“Sebab kami educated” – Orang Malaysia Pelik Kenapa Melayu Singapura Kurang Sensitif Isu ‘Bab!’

Rasanya semua dah tahu bahawa tahun ini, masyarakat Cina akan menyambut tahun khinzir atau lebih selesa dipanggil babi.

Pun begitu, rata-rata tempat kat Malaysia ni, kita memang tak nampak langsung patung ke atau apa-apa perkara yang related kepada babi kerana menjaga sensitiviti umat Islam.

Lain pulak kat Singapura, meskipun ada sebilangan rakyat beragama Islam, isu pork atau babi ini memang tak ada hal langsung. Lalu satu page di Facebook bernama Singapotato ada buat troll mengenai isu ini. 

Malaysians be like ‘How come Singapore Muslims not offended?”Singapore Muslim be like “I’m offended what!. The pig…

“Tak ada masa nak terasa…. Sibuk buat duit untuk bayar bil. Next please!” 

Posting yang dimuat naik baru-baru ni, mendapat perhatian rakyat Singapura terutamanya Melayu Muslim yang terang-terang langsung tak kisah tentang isu ‘babi’ ini.

Admin yakin korang tertanya-tanya sebab apa Melayu Singapura chill je dan langsung tak sensitif soal khinzir. Well jawapan mereka simple je tapi jangan pulak korang heart attack bila baca.

“Meritokrasi merupakan tiang utama dalam sistem pentadbiran Singapura. Rakyat kami tidak kira bangsa, bahasa dan agama, menerima akses sama rata, dan dasar kami ditentukan bagi mencapai tujuan itu.

“Masyarakat Melayu Singapura mencapai pelbagai kemajuan sosial dan ekonomi dalam 5 dekad lalu, bukan kerana diberikan keistimewaan, tetapi atas usaha mereka sendiri dalam sebuah masyarakat adil dan saksama,”

Singapura juga melarang keras rakyatnya termasuk media daripada “memainkan isu kaum, bahasa dan agama untuk memecah belahkan masyarakat kami”.

Lagi lontaran komen

Komen orang Indonesia: 2 tahun kerja di Singapura tapi tak ada seorang pun yang peduli dengan simbol agama

Kalau korang fikir hal sensitiviti ni tak normal sebab nampak macam orang Malaysia overreacted, well actually rakyat Indonesia pun alami isu yang sama. Dorang pun tak suka dengan ‘babi’ tetapi mereka dilihat lebih open bicarakan tentang isu ni dan sangat inspired dengan Muslim Singapura.

Usaha Perdana Menteri Lee Hsien Loong melantik presiden Melayu adalah demi menarik sokongan kepada parti pemerintah.

“Kami hanya senyum kerana meritokrasi sentiasa dijadikan helah mendiskriminasi Melayu di republik itu.

“Semua orang tahu meritokrasi juga terdedah kepada manipulasi. Ramai masih ingat bagaimana parti pemerintah, People’s Action Party (PAP) sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu pada awal pembentukan negara itu. Selain jawatan Presiden, jumlah anggota Kabinet juga signifikan dan banyak elemen lain yang meyakinkan,” katanya.

“Namun apabila masa berlalu Melayu kian lemah dan tersisih daripada koridor kuasa. Maka inilah yang Hsien Loong mahu sedikit sebanyak perbetulkan, yang dihargai.”

Jadi apa pendapat korang tentang Melayu Singapura? Mereka mungkin tak kisah sangat tentang isu babi sebab agama rasmi negara mereka bukan agama Islam. Tapi at the same time admin rasa mereka ini juga memang jenis tak kisah sebab…. cari duit untuk bayar bil tu lagi penting katanya. Gituuu! 

Sumber dari LobakMerah