Lelaki Ini Membeli Kamera Terpakai Tahun 1929 Dan Mendapati Beberapa Keping Gambar Lama Di Dalamnya

Seorang lelaki baru-baru ini, Martijn van Oers membeli kamera asli terpakai, di kedai second-hand. Sebuah kamera berjenama Zeiss Ikon 520/2.

Dia kemudian terkejut mengetahui terdapat sebuah gulungan filem lama di dalamnya yang tertulis perkataan “EXPOSE”.

Lelaki ini membuat pencarian maklumat dan mendapati kamera ini dibuat pada sekitar tahun 1929 dan filem gambar yang diambil di antara tahun 40-an dan tahun 70-an.

Rakannya, Johan Holleman, yang pakar membentuk gambar dari negatif filem lama sepanjang hidupnya, menawarkan diri untuk membongkar gambar yang ada di sebalik gulungan negatif filem lama tersebut.

Johan memebritahu bahawa peluang untuk melihat dan membongkar gambar lama tersebut sangatlah tipis, kerana melihat faktor gambar yang sangat lama.

Zeiss Ikon 520/2. Kamera tahun 1929 dibeli dari kedai barangan terpakai

Lelaki Ini Membeli Kamera Terpakai Tahun 1929 Dan Mendapati Beberapa Keping Gambar Lama Di Dalamnya

Martijn merekodkan kerja-kerja yang dilakukan Johan untuk membentuk gambar tersebut dari filem lama, yang berusia hampir 70 tahun.

Mereka terkejut dapat melihat gambar dari negatif filem tersebut dan gambar yang diperoleh cukup memberikan maklumat mengenai keadaan pada waktu itu.

Dia mengetahui bahawa kamera itu merupakan milik seorang lelaki, yang membawa kamera serta alatan kamera yang lain bersamanya semasa mengembara.

Selepas meletakkan gambar-gambar tersebut di laman Facebook, rakannya Wilco memberi komen mengatakan bahawa latar tempat gambar tersebut seperti Biarritz – sebuah bandar di French Basque Country di barat daya Perancis.

Lelaki Ini Membeli Kamera Terpakai Tahun 1929 Dan Mendapati Beberapa Keping Gambar Lama Di Dalamnya

Rakannya itu sudah terbiasa dengan kawasan tersebut yang membolehkan dia mengetahui akan perkara itu. Selepas rakannya memberi Martijn gambar kawasan tersebut dari Google Streetview, dia yakin bahawa gambar tersebut sememangnya di Biarritz.

Melihat pada gambar lama tersebut, Martijn seolah telah menemui sebuah peti harta karun, atau kapsul masa, yang memberinya secebis masa lalu.

Perkara ini membuatkan dia mehu mengetahui siapa di sebalik gambar tersbut. Dan satu hari, Martijn berharap dapat memberi gambar tersebut kepada anak cucu pemilik kamera tersebut.

Gambar wanita di Biarritz

Lelaki Ini Membeli Kamera Terpakai Tahun 1929 Dan Mendapati Beberapa Keping Gambar Lama Di Dalamnya

Gambar seorang wanita di pantai di Biarritz

Lelaki Ini Membeli Kamera Terpakai Tahun 1929 Dan Mendapati Beberapa Keping Gambar Lama Di Dalamnya

Mungkin sekali gambar pemilik kamera tersebut

Lelaki Ini Membeli Kamera Terpakai Tahun 1929 Dan Mendapati Beberapa Keping Gambar Lama Di Dalamnya

Wanita di pantai di Biarritz

Lelaki Ini Membeli Kamera Terpakai Tahun 1929 Dan Mendapati Beberapa Keping Gambar Lama Di Dalamnya

Gulungan filem yang telah terdedah dari dalam kamera tersebut

Lelaki Ini Membeli Kamera Terpakai Tahun 1929 Dan Mendapati Beberapa Keping Gambar Lama Di Dalamnya

Proses membongkar rahsia gambar dari gulungan filem lama tersebut

Imej dari Google Streetview dari salah satu tempat yang diambil dari gambar lama tersebut

Lelaki Ini Membeli Kamera Terpakai Tahun 1929 Dan Mendapati Beberapa Keping Gambar Lama Di Dalamnya

Sumber: Era Baru