Sedang Leka Merakam Seekor Buaya Yang Tidak Bergerak, Tiba-tiba Semua Panik Apabila Buaya Itu Melompat Ke Arah Mereka

APA perasaan apabila buaya air masin, mungkin terbesar di dunia tiba-tiba melonjak keluar dari sungai, hanya beberapa kaki dari anda?

Begitulah yang berlaku terhadap sekumpulan pelancong di Sungai Adelaide, Wilayah Utara, Australia, namun buaya berkenaan sebenarnya suka gambarnya dirakam Sewaktu mereka sedang bercuti menaiki sebuah bot, lelaki ini dan isterinya berharap untuk melihat aligator secara dekat.

Jadi apabila mereka menemui seekor aligator yang kelihatan kaku tidak bergerak, si suami mula mengeluarkan kamera untuk merakam haiwan tersebut.

Sedang Leka Merakam Seekor Buaya Yang Tidak Bergerak, Tiba-tiba Semua Panik Apabila Buaya Itu Melompat Ke Arah Mereka

Betapa terkejutnya kesemua penumpang bot ini apabila dalam sekelip mata sahaja haiwan tersebut mula berpusing dan melompat masuk ke dalam bot itu.

Kesemua yang sedang berada di dalam bot tersebut bertempiaran lari ke tempat yang lebih tinggi.

Apabila lensa kamera di fokuskan kepada aligator itu semula, haiwan itu dilihat tersangkut pada rel penghadang sisi bot berkenaan.

Selepas meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada penghadang besi itu, mujurlah aligator itu berjaya kembali semula ke permukaan air.

Buaya sepanjang lebih enam meter itu melonjak setinggi bumbung bot di depan pelancong, membiarkan gambarnya dirakam.

Buaya air masin ini semakin banyak di Australia dan Sungai Adelaide antara yang paling padat dengan populasi buaya terbabit.

Menurut Daily Mail, buaya digelar Dominator itu dipercayai terbesar di dunia dan terkenal kerana sering melonjak keluar dari permukaan sungai apabila pelancong datang.

Sedang Leka Merakam Seekor Buaya Yang Tidak Bergerak, Tiba-tiba Semua Panik Apabila Buaya Itu Melompat Ke Arah Mereka

Gambar ini dirakam wanita, seorang pekerja syarikat binaan dari Queensland, Rhys Crowley, 25, antara pelancong.

“Kami baru berada sekitar 10 minit apabila buaya ini tiba-tiba muncul.

“Kamu boleh lihat betapa hampirnya ia dengan bot satu lagi dan pelancong yang terperanjat. Ramai menjerit kuat.

“Mereka beritahu ia antara buaya paling agresif namun, bagi saya ia kelihatan jinak.

Dia muncul untuk mengucapkan selamat datang,” katanya.

Semua yang berada di dalam bot tersebut kemudiannya menarik nafas lega.

Sumber : Harian Metro