Volkswagen Bakal Perkenalkan ‘Golf R Plus’, Saingi Mercedes-AMG A45

Volkswagen sedang dalam proses untuk menghasilkan model kereta terbaru dengan varian tertinggi, Golf R Plus yang bakal menandingi Mercedes-AMG A45 dan Audi RS3.

Golf R Plus ini bakal menerima komponen dan teknologi yang diinspirasikan dari Golf R400 dan kereta lumba Golf TCR. Golf R Plus bakal menjadi model yang mendahului model Golf R yang lain dengan enjin EA888 400 berkuasa kuda dengan kelajuan tertinggi 280km/j dan boleh mencapai 0 hingga 100km/j dalam 3.9 saat sahaja.

Volkswagen Bakal Perkenalkan ‘Golf R Plus’, Saingi Mercedes-AMG A45

Untuk pengetahuan Volkswagen Golf R400 mula dibangunkan pada tahun 2014 namun projek ini diberhentikan berikutan kos penjagaan kereta ini yang terlalu tinggi. Pada tahun ini dengan penggunaan teknologi terbaru, projek ini telah disambung semula. Difahamkan rekaan model terbaru ini juga bakal mengikut rekaan yang hampir sama dengan model Volkswagen Golf R400.

Volkswagen Bakal Perkenalkan ‘Golf R Plus’, Saingi Mercedes-AMG A45

Model ini juga mampu menandingi Audi dan Mercedes dengan penerimaan enjin 2.0 liter yang dibangunkan oleh Audi dengan penjanaan kuasa 380 hingga 400hp. Dengan gabungan komponen dan enjin yang berkuasa tinggi, Golf R Plus bakal menjadi model kereta paling berkuasa berbanding kereta mewah yang lain.

Volkswagen Bakal Perkenalkan ‘Golf R Plus’, Saingi Mercedes-AMG A45

Pelancaran untuk model Golf R Plus ini masih lagi belum diketahui setakat ini namun ianya dijangka bakal dikeluarkan pada tahun hadapan dan akan dijual dengan harga $54,900 (RM225,009) tidak termasuk cukai.