Comelnya.. Nurse Cuba Sendawakan Baby Tapi Bunyi Lain Yang Keluar.

api Bunyi Lain Yang Keluar

Bayi sememangnya salah satu makhluk ciptaan Tuhan yang sangat comel dan menghiburkan! Tetapi, untuk menjaga seorang bayi bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan kemahiran keibubapaan yang tinggi!

Selain daripada badan yang lembut, bayi juga tidak mampu berkomunikasi dengan baik dan hanya tahu menangis sahaja sebagai satu bentuk interaksi. Lapar, tidak selesa, sakit perut, mahukan perhatian dan sebagainya, bayi akan menangis dan terus menangis sehinggalah kehendaknya dipenuhi.

Comelnya.. Nurse Cuba Sendawakan Baby Tapi Bunyi Lain Yang Keluar.

Antara perkara penting yang kita perlu tahu dalam penjagaan bayi adalah untuk menepuk perlahan belakang badannya setiap kali selesai meminum susu bagi mengelakkan kejadian tersedak.

Comelnya.. Nurse Cuba Sendawakan Baby Tapi Bunyi Lain Yang Keluar.

Video ini menunjukkan satu kejadian yang sangat lucu di mana seorang jururawat sedang berusaha untuk membuatkan bayi ini sendawa selepas menikmati susunya. Tetapi, lain yang diminta, lain pula yang keluar…

Comelnya.. Nurse Cuba Sendawakan Baby Tapi Bunyi Lain Yang Keluar.

Kejadian yang langsung tidak dijangka ini membuatkan si ibu yang sedang merekodkan peristiwa ini tidak mampu menahan ketawanya.

Comelnya.. Nurse Cuba Sendawakan Baby Tapi Bunyi Lain Yang Keluar.

Bertuah punya anak!

VIDEO: