Kain Kiswah Terselak, Apa Tanda Garisan Di Kaabah Tu?

Kiswah yang dihasilkan daripada kain sutera hitam bersulam benang emas dan perak itu berukuran 14 meter tinggi dan 47 meter panjang.

Ia terdiri daripada lima lapisan kain, termasuk tirai yang menutup pintu Kaabah, yang dijahit serta disulam kainnya, yang mengambil masa antara lapan hingga sembilan bulan untuk disiapkan.

Kiswah ditukar dua kali setahun, iaitu pada Syaaban dan sekali lagi pada hari Arafah.

Beberapa gambar dan video menjadi tular di media sosial apabila kain kelambu Kaabah atau Kiswah hampir diterbangkan angin selepas sebahagian Makkah, Arab Saudi dilanda hujan lebat dan angin kencang pada hari Arafah baru-baru ini.

‘Petanda demi petanda’ ; satu peringatan buat kita semua.

Alhamdulillah dari peristiwa tersingkapnya kisa’ Kaabah disebabkan angin b4dai yg kuat pada hari Arafah, maka amat ramai dari kita telah mengambil hikmah darinya yang mana telah berjaya mendedahkan pada ramai orang untuk mula mengenali ‘multazam tua’ @ ‘mustajar’ atau pintu kedua bagi Kaabah yg pada asalnya wujud dan dibuka mengikut binaan asal seperti yg telah dibangunkan sejak awalnya oleh baginda Nabi Ibrahim alaihissalam.

Namun saya ingin mengalih perhatian teman-teman untuk bersama-sama merenung juga sejarah-sejarah yg pernah dinukilkan oleh para ulama kita mengenai peristiwa yg sama yg pernah berlaku satu ketika dahulu. Apa yg baru berlaku ini bukan setakat mampu memberikan satu hikmah, namun boleh jadi ia juga merupakan satu petanda buruk yg bakal menimpa.

Telah berkata Ibn Kathir rahimahullah di dalam kitabnya ‘al Bidayah wa an Nihayah’, tertulis satu peristiwa pada tahun 644 Hijrah:

“Telah bertiup angin bad4i disertai hujan yg amat kuat di Mekah pada hari Selasa 10 Rabiul Akhir, sehingga telah menanggalkan kain penutup Kaabah yg mulia, ia telah lama berkeadaan usang semenjak tahun 40 (yakni 640) tidak pernah diganti-ganti kerna pada tahun-tahun yg demikian tidak wujudnya ibadah haji dari hal yang berkait dengan Khalifah (ketika itu).

Tidaklah berhenti angin tersebut sehinggalah menelanj4ngkan terus binaan Kaabah yg mana (secara tidak langsung) telah menghilangkan terus syi’arnya yg (sentiasa) berwarna hitam. Apa yang berlaku itu merupakan satu petanda baik bahawa kerajaan Bani Abbasiah adalah sedang berada di ambang kejatuhan, serta sebagai satu peringatan (buruk) bahawa selepas itu akan berlakunya tr4gedi (ser4ngan) Tatar – l4qnat Allah taala ke atas mereka semua”.

*Yakni telah berlaku 2 perkara besar :- kejatuhan penguasa z4lim + benc4na teruk yg tiba selepasnya.

Telah berkata pula al Qhamidi, beliau memetik kalam Ibn Husain di dalam ‘Kunnashah al I’tibar’ yg berbunyi ;-

“Telah berkata sebahagian ahli sejarah bahawa (fenomena) tersingkapnya Kaabah disebabkan oleh angin, adalah memberi petunjuk kepada kemusn4han Sultan (pemimpin), atau jatuhnya pemerintahannya. Ketikamana telah turun al Mansur al Zahir, telah bertiuplah angin sehingga menyingkapkan dinding al Bait (Kaabah), tatkala itu orang ramai mula berkata bahawa ianya adalah satu petanda baik bahawa al Mansur akan m4ti, dan (ternyata) berlakulah (apa yang dikatakan mereka). Dan telah menyebut (juga) Ibn Kathir pada tahun 644 hijrah telah bertiup angin lalu tersingkaplah Kaabah, dan ia berkata yg demikian itu adalah tanda kepada kejatuhan kerajaan Bani al Abbas”.

Liputan 6 melaporkan, kawasan terbabit khususnya di Masjidilharam, Mina dan Arafah dilanda cuaca buruk disertai p3tir itu ketika matahari mula terbenam hingga ke waktu malam.

Kejadian itu turut disaksikan oleh jemaah haji yang berada di Masjidilharam.

Kiswah berkenaan sepatutnya diganti dengan kain baharu yang menjadi kelaziman sempena hari wukuf di Arafah sebelum kawasan itu dilanda hujan dan angin kencang.

R!but kencang turut merosakkan khemah jemaah haji yang bersedia untuk melakukan wukuf.

Nampak tak garisan hitam seolah olah pintu dalam gambar ini? Kalau angin tak kuat petang tu, sampai sekarang kita tak tahu cerita ini.

Kiswah Ka’bah tersingkap akibat rbut pasir yang mengh4ntam Arab Saudi, Ahad (19/8/2018). Salah seorang jamaah haji mengupload foto detik-detik saat kabah tersingkap dan menunjukkan tanda yang merupakan bukti sejarah terlupakan.

“Angin meniup Qiswah (kain penutup Ka’bah) menunjukkan pintu kedua Ka’bah yang dibangun oleh Abdullaah bin Al-Zubair yang kemudian diperintahkan ditutup oleh Hajjaaj bin Yusuf ketika Dinasti Ummayyah menguasai Mekah,” kata Umar Faruk Sadiq, seorang guru Al Quran yang tengah menunaikan haji.

Dalam foto yang ia upload, tampak bekas pintu yang telah ditutup kembali tapi masih  menampakkan garis bekas binaan lama.

Melalui gambar di Twitter

عمرفاروق صادق

@UmarfarukSadik

The wind blows the Qiswah (covering cloth of the Ka’bah) revealing the second door of the Ka’bah that was built by Abdullaah bin Al-Zubair which was subsequently ordered closed by Hajjaaj bin Yusuf when the Ummayyad Dynasty took control of Makkah.

Twitnya itu pun menjadi viral. Saat berita ini ditulis, twit itu telah diretwit 5.795 kali dan difavoritkan oleh 5.873 pengguna Twitter. Ustadz Salim A Fillah termasuk salah seorang yang meretwit twit tersebut.

Sejumlah orang berterima kasih atas informasi dari Umar Marfuk Sadiq itu.

“Jazaakallah khair brother. This very educative. I never knew this before now. Stay blessed,” kata @AishatuSulaima5

“I never knew this. Thanks for the information. Subhanallah,” kata @alagakemi

“Disebabkan cuaca kurang baik, angin kenc4ng dan berdebu, semua jemaah haji diminta berada di dalam khemah masing-masing demi menjaga keselamatan,” kata petugas terbabit.

Tribune News melaporkan, berdasarkan satu video yang dikongsi seorang jemaah haji, tiupan angin begitu kencang hingga terdengar suara panik dalam Bahasa Arab

Kiswah Kabah dibuat dari sutera dengan hiasan ayat-ayat Al Quran yang dijalin dengan menggunakan benang emas.

Setiap tahun kiswah diganti pada saat para jamaah haji sedang berada di Gurun Arafah untuk melakukan wukuf.

Sumber dari HarianMetro