Taufan Michael Telan Florida, Menggerunkan Seperti Dilanda Tsunam1

Taufan Michael Telan Florida, Menggerunkan Seperti Dilanda Tsunam1

Taufan Michael amat menggerunkan dan berbahaya apabila kekuatannya meningkat kepada kategori 4 beberapa jam sebelum melanda Florida.

Taufan berkenaan membawa angin kencang pada kelajuan 210 kilometer sejam dan membadai Florida pada tengah malam hari ini.

Berdasarkan skala Saffir-Simpson, kategori 4 bermakna kekuatan angin berkelajuan sehingga 251 kilometer sejam yang boleh membawa kerosakan kepada banyak harta benda.

Lebih 370,000 orang telah diarahkan berpindah dan berada di tempat lebih tinggi.

Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan m4ut di Amerika Tengah pada hujung minggu lalu akibat hujan lebat dan banjir selepas dibadai taufan berkenaan.

Florida telah mengisytiharkan darurat selain Alabama dan Georgia menjelang kedatangan taufan Michael.

Gabenor Florida, Rick Scott menyifatkan Michael sebagai taufan ganas dan menggesa para penduduk tempatan mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) berkata, taufan Michael akan menyebabkan berlakunya pusaran ribut yang boleh mengancam nyawaa, angin ribut kuat dan hujan lebat di sepanjang timur laut pantai Teluk.

NHC meramalkan kekuatan taufan itu akan meningkat lagi sebelum ia melanda Florida Panhandle atau kawasan Big Bend.

“Kekuatan taufan itu akan menurun selepas melanda Florida apabila ia bergerak melintasi tenggara Amerika Syarikat (AS),” kata NHC.

Gabenor Rick Scott yang menggerakkan 2,500 anggota Pengawal Kebangsaan turut menyetujui saranan Knabb dan berkata, Taufan Michael boleh mendatangkan ancaman sebagai taufan terburuk pernah melanda Panhandle dalam tempoh beberapa dekad.

“Kita kesuntukan masa. Hari ini ialah hari untuk merancang semua perkara kerana esok mungkin sudah terlalu lewat. Adalah amat penting untuk anda menjaga diri dan keluarga kerana Taufan Michael semakin menghampiri Florida,” kata Scott di Twitter.

Michael sebelum ini menjejaskan beberapa bahagian di Mexico dan Cuba dengan tiupan angin kencang dan hujan lebat sejak Ahad hingga awal pagi semalam.

Ketua jabatan bomba Panama City, Larry Couch pula menggesa penduduk untuk segera berpindah.

“Jika mereka memutuskan untuk tidak berbuat demikian, kami mungkin gagal tiba di lokasi untuk menghulurkan bantuan. Kami akan menutup operasi di beberapa kawasan dan apabila ia berlaku, mereka terpaksa menyelamatkan diri sendiri,” katanya.

Datuk Bandar Tallahassee Andrew Gillum yang juga calon Demokrat untuk pilihan raya gabenor pada 6 November ini pada Ahad lalu berkata, beliau membatalkan acara kempen dan pulang ke Tallahassee bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi ketibaan Michael. – Reuters