Palu, Sulawesi : Al-Quran Serta Helaian Masih Elok Dijumpai. Lihat Maksud Ayat Pada Helaian Tersebut

JAKARTA – INDONESIA. Lebih seribu mangsa mungkin masih hilang, rumah musnah, selepas bencana tsunami pemusnah di Indonesia.

Namun para sukarelawan menemukan senaskah al-Quran yang masih sempurna.

Memetik Facebook Shaheirascarf, dalam kesibukan mencari mayat dalam timbunan sampah dan bangunan, dikatakan sukarelawan menemukan senaskah al-Quran masih sempurna dan tiada cacat celanya.

Rata-rata netizen memuji kebesaran ALLAH SWT dan menyatakan ianya keajaibanNya.

Bandar Palu di pulau Sulawesi musnah, selepas dilanda gempa bumi kuat dan tsunami yang memusnahkan banyak rumah serta menghanyutkan kenderaan namun al-Quran itu tetap masih baharu dan tidak dikotori lumpur.

Gempa bumi di Palu, Sulawesi baru-baru ini meninggalkan pelbagai kisah yang mengharukan masyarakat. Ianya juga sebagai peringatan Allah kepada hambanya tentang kekuasaannya.

Berbagai kisah ikhtibar di muatnaik oleh pelbagai individu yang mengalami pengalaman mengerikan itu. Seorang lelaki bernama Di Facebook Johan Ariff menceritakan pengalamannya yang mengejutkan.

Baca Tulisan beliau di bawah ini

Amaran Allah lagi…..

Meremang bulu roma dan tanpa disedari air mata menitis apabila terlihat cebisan al quran memaparkan surah al Lukman yang juga masih basah akibat tsunami di kampung pelabuhan nelayan di Donggala Sulawesi Tengah.

Ia adalah sebuah pantai nelayan dan pelabuhan nelayan di Donggala yang terkesan teruk akibat gempa dan tsunami 7.7 SR

Palu, Sulawesi : Al-Quran Serta Helaian Masih Elok Dijumpai. Lihat Maksud Ayat Pada Helaian Tersebut

Kedudukan cebisan helaian al quran di atas sejadah basah yang mengadap kiblat, masih tidak beralih dari tempatnya apabila saya temui….. Subhanallah

Palu, Sulawesi : Al-Quran Serta Helaian Masih Elok Dijumpai. Lihat Maksud Ayat Pada Helaian Tersebut

Sebelum mendekati cebisan basah tersebut saya sudah agak ada sesuatu yang hendak disampaikan menerusi ayat suci tersebut……sebagaimana penemuan saya di pantai Mamboro Palu.

Saya semankin mendekati dan mencapainya dengan lembut takut ia akan terkoyak…..

Palu, Sulawesi : Al-Quran Serta Helaian Masih Elok Dijumpai. Lihat Maksud Ayat Pada Helaian Tersebut

Saya lantas meminta Muhammad Farhan mengenalpasti surah apa dan nombor ayatnya.

Ia adalah surah Lukman ayat dari 24-32

Mari kita perhatikan dan renung akan terjemahannya:

31. Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur

32. Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata.

Palu, Sulawesi : Al-Quran Serta Helaian Masih Elok Dijumpai. Lihat Maksud Ayat Pada Helaian Tersebut

Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.

Palu, Sulawesi : Al-Quran Serta Helaian Masih Elok Dijumpai. Lihat Maksud Ayat Pada Helaian Tersebut

Adakah ini suatu kebetulan lagi…… saya yakin memang Allah hendak memberi Amaran kepada kita…… dan ia adalah pesanan kepada kita yang masih BERNYAWA…….. kerana Allah sayangkan hambaNya……

Kongsilah sebanyaknya, moga bermanfaat…..dan ambil ibrohnya

Begitulah tulisan beliau yang mengingatkan kita tentang luasnya kuasa Tuhan yang menjadikan sekalian alam ini. Semoga tulisan beliau bermanfaat untuk kita semua.