Penduduk p4nik dan kehairanan bila melihat sesuatu yang aneh berlaku di langit.

Tidak dinafikan kekuasaan Allah SWT dapat dilihat dengan jelas melalui alam semula jadi. Terdapat terlalu banyak fenomena yang berlaku di sekeliling kita di seluruh pelosok Bumi, namun ada segelintir daripadanya yang begitu menakjubkan dan menarik minat manusia untuk membuat kajian dengan lebih mendalam.

Walau bagaimanapun, fenomena semula jadi yang terjadi di langit sering kali mendapat perhatian yang lebih, mungkin kerana ia adalah di luar capaian tangan dan minda kita. Kewujudan langit dan angkasa adalah sesuatu yang selalu membuatkan kita tertanya-tanya dan akan sentiasa menjadi sebuah misteri.

Apa kata sesekali, cuba dongak ke langit dan perhatikan keindahan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Mana tahu, anda juga boleh berkesempatan menyaksikan fenomena-fenomena luar biasa seperti berikut:

Penduduk di Brazil baru-baru ini gempar selepas melihat awan `aneh’ muncul di langitnya hingga ada yang menganggap ia sebagai `khiamat’.

Penduduk dikejutkan dengan fenomena yang jarang berlaku kat atas langit, di mana ada sesuatu yang buat mereka panik dan rasa takut. Mereka jumpa awan yang berbentuk seperti sebuah karya tuhan buat mereka sangat terkejut!

Kejadian itu berlaku di Teixeira de Freitas. Ia mengakibatkan media sosial dipenuhi dengan imej tersebut yang dirakamkan pada Khamis petang lalu.

Mereka yang merakamkan gambar itu pada mulanya ketakutan kerana bimbang ia adalah t4ufan.

Ada pula yang menyangka ia adalah meteor. Tetapi ia kemudiannya disahkan sebagai debu awan yang bertukar warna menjelang matahari terbenam.

Perkara yang aneh bukan satu kali jer dah berlaku di atas permukaan bumi kita dah. Ada banyak perkara yang pelik dan fenomena yang tidak dapat dijelaskan telah berlaku di banyak tempat.

Pihak saintis pun susah untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Ini mungkin disebabkan pengetahuan manusia belum lagi dapat menjelaskan keadaan yang sebenarnya.

Bumi kita adalah sangat kecil jika berbanding dengan planet lain. Banyak lagi pengetahuan yang masih kita tidak tahu dan masih perlu dipelajari.

Manusia sentiasa dikejutkan dengan sesuatu yang di luar pengetahuan mereka, biasanya akan rasa takut sebab tidak tahu apa yang akan berlaku. Salah satu contoh yang sangat aysik dibincangkan ialah kewujudan hantu.

Banyak orang sebenarnya sudah percaya hantu wujud, tapi bukan semua orang dapat jumpa. Pihak saintis juga pernah buat penyelidikan terhadap fenomena

“hantu” tapi masih tidak ada alat-alat yang dapat mengesan kewujudan “hantu”. Pengetahuan manusia dalam perkara ini boleh dikatakan masih tidak ada apa-apa perkembangan.

Tak kira apa pun, seperti dalam video ni, awan yang pelik ni memang dah buat banyak orang terkejut dah. Jom tengok video di bawah.

Bukan Kali Pertama. Pernah Berlaku Di Malaysia

Formasi awan luar biasa kelihatan seperti ‘ombak besar’ dan ‘puting beliung’ di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pada 2017 juga pernah menggemparkan penduduk.

Difahamkan, keadaan gumpalan awan luar biasa itu disedari di antara jam 7.30 pagi hingga 8 pagi iaitu ketika gerimis sebelum disusuli hujan lebat.

Penduduk Kampung Lumat, Sitti Sahrah Mohd Desa, 32, berkata beliau melihat awan berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di pekan Beaufort pada jam 7.40 pagi.

“Ini kali pertama saya melihat keadaan awan seperti itu menyebabkan timbul rasa takut.

“Cuaca ketika itu mendung, sedikit berangin dan gerimis. Bagaimanapun, selepas hujan , keadaan awan kembali seperti biasa,” katanya kepada BH.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padas Damit, Marif Yusof, berkata ketika kejadian, warga sekolah mengadakan perhimpunan mingguan di padang sekolah.

Penduduk p4nik dan kehairanan bila melihat sesuatu yang aneh berlaku di langit.

“Semua guru dan murid terkejut melihat kepulan awan luar biasa itu. Tidak lama kemudian, hujan gerimis disertai angin kuat. Kita terpaksa hentikan perhimpunan kerana keadaan cuaca ketika itu agak membimbangkan.

“Tidak lama selepas itu, berlaku hujan lebat kira-kira dua jam sebelum keadaan kembali seperti biasa,” katanya.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garisan badai.

Katanya, keadaan itu terbentuk akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

Awan Bentuk Pedang Muncul Di Tumpat

SUBHANALLAH (maha suci Allah), ayat ini terus terkeluar dari mulut Aisyhah Hamidah, 15 tahun tatkala dia terlihat awan berbentuk pedang muncul suatu petang di penghujung 2018.

Menurut pelajar Maahad Muhammadi, Tumpat ini, awan aneh ini muncul sekitar jam 6.23 petang di kediamannya, Kampung Bendang Kerian, Tumpat dan kemudian beransur hilang lima minit kemudian.

Jelas Aisyhah atau mesra disapa Asma’ pada awalnya dia menyangka awan itu membentuk tanda salib kerana ketika kejadian dia berada dalam rumah dan hanya terlihat sebahagian sahaja bentuknya. Sehinggalah dia keluar ke halaman untuk menyaksikan fenomena aneh ini dan ketika itu jelas kelihatan awan berbentuk pedang di hadapannya.

“Subhanaallah, itu perkataan pertama keluar dari mulut saya. Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang melihat kebesaranNya dengan menunjukkan kejadian aneh dan pelik ini untuk kita semua terus mengingati Allah,” katanya memaklumkan kejadian ini berlaku sekitar lima minit saja sebelum menghilang.

Kata Asma’ lagi, ketika kejadian awan juga kelihatan berbeza warnanya dan kemudian beransur hilang begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi REMAJA.

Dalam pada itu, kakaknya, Aisyhah Mursyida Ramli, 18 yang juga seorang peniaga online turut menyaksikan kebesaran Allah ini.

“Mulanya adik yang nampak sebelum memanggil kami semua yang ada dalam rumah. Ayah, Ummi dan budak-budak yang sedang bermain bola sepak di padang juga turut menyaksikan awan aneh ini,”katanya yang bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah taala untuk melihat kebesaranNya.

Penduduk p4nik dan kehairanan bila melihat sesuatu yang aneh berlaku di langit.

Bukan awan edit, jangan kecam

Dalam pada itu, Umminya, Maizan Ismail, 52 yang berpeluang melihat kebesaran Allah ini berkata, kejadian awan aneh yang dilihatnya bukan saja menunjukkan kekuasaanNya tetapi juga petanda supaya manusia itu kembali mengingati Allah.

“Dunia ini sudah ke penghujung, sudah bermacam-macam kejadian aneh terjadi termasuk gempa. Awan aneh ini satu bukti menunjukkan Allah itu maha agung, maha berkuasa.

“Memang ada suara-suara yang mempertikaikan bila anak saya masukkan gambar ini ke dalam fb miliknya. Ada yang kata edit dan sebagainya. Ada yang kecam kata kami menipu. Bagi saya apa yang Allah ingin tunjukkan adalah bukti kebesaranNya kerana memang awan aneh itu wujud di langit dan kami sekeluarga diberi peluang melihat oleh Allah.

“Kami tiada kuasa untuk mengeditnya. Tak pandai pun hal ini. Awan ini hanyalah petunjuk dan mengajak kita kembali merenung kekuasaan Allah. Kalau Allah mengkehendakinya maka akan berlaku. Dunia juga sudah di penghujung, moga kita semua kembali kepadaNya,”katanya yang sangat merendah diri.

“Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Jaathiyah 45:3)

Sumber dari Iluminasi