Connect with us

#pop

Ebit Lew bersedih, sahabat baik ‘pergi’ ke Ilahi kerana kanser

Published

on

Nama pendakwah terkenal Ebit Lew sejak covid-19 menular kerap kali menjadi sebutan. Bantuan yang diberikan kepada frontliner dan juga orang sekeliling betul-betul mengharukan kerana banyak sumbangan yang memberi manfaat kepada semua.

Dari bekalan topeng penutup mulut, makanan dan juga keperluan bagi kemudahan barisan petugas kesihatan di hospital semuanya dibantu oleh Ebit Lew yang diniatkan kerana Allah S.W.T.

Sahabat baik menghadap Ilahi

Namun, pada hari ini, pendakwah itu telah diuji apabila sahabatnya yang sama-sama berdakwah di jalan Allah pergi menghadap Ilahi.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri olehnya menerusi Facebook apabila menzahirkan rasa sebak kerana kehilangan sahabat yang berjuang di jalan Allah bersamanya menyebarkan syiar Islam.

Ebit Lew bersedih, sahabat baik 'pergi' ke Ilahi kerana kanser

Ebit Lew bersedih, sahabat baik 'pergi' ke Ilahi kerana kanser

Sama2 keluar berdakwah dijalanan

Tambah pendakwah itu lagi, sahabatnya yang dikenali sebagai Wad Drawadi ini adalah insan yang sama-sama berdakwah di kelab malam, dijalanan  dan dataran tidak kira waktu siang ataupun malam.

Mereka juga adalah jemaah tabligh yang sama-sama keluar mengajak orang ramai mendekatkan diri dengan Allah.

Ebit Lew bersedih, sahabat baik 'pergi' ke Ilahi kerana kanser

Meninggal dunia disebabkan kanser

Namun, Ustaz Wadi diuji apabila menghidap kanser dan meninggal dunia pagi tadi sekitar jam 4 pagi. Menurut Ebit Lew lagi, allahyarham adalah insan yang banyak berkongsi ilmu dengannya dan dia amat terasa diatas kehilanganan ini.

Ebit Lew bersedih, sahabat baik 'pergi' ke Ilahi kerana kanser

masih keluar berdakwah ketika sakit

Dikesempatan itu, Ebit Lew sempat memohon agar orang ramai sama-sama mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan di syurga Firdausi kerana Ustaz Wadi merupakan insan yang tabah berikutan tetap keluar berdakwah walaupun sudah disahkan mempunyai kanser.

Ebit Lew bersedih, sahabat baik 'pergi' ke Ilahi kerana kanser

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat oleh Ebit Lew itu telah pun mendapat ratusan ucapan takziah daripada warganet. Mereka turut mendoakan agar roh sahabatnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarganya tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.

Ebit Lew bersedih, sahabat baik 'pergi' ke Ilahi kerana kanser

Seorang sahabat yang baik…

Ebit Lew bersedih, sahabat baik 'pergi' ke Ilahi kerana kanser

Salam takziah buat ahli keluarga

Ebit Lew bersedih, sahabat baik 'pergi' ke Ilahi kerana kanser

 

Sumber : Ebit Lew

Continue Reading