Demi Cinta Sejati Gadis Paling Berbulu Di Muka Akhirnya Mengambil Keputusan Untuk Mencukur Semua Bulu Pada Wajahnya.

Wanita adalah ciptaan yang agak rumit dan kompleks. Dan apabila berada di usia remaja, wanita melalui pelbagai tekanan untuk kelihatan dan bertindak dengan cara tertentu. Dan wanita sememangnya tak lari daripada ingin sentiasa kelihatan cantik.

Jika sebutir jerawat tumbuh di muka boleh menyebabkan wanita tertekan, apatah lagi bulu-bulu yang lebat? Jika begitu, anda perlu bersyukur dilahirkan normal, tidk seperti Supatra “Natty” Sasuphan dari Bangkok, Thailand.

Kata orang kalau sudah sayang, apa juga sanggup dilakukan untuk membuktikannya. Seperti gadis dari Thailand ini dia sanggup untuk mencukur wajahnya yang penuh bulu buat kali pertamanya.

Gadis yang mendapat gelaran gadis paling berbulu di dunia ini telah membuktikan bahawa cinta itu tiada sempadannya. Walaupun rupa fizikal wajahnya tidak seperti orang lain, dia tetap diterima dan disayangi oleh suaminya.

Jadi, sebagai tanda sayangnya kepada suaminya pula dia akhirnya memutuskan untuk mencukup semua bulu pada wajahnya buat pertama kali.

Ini dia Supatra Natty Sasuphan

Demi Cinta Sejati Gadis Paling Berbulu Di Muka Akhirnya Mengambil Keputusan Untuk Mencukur Semua Bulu Pada Wajahnya.

Supatra Natty Sasuphan, seorang gadis berumur 17 tahun dari Bangkok, Thailand, memiliki genetik yang jarang-jarang dimiliki yang dipanggil Sindrom Ambras, atau dikenali sebagai Sindrom Werewolf. Hal ini menyebabkan dia mengalami pertumbuhan bulu yang berlebihan di seluruh badan, termasuk pada wajahnya.

Pada tahun 2010, Natty telah dianugerahkan Rekod Dunia Guinness dengan membawa gelaran gadis yang paling banyak bulu di dunia.

Sehingga hari ini masih tiada penawar bagi menangani keadaan itu. Natty walau bagaimanapun telah belajar untuk menerima keadaannya dengan baik serta cuba untuk menjalani hidupnya dengan normal, walaupun dia menerima pelbagai gelaran di sekolahnya seperti Wolf Girl dan Chewbacca.

Sebagai salah satu cara rawatan, laser penghapus rambut telah diuji namun ia tidak mampu untuk menghentikan rambut-rambut itu daripada tumbuh. Malah ia membuatkan rambut itu lebih cepat tumbuh dan menjadi lebih lebat.

Namun, ia tidak menghalang Natty untuk menjalani hidupnya seperti biasa. Natty menerima keadaannya dan tidak berasa malu untuk muncul di khalayak ramai. Beliau masih aktif dan hidup seperti gadis biasa walaupun telah melalui kehidupan diboli dengan sangat teruk.

Demi Cinta Sejati Gadis Paling Berbulu Di Muka Akhirnya Mengambil Keputusan Untuk Mencukur Semua Bulu Pada Wajahnya.

Natty berkata:

Saya tidak merasa berbeza dengan orang lain dan saya mempunyai banyak kawan di sekolah. Memiliki bulu yang banyak menjadikan saya istimewa.

Terdapat beberapa orang yang sering mengusik saya dan memanggil saya dengan muka monyet tetapi kini mereka tidak melakukannya lagi. Saya sudah terbiasa dengan keadaan ini. Saya tidak rasa apa-apa.

Kadang-kadang saya sukar untuk melihat terutama apabila ianya menjadi panjang. Saya berharap saya akan sembuh suatu hari nanti.

Kehidupan Natty berubah selepas dia bertemu lelaki yang dicintainya sepenuh hati

Demi Cinta Sejati Gadis Paling Berbulu Di Muka Akhirnya Mengambil Keputusan Untuk Mencukur Semua Bulu Pada Wajahnya.

Dia mula mencukur bulu yang ada pada wajahnya serta badannya untuk kali pertama selepas berkahwin dengan teman lelakinya. Kisahnya itu telah menjadi viral dan sejak itu dia mendapat pujian ramai.

Masa depan gadis ini sangat berisiko kerana ketika Natty dilahirkan beliau terpaksa menjalani 2 pembedahan yang membolehkannya untuk bernafas. Bapanya memberitahu bahawa mereka tidak menyedari Natty mengalami masalah ini sehinggalah dilahirkan.

Malah, ketika jiran-jiran melihat Natty buat kali pertama, mereka bertanya kepada bapanya dosa apakah yang telah dia lakukan. Gigi Natty juga tumbuh dengan perlahan dan penglihatannya tidak begitu baik.

Demi Cinta Sejati Gadis Paling Berbulu Di Muka Akhirnya Mengambil Keputusan Untuk Mencukur Semua Bulu Pada Wajahnya.

Dalam satu muat naik, Natty berkata,“Awak bukan sahaja cinta pertama saya, tetapi awak adalah satu-satunya cinta hati saya,”.

P/S :Jadi, jika anda masih single dan seolah-olah tidak nampak masa depan anda untuk berkahwin, sentiasalah ingatkan Natty. Jika dia boleh, anda juga boleh!

Kami berharap dia dan suaminya akan sentiasa gembira dan bahagia pada masa depan!

sumber dari JomBorak