Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Idea tentang kecantikan berbeza di setiap negara. Bak kata pepatah Inggeris, “Beauty is in the eye of the beholder.” Perkara yang  kita anggap sebagai kecacatan fizikal mungkin kelihatan cantik pada pandangan individu yang lain.

Kecantikan sebenarnya terletak kepada perspektif seseorang individu. Ianya sangat dipengaruhi oleh budaya dan ideal kecantikan sesebuah negara.

Jadi, apa yang kita rasa cantik di Malaysia, mungkin tidak sama seperti di Eropah. Malah, apa yang kita rasakan tidak cantik dan kekurangan di sini mungkin satu kelebihan di negara lain.

Setiap orang memandang kecantikan dengan pandangan yang tersendiri. Kita sememangnya punya definisi yang tersendiri apabila berbicara mengenai kecantikan.

Tetapi di sesetengah tempat masyarakat tempatan sebenarnya mempunyai ‘piawaian’ kecantikan mereka yang tersendiri. Kita mungkin memandang piawaian kecantikan mereka seperti sesuatu yang aneh, pelik atau mungkin menakutkan tetapi hakikatnya mereka memandangnya sebagai sebuah kecantikan.

Mari kita saksikan beberapa jenis perkara yang mungkin tidak cantik di mata masyarakat kita, tetapi cantik di negara mereka sendiri.

1 Gigi Senget- Jepun

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Di negara Barat. senyuman dengan gigi yang tersusun sempurna adalah senyuman yang paling cantik dan ramai yang tidak menyangka bahawa ada yang berfikir sebaliknya.

Di Jepun, gadis yang mempunyai ‘yaeba’ atau gigi bengkok/senget mempunyai daya tarikan yang lebih kuat dari mereka yang mempunyai gigi yang tersusun cantik. Ia dipercayai, seseorang itu akan kelihatan lebih comel jika dia memiliki ciri ini dan sebab itulah permintaan doktor gigi di Jepun sangat tinggi baik dari perempuan dan juga lelaki.

2 Parut- Afrika Barat, New Guinea

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Penduduk di Ne Guinea dan beberapa negara lain di Afrika masih lagi menghias tubuh mereka dengan parut bercorak. Parut ini selalunya diberikan kepada lelaki semasa upacara inisiasi, manakala corak parut ini dianggap sebagai simbol kecantikan.

Bahkan di negara maju ini, amalan ini masih lagi diamalkan oleh sesetengah individu yang disebut sebagai pengubahsuaian badan.

3 – Wajah Berbentuk Hati- Korea Selatan

 

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Di negara Korea Selatan pula, pembedahan plastika dianggap sebagai normal. Sekiranya anda pergi ke Korea Selatan, anda akan melihat beberapa iklan yang menggalakkan mereka untuk melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki penampilan mereka.

Wajah berbentuk hati adalah antara tarikan utama di negara Korea Selatan dan untuk mendapatkannya, ramai yang sanggup menjalani pembedahan yang kompleks. Doktor akan memecahkan tulang rahang kepada tiga bahagian, bahagian tengah akan dikeluarkan dan kedua bahagian lain akan disambungkan untuk mendapatkan dagu yang runcing. Pesakit tidak boleh makan makanan yang keras dalam jangka masa yang lama selepas pembedahan ini.

4 – Berat Badan Berlebihan- Mauritania

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Gadis di Mauritania dikatakan tidak mempunyai peluang untuk memikat lelaki sekiranya mereka tidak mempunyai lipatan lemak di perut mereka.

Untuk memastikan anak gadis mendapatkan bentuk badan yang diinginkan, ibu bapa akan menghantar anak mereka ke “ladang” khas di mana mereka boleh makan sehingga 16,000 kalori  sehari ( purata normal adalah 1500). Malangnya, ramai anak perempuan akan menghidap penyakit perut akibat tradisi ini.

5. Pembalut Pembedahan Di Wajah- Iran

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Iran adalah ibu kota rhinoplasty. Walaupun harga pembedahan plastik untuk hidung sangat tinggi di sana, ia tidak menghalang lelaki dan wanita di negara itu untuk membayar berapa sahaja untuk mendapatkan hidung yang mancung.

Ini kerana ia bukan sahaja dilihat sebagai simbol kecantikan tetapi turut menunjukkan status individu tersebut. Ada juga di antara mereka yang akan memakai pembalut pembedahan di hidung mereka walaupun mereka tidak melakukan pembedahan itu hanya untuk menarik perhatian mereka yang lain.

6 – Leher Panjang- Burma

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Salah satu kawasan di timur Burma telah dipanggil sebagai “the country of giraffe women.” Panggilan ini merujuk kepada wanita Kayan yang tinggal di sana, Wanita Kayan akan memakai rantai tembaga di leher untuk memajangkan leher mereka.

Wanita itu akan tampak lebih cantik jika leher mereka semakin panjang. Menurut legenda, cincin tembaga ini dikatakan dapat melindungi wanita Kayan daripada harimau namun pada hakikatnya ia cuma simbol identiti puak mereka.

7 – Kulit Pucat- China Dan Thailand

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Banyak negara di Asia menganggap kulit pucat itu adalah satu simbol kecantikan. Jika anda membeli krim di negara ini, anda tidak mungkin akan menjumpai krim yang tidak mengandungi bahan pelunturan (bleaching).

Ini termasuklah produk kecantikan yang sering digunakan lelaki selepas bercukur. Pemakaian topeng adalah amat penting bagi wanita Cina sekiranya mereka berkunjung ke pantai. Ini adalah untuk melindungi kulit mereka daripada sinaran matahari.

8 – Dahi Luas- Puak Fula (Afrika)

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Bagi wanita puak Fula di Afrika, simbol kecantikan adalah dengan memiliki dahi yang tinggi atau luas. Atas sebab inilah, ramai wanita kaum Fula yang sanggup mencukur sebahagian rambut mereka untuk mewujudkan ilusi dahi luar ini.

Adat yang sama pernah diamalkan ketika zaman pertengahan Eropah, di mana kebanyakan wanita telah mencukur rambut di bahagian atas kepala mereka.

9 – Bibir Yang Direngangkan- Puak Mursi (Ethiopia)

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Bagi suku Mursi di Ethiopia, kanak-kanak perempuan akan belajar untuk merengangkan bibir mereka dengan menggunakan cakera khas. Lebih besar cakera tersebut, lebih tinggi status sosial yang dimiliki gadis tersebut dan lebih tinggi bayaran mahar yang perlu dibayar pihak lelaki sebelum berkahwin.

Ada dua sebab kenapa tradisi ini diamalkan oleh puak ini. Pertama, puak Mursi percaya bahawa roh jahat dapat masuk ke dalam badan seseorang melalui mulut dan oleh itu, cakera khas ini digunakan untuk menghalang roh jahat ini dan sebab yang lain adalah kerana untuk menghalang wanita Mursi diambil sebagai hamba.

10 – Kening Bersambung- Tajikistan

Definisi Kecantikan Yang Berbeza Setiap Negara! Yang No 6 Memang Pelik Tapi Popular

Dalam beberapa kawasan di Tajikistan, kening bersambung (monobrow) dianggap sebagai simbol kecantikan wanita di sana. Jika wanita itu tidak dilahirkan dengan ciri ini, maka mereka akan menyapukan solekan hita di antara keningnya.

Penduduk tempatan di sana percaya bahawa mereka yang mempunyai kening bersambung akan bernasib baik dalam hidupnya.

Sumber : Majalah Jelita