Haiwan Kurus Kering Tidak Diberi Makan.. Inilah ‘Zoo Ner4ka’ Yang Paling Kej4m Di Dunia

INI bukan syurga indah seperti yang diharapkan haiwan jinak seperti filem Madagascar tetapi neraka dunia direka manusia menyiksa kehidupan mereka.

Bukan sahaja dibiarkan begitu sahaja, malah pemilik zoo ini tidak merawat haiwan-haiwan yang sakit. Lihat sahaja keadaan di sana, sungguh menyedihkan.

Sebuah zoo yang terletak di Surabaya, Jawa Timur Indonesia ini pernah mendapat kecaman daripada dunia terutamanya di kalangan aktivis pencinta haiwan.

Haiwan Kurus Kering Tidak Diberi Makan.. Inilah Zoo Neraka Yang Paling Kejam Di Dunia

Zoo yang mendapat gelaran sebagai ‘zoo neraka’ ini menjadi perhatian di mata dunia apabila gambar-gambar haiwan-haiwan yang terdapat di zoo ini tersebar di internet.

Kisah penganiayaan haiwan di Zoo Surabaya, Indonesia terus menjadi perhatian media apabila laporan terbaharu mendedahkan seekor singa Afrika ditemukan mati tergantung dalam kandangnya.

Tragedi terbaharu itu berlaku 24 jam selepas seekor gnu dilaporkan mati dipercayai akibat masalah penghadaman, walaupun pihak zoo cuba berdalih dengan mendakwa haiwan itu mati akibat cuaca basah.

Haiwan Kurus Kering Tidak Diberi Makan.. Inilah Zoo Neraka Yang Paling Kejam Di Dunia

Gambar-gambar yang memaparkan haiwan-haiwan seperti harimau, beruang dan singa dalam keadaan yang kotor dan menyedihkan seperti tidak mendapat layanan yang baik daripada pihak pengurusan zoo ini.

Dalam suatu kejadian, Jakarta Globe melaporkan, singa berusia 18 bulan itu, Michael ditemukan mati apabila kepalanya tersangkut pada kabel besi di kandangnya.

Namun, bangkai singa tersebut dialihkan dan dipercayai disembunyikan oleh pihak bertanggungjawab sebelum polis sempat menjalankan siasatan.

Ketua Detektif Polis Surabaya, Komander Kanan Farman berkata, sepasukan anggota polis dikerah ke zoo itu untuk mengumpulkan bukti, namun bangkai singa tersebut didapati telah hilang.

Haiwan Kurus Kering Tidak Diberi Makan.. Inilah Zoo Neraka Yang Paling Kejam Di Dunia

“Jika bangkai Michael ditemukan, ia akan membolehkan pihak polis menjalankan bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap zoo, Agus Supangkat menafikan kematian Michael, yang merupakan seekor daripada empat singa Afrika yang masih tinggal di Zoo Surabaya, disebabkan kecuaian petugas zoo.

Jelasnya, pihak zoo masih menyiasat bagaimana kepala singa berkenaan boleh tersangkut pada kabel besi.

“Kabel itu bersambung pada pintu kandang singa dan sebagai langkah keselamatan petugas supaya tidak membuka pintu menggunakan secara manual.

“Mungkin disebabkan faktor usia, Michael yang masih muda, secara tidak sengaja tersangkut pada kabel itu ketika bermain di sangkarnya,” katanya.

Supangkat enggan mengulas lanjut tentang lokasi bangkai Michael disimpan, tindakan yang dipercayai mahu menggagalkan siasatan polis.

Zoo Surabaya, sebelum ini mencetuskan kemarahan orang ramai, ekoran cara layanan teruk diberikan kepada haiwan-haiwan di situ dengan statistik terbaharu menunjukkan, sebanyak 43 binatang mati dalam tempoh antara Julai dan September tahun lalu.

Walaupun mendapat desakan daripada pelbagai pihak, penutupan zoo itu bukan satu penyelesaian disebabkan tiada pusat pemuliharaan lain yang sanggup mengambil haiwan-haiwan yang ada di situ.

Zoo yang mula dibuka kepada umum pada 28 September 1917 ini terletak di kawasan seluas 37 ekar yang menjadi kediaman kepada 3500 ekor binatang.

Haiwan Kurus Kering Tidak Diberi Makan.. Inilah Zoo Neraka Yang Paling Kejam Di Dunia

Pada tahun 2010, aktivis haiwan telah memfailkan aduan mengenai layanan teruk terhadap haiwan-haiwan yang terdapat di zoo tersebut yang kemudiannya menyebabkan penggantungan lesen zoo ini oleh pihak berkuasa Indonesia berikutan kematian seekor harimau Sumatra dan singa Afrika. – Agensi

Haiwan Kurus Kering Tidak Diberi Makan.. Inilah Zoo Neraka Yang Paling Kejam Di Dunia