Hidup Model Musnah Akibat Suntikan Lilin Di Hidung

Pembedahan kosmetik sudah menjadi satu industri besar pada hari ini. Namun, ada segelintir golongan yang ingin mengubah penampilan tetapi tidak mampu untuk menampung kos yang sangat tinggi terpaksa menjalani prosedur di pusat-pusat kosmetik yang meragukan.

IMPIAN seorang lelaki untuk mengembangkan kariernya sebagai model ke peringkat lebih tinggi tidak kesampaian apabila mukanya rosak selepas disuntik dengan lilin oleh seorang p0ndan yang menjalankan perniagaan dalam bidang kecantikan.

Tiga tahun lalu, Alviso berhasrat untuk menjalani prosedur kosmetik kerana tidak berpuas hati dengan bentuk hidung dan dagunya. Beliau yang pada ketika itu baru berjinak-jinak dalam dunia peragaan membuat prosedur berkenaan supaya boleh mendapatkan lebih banyak tawaran.

Ellowe Alviso, yang berasal dari Manila, sebelum ini menghiasi majalah-majalah dan katalog di Filipina namun selepas mendapatkan suntikan di bahagian hidungnya yang berharga RM43, semua impiannya itu hancur berderai.

Hidungnya membengkak dan dia kini hanya boleh membuat persembahan di parti Holloween sahaja.

Selain hidung, Alviso turut menyuntik dagunya. P0ndan berkenaan dikenali sebagai Euge Edward Udangan.

“Saya pernah menjadi model dan merata tempat saya kunjungi. Saya cuma mahu memperbaiki muka saya agar hidung saya seperti orang barat, sebab itu saya mendapatkan suntikan daripada Euge,” katanya.

Bahagian hidung Alviso telah mengalami jangkitan selepas beberapa minggu suntikan lilin dilakukan. Setelah tujuh pembedahan dijalankan bagi membetulkan semula wajahnya, ia ternyata gagal mengembalikan semula keadaan hidungnya pada bentuk asal.

“Saya hanya berharap agar muka saya kembali normal bagi membolehkan saya menyara keluarga saya dengan menjadi model,” katanya.

Kini lelaki m4lang ini bekerja sebagai penjual Balut (telur yang mengandungi embrio ayam) dan kadangkala menjadi maskot. Alviso turut memfailkan sama ke atas Euge Edward Undangan, dan waran tangkap telah dikeluarkan ke atasnya.

Dalam pada itu, polis telah mengeluarkan waran untuk menangkap Euge Edward Udangan namun dia sudah menghilangkan diri.

Sumber dari MediaHiburan