Pengunjung Terkejut Apabila Bot Dengan 50 Orang Pendatang Haram Tiba-tiba Mendarat Di Tepi Pantai

Para pengunjung di sebuah pantai di Sepanyol telah dikejutkan dengan kehadiran sebuah bot yang penuh dengan pendatang asing yang tiba-tiba mendarat di tepi pantai berhampiran dengan sebuah hotel mewah.

Di dalam sebuah rakaman yang diambil pada hari kejadian, ramai pengujung kelihatan terkejut apabila menyaksikan puluhan pendatang asing turun daripada bot tersebut setelah mendarat di Pantai Barossa yang terletak di  wilayah selatan Sepanyol.

Pengunjung Terkejut Apabila Bot Dengan 50 Orang Pendatang Haram Tiba-tiba Mendarat Di Tepi Pantai

Menurut sebuah laporan, bot pelampung itu dikatakan telah membawa puluhan pelarian memasuki Eropah.

Berdasarkan kepada sebuah laporan media tempatan, majoriti daripada penumpang bot tersebut merupakan kanak-kanak.

Mereka dilihat berlari meninggalkan bot sebaik saja mendarat. Ada di antara mereka yang memanjant tebing tinggi untuk melarikan diri. Terdapat beberapa daripada mereka yang pergi ke hotel berhampiran untuk mendapatkan perlindungan.

Pihak berkuasa telah berjaya menahan dua orang tidak lama selepas bot tersebut mendarat di kawasan pantai yang sibuk itu.

Sejak dari hari Jumaat yang lepas, terdapat lebih 500 orang pendatang asing yang mendarat di sekitar kawasan pantai Andalusia

Sekurang-kurangnya 17 pendatang m4ut dalam tempoh 24 jam semasa cuba menyeberangi laut dari Afrika Utara ke Sepanyol, menurut pengawal pantai, hari ini.

Pengunjung Terkejut Apabila Bot Dengan 50 Orang Pendatang Haram Tiba-tiba Mendarat Di Tepi Pantai

Dalam tempoh itu, seramai 100 pendatang lain berjaya diselamatkan oleh pengawal pantai yang sama.

Katanya, dua rakit getah turut berjaya ditemui di Barat Mediterranean yang terletak antara semenanjung Iberia, Maghribi dan Algeria di mana 80 pendatang berada di dalamnya sementara 13 yang lain sudah meningal dunia.

Dalam operasi sama, pengawal pantai turut menjumpai empat m4yat dan menyelamatkan 22 lelaki di bandar pelabuhan Cadiz, Sepanyol.

Sepanyol kini menjadi destinasi utama kepada pendatang asing selain pelarian dari Afrika dan Asia Barat yang cuba ke negara-negara Eropah.

500,000 di Sepanyol tuntut kemasukan lebih ramai pelarian ke Eropah

BARCELONA: Hampir 500,000 orang keluar ke jalan-jalan raya bandar Barcelona, Sepanyol untuk menuntut agar kerajaan mereka membenarkan kemasukan lebih ramai pelarian ke Eropah.

Menurut pertubuhan Casa Nostra Casa Vostra yang menganjurkan bantahan itu, mereka juga mahu negara-negara anggota Kesatuan Eropah bertindak mengambil masuk ribuan pendatang asing yang sedang menunggu di sempadan negara-negara Eropah.

Mereka mendakwa bantahan itu adalah yang terbesar sejak krisis pendatang asing berlaku di Eropah.

Pada 2015, Sepanyol berikrar untuk mengambil lebih 17,000 pelarian dalam masa dua tahun.

Tetapi sehingga Khamis lalu hanya 1,100 pelarian sudah diterima di Sepanyol.