Semakin lewat malam, semakin ramai pula membanjiri gerai makan yang masih dibuka hingga awal pagi.

Boleh dikatakan ramai suka makan burger apabila lapar tengah malam kerana ia sedap dan mudah didapati.

Kini, burger special yang kita sering makan dikenali seluruh dunia! Ia semakin popular setelah Insider Food memuatnaik video penyediaan video burger special berasal dari Malaysia.

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Tolak tepi burger di restoran makanan segera, burger Ramly ‘tepi jalan’ sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Pelbagai pilihan boleh didapati antaranya benjo, burger ayam, burger daging mahupun burger special bersalut telur ini nampaknya bukan sahaja digemari warga kita, orang luar terutamanya di New York juga gila dengan burger Ramly ini.

Menerusi satu tweet video dari Insider, sekumpulan anak Malaysia diberi nama The Malaysia Project membuka gerai menjual burger daging bersalut telur di bandar New York.

Menggunakan patty buatan sendiri, daging dimasak diatas kuali leper, dipecahkan telur, campuran serbuk kari, mayonis dan perasa dan diletakkan daging diatas telur lalu dibalut. Burger ini cukup mendapat sambutan warga New York sehingga ia dijual pada harga USD12 (RM50.70) sebiji.

Mereka teruja kerana daging burger itu dibungkus oleh sebiji telur dan diletakkan sos di bahagian dalam daging burger yang dibungkus telur tadi.

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Selain itu, video itu juga menyatakan rahsia keenakan burger itu datang daripada pelbagai rempah ratus Malaysia dan perasa kari khas serta mayonis pedas.

Mungkin cara daging burger itu dibungkus dengan telur membuatkan mereka teruja melihatnya kerana burger di luar negara tak sama seperti burger special Malaysia (walaupun timun diganti dengan salad).

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Menerusi video berdurasi 1 minit 30 saat itu, pemiliknya, Calvin Leong, menjelaskan di New York mereka menggelarnya burger gaya Malaysia.

“Saya makan burger ini ketika kecil dan ia boleh didapati di tepi-tepi jalan di Malaysia. Burger ini pedas dan penuh berperisa”. Burger ini turut enak dinikmati bersama jus durian belanda yang turut dijual di gerai tersebut.

Jualan burger Malaysia itu diadakan bersempena The Malaysian Project di Queens International Night Market, The Meadows Music & Arts Festival dan festival lain sekitar bandar New York.

Menurut Wikipedia, Ramly Burger telah ditubuhkan pada tahun 1979 which is 39 tahun yang lepas. Ianya ditubuhkan oleh Tuan Haji Ramly b Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah bt Andul Manap.
Salah satu kilang Ramly Burger ni terletak di Taman Perindustrian IKS,  Mukim Batu. Sekarang Ramly Burger merupakan antara pioneer burger sejuk beku popular di Malaysia dan Singapura.

9 Ramly Burger Terbaik Yang Mesti Dicuba Di KL Dan PJ

Lupakan McDonald’s, Burger King, Wendy’s dan yang lain-lain! Burger yang terbaik dalam Malaysia adalah Ramly burger, betul tak? Sesiapa yang tidak menyokong kenyataan ini…silalah cuba salah satu burger yang disenaraikan di bawah. Konfem takkan menyesal!

Selari dengan Nasi Lemak, Roti Canai dan Satay, Ramly Burger juga merupakan salah satu ‘Must Try Food’ di Malaysia! Di sekitar bandar dan desa pasti anda akan terserempak dengan banyak kedai Ramly Burger betul tak?

Walaupun kebanyakkannya memang sedap…tetapi mengikut Fun N’ Taste, kami dapat tahu bahawa sebenarnya terdapat 9 kedai Ramly Burger yang terbaik di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur dan anda ‘wajib’ mencubanya!

#9 The New Burger @SS15, Subang Jaya

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Alamat: 6-12, Jalan SS 15 / 4d, Ss 15, 47500 Subang Jaya

Waktu Operasi: 8.00PM – 3.00AM

#8 Gerai Burger Dan Nasi Lemak Utara @ SS2 Mamak Square, Petaling Jaya

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Alamat: SS2 Mamak Square Jalan SS2 / 60, Petaling Jaya

Waktu Operasi: 5.00PM-2.00AM, Ditutup pada hari Isnin

#7 Zam Burger @ Taman Danau Kota, Kuala Lumpur

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Alamat: Jalan 6 / 23b, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6:00 PM-01:00AM

#6 Jackson Burger @ Seksyen 14, Petaling Jaya

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Alamat: 13, Jalan 14/26, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 12.00PM – 4.30PM

#5 Burger-Mbira @ SS12, Petaling Jaya

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Alamat: No. 56-84, Jalan SS 21/39, SS 21, 47400, Petaling Jaya

Waktu Operasi: 7.00PM – 4.00AM

#4 OM Burger @ Ampang, Kuala Lumpur

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Alamat: Lorong Kolam Air Lama 1, 68000, Ampang, KL

Waktu Operasi: 7.00PM – 5.00AM

#3 Daily Burger Ramly Burger Stall @ Gombak

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Alamat: Jalan SG 1/11, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves

Waktu Operasi: 12.00PM – 3.00AM

#2 Burger Bobby Simpang @ Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Alamat: 5, Jalan AU 5C / 1, Taman Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 5.00PM – 1.00AM

#1 Brother John Burger Stall @ Damansara Utama, Petaling Jaya

Burger Ramly terkenal di New York, dijual pada harga RM51 sebiji

Alamat: 62, Jalan SS 21/58, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

Waktu Operasi: 10.00PM – 4.00AM

Sumber: Fun N’ Taste