Sebuah Tempat Pelik Yang M@yat Akan ‘Dihalau’ Dari Kubur Kerana Tidak Bayar Sewa!

Sebuah Tempat Pelik Yang M@yat Akan ‘Dihalau’ Dari Kubur Kerana Tidak Bayar Sewa!

Burung hering dilihat terbang mengelilingi sebuah tanah perkuburan utama di Guatemala City di Guatemala ketika mayat bayi yang reput dikeluarkan dari keranda dan dicampak ke dalam beg plastik.

Setiap tahun, pekerja tanah perkuburan itu menggunakan tukul besi untuk memecahkan kubur bayi dan kanak-kanak kerana keluarga si mati terlalu miskin dan tidak mampu membayar sewa tapak itu AS$24 (RM105).

Jurugambar Saul Martinez merakamkan beberapa gambar menyayat hati mengenai nasib anak malang berkenaan yang bakal disemadikan di sebuah kubur besar terletak di kawasan pelupusan sampah di bandar itu.

Bagi bandar-bandar besar, pengebumian ibarat menyewa sebuah tanah, yang setiap tahun harus dilakukan pembayaran. Jika tidak dibayar, maka mayat yang ada di dalamnya boleh dipindahkan bahkan dibuang begitu sahaja di tempat sampah.

Sebuah Tempat Pelik Yang M@yat Akan 'Dihalau' Dari Kubur Kerana Tidak Bayar Sewa!

Menurut badan pemantau jenayah, pada 2012 sebanyak 5,237 kes pembunuhan dilaporkan berlaku di negara itu, iaitu 14 kes setiap hari.

Martinez yang berada di tanah perkuburan itu untuk mengambil gambar mangsa jenayah berprofil tinggi, kali pertama mendengar mayat orang dewasa dikeluarkan dari kubur mereka.

Namun, perkara seperti itu pernah dilaporkan media sebelum ini tetapi pekerja di tanah perkuburan memberitahu mereka akan mengeluarkan mayat bayi juga.

Itu yang mendorongnya mengambil gambar mayat bayi yang dikeluarkan itu dan Martinez melihat 3,000 mayat dikeluarkan dalam masa dua minggu.

Sebuah Tempat Pelik Yang M@yat Akan 'Dihalau' Dari Kubur Kerana Tidak Bayar Sewa!

“Ahli keluarga hanya diberitahu melalui telegram. Mereka terlalu miskin untuk menampung sewa tapak berkenaan. Guatemala adalah negara yang sangat miskin.

“Mungkin mereka mahu melupakannya atau tidak mempunyai wang kerana bayi berkenaan meninggal dunia ketika baru dilahirkan,” katanya.

Bagi pekerja di tanah perkuburan itu, mereka juga tidak mempunyai pilihan kerana ini adalah sumber rezeki mereka.

“Saya hampir tidak percaya melihat mayat sekecil ini dicampak begitu sahaja.

“Terlalu banyak mayat dan ia dicampak ke dalam kubur besar sedalam 40 meter,” jelasnya

Perkara inilah yang terjadi Guatemala, lewat membayar yuran perkuburan, maka mayat yang bersangkutan dibuang begitu saja. Tanah perkuburan di negara tersebut memang cukup mahal, sehingga tidak jarang mayat di sana bagaikan berada di “rumah susun.”

Bayangkan saja, untuk satu meter tanah kubur, ada lebih dari empat mayat disusun ke atas. Dan untuk itu, setiap mayat yang ada di tanah perkuburan tersebut perlu membayar yuran setiap tahun.

Sebuah Tempat Pelik Yang M@yat Akan 'Dihalau' Dari Kubur Kerana Tidak Bayar Sewa!

Sebuah Tempat Pelik Yang M@yat Akan 'Dihalau' Dari Kubur Kerana Tidak Bayar Sewa!

Petugas yang hanya berbekal tukul dan menutupi hidungnya, mulai “membersihkan” mayat-mayat dari “tempat tinggalnya”. Mereka tidak ragu untuk memasukkan mayat-mayat yang tinggal tulang tersebut ke dalam beg plastik.

Bahkan sebahagian yang memakai keranda, dibuang begitu sahaja di tempat sampah. Ada juga mayat yang dibiarkan dibawah pokok bersama kerandanya. Tanah perkuburan di sana memang bagaikan “pangsapuri” yang perlu membayar sewa se tiap tahun, tidak peduli dari kalangan mana mayat tersebut berasal.

Burung hering dilihat terbang mengelilingi sebuah tanah perkuburan utama di Guatemala City di Guatemala ketika mayat bayi yang reput dikeluarkan dari keranda dan dicampak ke dalam beg plastik.

Setiap tahun, pekerja tanah perkuburan itu menggunakan tukul besi untuk memecahkan kubur bayi dan kanak-kanak kerana keluarga si mati terlalu miskin dan tidak mampu membayar sewa tapak itu AS$24 (RM105).

Jurugambar Saul Martinez merakamkan beberapa gambar menyayat hati mengenai nasib anak malang berkenaan yang bakal disemadikan di sebuah kubur besar terletak di kawasan pelupusan sampah di bandar itu.

Enam tahun selepas mayat orang dewasa atau kanak-kanak disemadikan di tanah perkuburan itu, setiap ahli keluarga perlu membayar AS$24, kos sewaan tapak kubur selama empat tahun lagi.

Sekiranya sewa tidak dibayar, kubur itu akan dipecahkan dan keranda di dalamnya akan dibuka.

Mayat kanak-kanak yang masih berpakaian atau dibalut dengan selimut ini dikeluarkan dari keranda dan dikumpul dalam beg plastik.

Waris mengambil semula mayat ahli keluarga kesayangan mereka tetapi banyak mayat yang tidak dituntut berakhir di sebuah kubur besar.

Sebuah Tempat Pelik Yang M@yat Akan 'Dihalau' Dari Kubur Kerana Tidak Bayar Sewa!

Martnez berjaya mengabadikan bagaimana petugas membongkar lubang lkubur, dan menyimpan mayat-mayat di beg plastik, dan pengumpulan, hingga waris terdekatnya membayar wang sewa, jika ingin dikuburkan kembali.

Sebuah Tempat Pelik Yang M@yat Akan 'Dihalau' Dari Kubur Kerana Tidak Bayar Sewa!

“Pandangan itu mengerikan, mereka menariknya bagaikan sebuah sampah. Setiap sisa-sisa dari tubuh manusia bagaikan sampah yang dibuang begitu sahaja,” kata Martinez.

Martinez dilahirkan di negara itu tetapi menetap bersama ibunya seorang warga Amerika Syarikat di Long Island, New York.

Pada 2009, dia kembali ke Guatemala untuk bekerja sebagai jurugambar di sebuah akhbar tempatan.

“Terlalu banyak keganasan berlaku di Guatemala.

“Saya diberitahu untuk membuat kubur baru mereka terpaksa mengeluarkan mayat.

“Mereka tidak mempunyai wang mencukupi untuk meluaskan tanah perkuburan ini,” katanya.

Ujarnya, keganasan sudah dilihat sebagai sesuatu yang normal.

“Anda boleh lihat sendiri bagaimana mereka membuang mayat ke dalam kubur besar,” ujarnya.

Amalan memindahkan mayat ini dipercayai sudah berlaku sekurang-kurangnya selama 15 tahun.

Kesan perang saudara berdarah 36 tahun lalu, separuh daripada penduduk Guatemala hidup dalam kemiskinan.

Menurut pertubuhan kanak-kanak, Save the Children, tiga daripada 100 kanak-kanak mati sebelum berusia lima tahun di Amerika Tengah.

Dengan pendapatan isi rumah kira-kira AS$9 (RM40) sehari, sewa tapak tanah perkuburan sebanyak AS$24 adalah terlalu tinggi bagi majoriti penduduk. – Harian Metro