Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

Semangat juang skuad Harimau Malaya memang patut dipuji meski tewas 0-1 pada aksi final kedua Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh menentang Naga Merah, Vietnam.

Meski tidak membawa pulang piala kejuaraan, namun kredit harus diberikan keseluruhan pemain yang sudah memberikan permainan terbaik.

Menarik kali ini, kami senaraikan trivia menarik salah seorang pemain Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Nama safawi menjadi sebutan sejak dari Sukan SEA 2017 lagi. Setelah persembahan yang memberansangkan menjadikan nama dia sentiasa di bibir peminat tanah air.

Kemunculannya berama pasukan JDT menjadikan dia seorang pemain yang berbakat. Sudah pasti JDT akan mengetengahkan bakat yang ada pada dia untuk kepentingan negara.

Jom baca biodata safawi rashid pemain bola sepak harimau malaya.

1. Safawi Rasid atau nama sebenarnya Muhammad Safawi bin Rasid, sinonim dengan panggilan Pawi di kalangan kenalannya. Bekas pemain sepak takraw wakil negeri dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sejak sekolah rendah.

Meninggalkan sukan takraw sewaktu tingkatan tiga apabila mendapat peluang menjadi wakil skuad bola sepak Terengganu di kejohanan MSSM.

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

2. Anak kelahiran Dungun, Terengganu. Mempunyai karakter pendiam dan pemalu, namun dalam masa yang sama suka berkawan.

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

3. Berusia 21 tahun dan dilahirkan pada 5 Mac 1997. Safawi Rasid telah membuat kemunculan sulung untuk penampilan antarabangsa bermain untuk Malaysia Bawah-22 dalam Piala Negara-Negara 2016.

Pada bulan Ogos 2016, Safawi Rashid telah dipanggil ke pasukan kebangsaan Malaysia untuk perlawanan menentang Indonesia. Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan senior dalam perlawanan sebagai permulaan, dan Malaysia tewas 0-3

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

4. Anak kesembilan daripada 13 orang beradik. Pernah bekerja sebagai tukang rumah. Mula melibatkan diri dalam sukan bola sepak secara serius sejak berumur 17 tahun. Beliau menanamkan niat menceburi bidang itu untuk mencari rezeki bagi membantu ekonomi keluarga.

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

5. Difahamkan, Safawi pernah bergelar pemain bola sepak untuk kelab T-Team FC pada 2015 hingga 2016, diikuti Johor Darul Ta’zim (JDT) dari 2017 hingga kini (2018).

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

6. Pernah merangkul trofi Pemain Paling Bernilai (MVP), Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018.

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

7. Tersenarai dalam 20 pemain bintang Asia Tenggara pilihan FourFourTwo untuk masa akan datang. Turut tersenarai termasuk pemain dari Thailand, Indonesia, Australia dan negara-negara Asia lain.

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

8. Pemain sayap Harimau Malaya yang lincah dan tangkas berjersi nombor 11. Cukup digeruni kerana mempunyai kepantasan serta kelincahan mendominasi bahagian serangan.

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

9. Rating pasukan Harimau Malaya menentang Vietnam malam tadi (6/10).
Safawi menjadi pemain paling banyak melakukan percubaan ke pintu gol Vietnam, namun sepakan lemah dan tidak menepati sasaran mengecewakan kem Malaysia.

Percubaan terbaiknya menerusi sepakan percuma pada babak kedua yang menuju tepat ke arah pintu gol tetapi belum cukup untuk menewaskan Van Lam.

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

10. Pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti wanita popular seperti pelakon Sweet Qismina, Wani Kayrie, pengacara Anim Ezati Zikri dan Ruhainies.

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

Menerusi laman instagram milik Safawi Rasid, beliau mengakui kini dirinya itu sedang rapat dan personaliti TV3, Anim Ezati. Bukan itu sahaja, Anim juga turut dilihat memuat naik gambar bersama Safawi sambil menulis caption sweet kerana harus berangkat menjalani latihan diluar negara.

Ini Dia Trivia Safawi Rasid, Pemain Skuad Harimau Malaya. Rup4nya Dia Pernah…

“Take care dekat Malaysia nnti okay

Memang ‘bersemut’ habis la! Ramai pengikut Safawi memberikan komen dengan pelbagai reaksi dimana rata-rata cuba mengusik pasangan berkenaan yang kelihatan secocok antara satu sama lain.

Namun tidak kurang ada juga bertanya mengenai status hubungan dia dengan pelakon Ruhainies yang sebelum ini dikaitkan sedang bercinta.

Foto/Sumber: IG Safawi, Media Hiburan