Lepas Bersuara Lantang Di Oxford, Tun M Sekali Lagi ‘Mengusik’ Dunia Barat Dengan Ucapan Terbarunya.

VIENNA: Tun Dr Mahathir Mohamad tetap tegas dengan pendiriannya terhadap pendekatan yang diambil ke atas Isra3l.

Kata Perdana Menteri, setiap negara mempunyai hak untuk membenarkan atau menghalang sesiapa pun memasuki wilayah mereka dan begitu juga pendirian Malaysia.

Ia sebagai mengulas pertanyaan terhadap keputusan Malaysia untuk menghalang kehadiran atlet negara Zi0nis itu bertanding dalam Kejohanan Renang Wanita Para Dunia 2019 yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada Julai.

“Atlet itu datang dari negara yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa.

“Mereka buat apa sahaja yang mereka suka, termasuklah membina penempatan di negara orang, menceroboh perairan negara lain dan menakluk kapal yang mahu menghantar bantuan ke Gaza,” tegasnya.

Kata Dr Mahathir lagi, banyak perkara yang dilakukan Isra3l melanggar undang-undang antarabangsa, moral dan hak asasi manusia.

Malaysia katanya tidak boleh berbuat apa-apa kepada Isra3l, dan pada masa sama tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan negara itu.

“Mereka boleh sertai kejohanan sukan di negara lain tetapi bagi Malaysia, mereka datang dari sebuah negara penj3nayah dan kami tidak boleh menerimanya,” kata beliau lagi.

Jawapan ‘power’ Tun Mahathir di Oxford selepas di label anti ¥ahuddi

Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semantik hanya kerana kelantangannya mengkritik Isra3l kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.

OXFORD: Meskipun mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari ASEAN yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford, namun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritik4n dan tekanan daripada komuniti Yahuudi di Oxford.

Kumpulan itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan jemputan Kesatuan Oxford yang mengundang Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai anti-Yahuudi.

Lepas Bersuara Lantang Di Oxford, Tun M Sekali Lagi ‘Mengusik’ Dunia Barat Dengan Ucapan Terbarunya.

Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Isra3l daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Isra3l.

Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Isra3l kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian.

“Saya tidak faham apabila kita bercerita mengenai kebebasan bersuara tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai Isra3l ataupun Yahuudi. Kita akan dilabelkan sebagai anti-semitik bila kita cuba mengkritik dengan bebas mengenai Isra3l.”

Mengulas mengenai keputusan Malaysia menghalang atlet dari Isra3l untuk memasuki negara ini, Dr Mahathir berkata adalah hak sesebuah negara seperti Malaysia untuk menghadkan sempadan negaranya kepada negara tertentu.

“Di Malaysia, kita tiada urusan diplomatik dengan Isra3l. Kita tidak rasa mereka perlu datang ke Malaysia kerana kita rasakan mereka banyak melakukan kesilapan dan tidak mahu bertanggungjawab hanya kerana tiada siapa yang berani menegur mereka”.

Ditanya adakah adil untuk rakyat Isra3l dihukum begitu hanya kerana tindakan kerajaan mereka, Dr Mahathir menganggap majoriti rakyat Isra3l menyokong tindakan yang dilakukan kerajaan mereka.

“Kerajaan Isra3l sangat berkuasa, tidak banyak yang boleh kita lakukan. Jadi kita tak katakan apa-apa pada kerajaan Isra3l tetapi kita tidak akan hulurkan persahabatan kepada mereka” jawab Dr Mahathir dengan diberikan tepukan gemuruh daripada hadirin.

Sumber dari Astro Awani