Sebuah Blok DijilatApi Tapi Pelik Satu Rumah Langsung Tak Terjejas. Rupanya Ini Yang Dilakukan Penghuninya.

Allah lah sebaik-baik Penjaga. Peristiwa ini terjadi di Mesir. Sebuah apartemen 6 tingkat mulai terbaakar hampir lewat tengah malam.

Semua penghuni bangunan tersebut sangat terkejut bergegas menyelamatkan diri masing-masing meninggalkan barang-barang dalam rumah, dan menyaksikan appi dengan maraknya menjilat hampir semua rumah di bangunan tersebut.

Ketika terbit matahari, bangunan itu masih terbaakar,

Masing-masing melihat kediaman mereka dan barang-barang di dalamnya hangus dijilat api. Mereka tak sempat berbuat apa-apa.

Tetapi, dengan kuasa Allah.. !! Subhanallah… Rumah no 13, seolah-olah tidak disentuh api.. Sedangkan rumah di atas dan bawahnya terbaakar dijilat api. Ketika api sudah reda dan berhasil dipadamkan, masing-masing masuk melihat keadaan rumah mereka yg sudah hangus.

Tetapi Muhammad dan Munir yang tinggal di rumah no. 13, amat terkejut.. Keadaan dalam rumah mereka tidak disentuh api!!

Ramai sahabat dan jiran datang untuk menyaksikan kejadian yang sukar dipercaya. Sungguh ajaib.. Apa yang mereka dapati, rumah mereka selamat, dan Al-Quran yang sedang tersusun di rak masih sama seperti awal ditinggalkan..

Muhammad dan Munir adalah penghafal Al-Quran, dan mereka berusaha mengulang hafalan paling kurang satu surah sehari. Sebuah Al-Quran masih terbuka di atas meja di hadapan mereka yang digunakan untuk mengajar anak-anak didik malam tadi dan terpaksa ditinggalkan sewaktu bergegas meninggalkan apartemen mereka.

Malah mereka juga terkejut dengan barang-barang dalam rumah dan Al-Quran tersebut yg tidak lansung di sentuh api.

Allah Maha Berkuasa !! Allah menyelamatkan Al-Quran dan harta mereka bila itu digunakan untuk sepatutnya.

Mukjizat Al-Quran sebagai kalam Allah yang sangat penting ini masih berdiri dan sering dilupakan dicelah-celah rak buku di rumah kita.

AL-QURAN adalah mukjizat agung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Kitab suci keempat yang wajib diimani oleh umat Islam seluruh dunia mengandungi 114 surah dan 30 juzuk.

Susunan ayat, laras bahasa dan gaya seni yang digunakan di dalam al-Quran begitu unik. Ia kaya dengan unsur metafora, ritma, aliterasi, asonansi dan sebagainya menyebabkan pujangga dan masyarakat jahiliah menjadi hairan dan takjub.

Mereka tidak dapat menerima kebenaran tentang kehebatan al-Quran sehingga ada yang mendakwa bahawa al-Quran adalah rekaan Nabi Muhammad SAW (Ath-Thur : 34) dan ia adalah sihir yang dipelajari dari orang-orang terdahulu (Al-Muddatsir : 24-25).

Malah, lebih teruk lagi muncul Musailamah al-Kadzab yang mencipta sendiri ayat yang hampir sama bunyi dan laras bahasa untuk menandingi al- Quran namun ternyata semuanya gagal.

Keindahan dan kesenian bahasa al-Quran turut menyebabkan dua pembesar Makkah masuk Islam iaitu Umar Al Khattab dan Al Walid Ibn Al Mughirah. Ini tidak termasuk lagi kehebatan al Quran yang kaya dengan ilmu sejarah, psikologi, matematik, sains, kesihatan dan sebagainya.

Bahkan hebatnya al-Quran kerana ia masih lagi kekal dalam bahasa Arab dan susunan ayat masih lagi tidak berubah sejak penurunannya berbanding kitab ajaran lain seperti Bible yang asalnya bahasa ibrani sudah bertukar menjadi bahasa yunani.

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa al-Quran adalah mukjizat agung yang diturunkan kepada umat Islam yang perlu dibaca dan dihayati setiap masa.

Laras bahasa dan susunan ayatnya yang unik mampu dijadikan sebagai garis panduan kepada rakyat Malaysia untuk berbicara secara terus mahupun mengketik papan kekunci di telefon bimbit mahupun komputer dalam menyelusuri media sosial dengan sopan dan berbudi.

Marilah sama-sama kita menginsafi dan mentadabbur segala intipati yang terdapat di dalam al-Quran dan semoga kita dapat memanfaatkan sebaiknya sambutan Nuzul Al-Quran baru-baru ini agar kita dapat untuk menelaah dan memurajaah al-Quran bersama ahli keluarga.

Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita

Sumber: Islam Agama Kami