Ini Kata-kata Berani Sultan Brunei Kepada Media Barat Yang Mengejutkan Dunia!

Lepas Brunei buat hudud, seluruh dunia nak menyibuk kritik Brunei sampai mantan presiden, 0bama pun datang ke Brunei. Bila Sultan Hasanul Bolkiah bantai 0bama guna ayat ni, senyap habis Amerika, sampai sekarang tak kacau Brunei dah.

Realiti Kehidupan Di Brunei

Hudud
Di peringkat awal memang ada sedikit bantahan dari non-muslim. Tetapi tidaklah seteruk mana berbanding bantahan dari luar. Yang tak menetap di Brunei pula yang membantah melebih-lebih sehingga memboikot hotel-hotel di luar negara.

Semasa awal perlaksanaan, ada non-muslim dan pelancong yang sampai di Brunei, pakai pakaian tutup litup segala badan habis kerana takutkan hudud. Namun, lama kelamaan, mereka semua faham dan masing-masing mengamalkan apa yang mereka amalkan sebelum ini dengan cara mereka. Hanya yang beragama Islam sahaja yang dikehendaki mematuhi perlaksanaan yang dikuatkuasakan.

Alhamdulillah, jenayah di Brunei hampir mencecah angka sifar terutamanya dari orang Islam di sana. Semua pihak sudah faham dan tidak rasa apa-apa perbezaan selagi tidak melakukan jenayah. Tindakan boikot pada Brunei di seluruh dunia juga tidak berlaku dan perniagaan kembali seperti biasa.

Sudah lama rancang perlaksanaan hudud

Sebenarnya, perlaksanaan Hudud ini sudah dirancang sejak zaman Pengiran Begawan Omar Ali lagi, bukannya baru tahun lepas. Pendidikan agama menyeluruh dilaksanakan lama sebelum ini. Satu matapelajaran diwujudkan di sekolah untuk mendidik.

Semua rakyat Brunei, dikehendaki mengenali Islam, agama dan kesultanan. Ia adalah subjek yang wajib dan apabila semuanya telah bersedia, barulah perlaksanaan Hudud dibuat. Itulah sebabnya rakyat Brunei tidak membantah kerana mereka telah dididik jauh lebih awal lagi. Yang membantah bagi nak gi1a adalah mereka yang tidak mendapat pendidikan di Brunei.

Rasuah
Apabila saya bertanya mengenai rasuah, mereka mengambil masa yang agak lama untuk menjawab kerana di Brunei memang hampir tiada kes rasuah. Tiada peluang nak menjolok-jolok pegawai kerajaan atau  para menteri. Tidak wujud menteri-menteri di Brunei memberi projek kepada kroni-kroni mereka.

Semua menteri dilantik oleh Sultan. Maka Sultan berhak untuk memecat sesiapa sahaja tanpa banyak soal. Keputusan itu tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk reinstatement. Malah, adiknya sendiri juga dipecat dari jawatan menteri dan didakwa. Tiada kes pilih kasih atau kasihan.

Cukai
Di Brunei, masih lagi  tiada perlaksanaan cukai pendapatan pada rakyatnya. Malah, cukai pintu mahupun GST juga tidak dikenakan terhadap rakyat Brunei. Satu-satunya cukai yang dibayar adalah cukai jalan bagi mereka yang memiliki kenderaan dan ianya masih murah. Cukai tanah juga sangat minimal.

Perubatan
Perubatan juga adalah sangat murah di mana rakyatnya dikenakan hanya RB1.00 untuk berjumpa dengan doktor dan segala ubat-ubatan adalah percuma.

Pendidikan
Kos sekolah di Brunei hanya RB30 setahun dan lain-lain dibantu sepenuhnya. Bagi warga asing, mereka hanya dikenakan RB15.00 sebulan. Kos lain akan ditanggung menggunakan kewangan Sultan sendiri.

Kebajikan
Sultan Brunei sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Sultan tidak memerlukan undi rakyat tetapi Sultan Hasanal Bolkiah sangat dikasihi rakyatnya. Antaranya ialah, semua kakitangan kerajaan akan diberi RB120 setiap bulan on top of gaji mereka. Pemberian ini adalah dari poket Sultan sendiri dan sedikit pun tidak mengusik wang kerajaan. Ianya diberikan samarata kepada semua kakitangan.

Setiap kali menjelang Ramadhan atau pembukaan sekolah, sesiapa yang memerlukan bantuan, boleh menghubungi pihak istana untuk mendapatkan bantuan Sultan. Sultan sendiri akan membayar apa keperluan yang dipohon menggunakan wangnya sendiri, bukan dari wang kerajaan.

Bulan Ramadhan, Istana akan dibuka untuk rakyat berbuka dan bersolat jemaah. Makanan disediakan setiap hari. Semasa Aidilfitri, semua kerabat diraja akan bertemu dengan rakyat sepanjang hari dan akan diberikan duit raya.

Politik

Di Brunei masih tiada parti politik dan pilihan raya. Sultan adalah ketua kerajaan mutlak. Sultan melantik sendiri semua menteri-menterinya dan jika ada aduan dari rakyat serta ada bukti jelas menunjukkan salahlaku atau mismanagement, menteri akan dipecat terus.

Ini Kata-kata Amar4n Berani Sultan Brunei Kepada Media Barat Yang Menggemparkan Dunia!

Namun, perkara ini amat jarang berlaku kerana jika mneteri tidak amanah bermakna, menteri derh4ka kepada Sultan dan berd0sa kepada Allah. Sultan tidak akan menggunakan khidmat orang yang berdos@. Disebabkan itu, para menteri tidak akan berani membuat Sultan murka kerana akibatnya akan mengaibkan diri dan keluarga.

Haji
Pada masa ini, hanya 400 sahaja visa haji yang dikeluarkan oleh Kerajaan Saudi kepada rakyat Brunei setiap kali musim hari. Sebelum ini, seramai 4,000 visa haji yang dikeluarkan. Pengurangan kuota ini adalah kerana kerja-kerja renovation di Mekah.

Meskipun Sultan Brunei adalah pembayar segala bil elektrik di Masjidil Haram dan Nabawi menggunakan duitnya sendiri, Sultan tidak akan sesekali menggunakan kuasanya sebagai Sultan untuk mendapatkan kuota tambahan dari Kerajaan Arab Saudi.

Sultan Brunei tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan wang kerajaan. Baginya, wang kerajaan adalah untuk rakyat dan wangnya juga dikongsikan bersama rakyat.

Sultan Brunei amat patuh kepada agama Islam dan mahu rakyatnya juga turut melakukan perkara yang sama.  Semua rakyatnya dididik mengenai Islam dan pemerintahan Islam, namun yang bukan Islam bebas mengamalkan apa sahaja yang mereka amalkan selama ini dan dihormati. Sultan juga mahu non-muslim hormat pada agama Islam.

Brunei kini sedang mereformasikan ekonominya dengan mempelbagaikan punca ekonomi mereka dan tidak lagi bergantung harap kepada minyak semata-mata. Mereka mulakan dengan pertanian dan padi sekarang.

Rakyat dan expatriat tidak menghadapi masalah tinggal di Brunei. Yang selalu tak gembira di Brunei hanyalah mereka yang jenis kaki hiburan kerana di sana memang tiada hiburan seperti pelacuran atau Zouk. Namun, hiburan berbentuk keluarga memang ada.

Surat Terbuka Dari Sultan Brunei

CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka:

“DALAM negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama dan lain-lain. Ianya di dalam Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu.

“Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki dan kami akan mula mengamalkan Undang-undang Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalam Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.

“Kami mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang dan sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan pada kami pula, akan tetapi ini adalah Negara kami.

“Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu untuk G@y dan lain-lain. Kamu lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim untuk dunia ini dan dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yang mengamalkan Undang-undang Islam.

“Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditemb4k di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunoh diri dan pengguguran yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yang menentang Hom0sek5ualiti, ianya bukan sesuatu yang baru.

“Saat kamu mendengar bahawa Islam dan Muslim membuat pendirian dan meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memb0ikot, kamu katakan ianya salah, ianya bod*h, ianya kej*m. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya beritahu sebelum ini.

“Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata memb*nuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibun+h, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pada AlDS dan kerencatan pada generasi baru?

“Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di sini, di dalam negara Islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbonuh di sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunoh di sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman.

“Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah untuk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yang perlu dijalani sebelum boleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.”

OLEH | Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Sumber dari SuaraViral