Connect with us

#celeb

Ebit Lew perlu minta kebenaran Pejabat Daerah Semporna dulu sebelum beri bantuan.

SEMPORNA – Tiada halangan untuk pendakwah terkenal, Ebit Lew meneruskan misi bantuan Ebit Lew tetapi perlu memaklumkan kepada pihak berkaitan sebagai tuan rumah di daerah itu.

Pegawai Daerah Semporna, Suhaimi Ejip berkata, beliau memahami niat ikhlas Ebit Lew tetapi pihaknya tidak menerima kunjungan daripada pendakwah bebas itu sendiri & hanya memaklumkan tujuannya untuk masuk ke pulau berkenaan selain mahu mendirikan struktur untuk pembinaan sekolah.

“Saya sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan Ebit Lew & menghargainya namun apabila kita memasuki ‘rumah’, kita harus mengetuk ‘pintu rumah’ terlebih dahulu, namun Ebit Lew tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna.

“Sebaliknya hanya memaklumkan jadual perjalanannya melalui pembantu peribadinya & tidak bertemu secara bersemuka menerangkan tujuan & jabatan yang mempunyai autoriti yang membenarkan individu atau agensi masuk ke daerah adalah Pejabat Daerah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Suhaimi menyatakan, perkara itu perlu mengikut protokol iaitu permohonan untuk mendirikan struktur melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu bagi tujuan pembinaan Kelas Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) di kawasan pulau.

“Kita memberi sokongan moral kepada Ebit Lew sebagai Muslim namun untuk pembinaan penempatan di bawah seliaan Taman-Taman Sabah (TTS).

“Jika Ebit melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), mereka juga perlu rujuk kepada Pejabat Daerah. Kalau buat pondok sementara kita mungkin boleh benarkan atas dasar budi bicara namun jika mendirikan kelas KAFA ia bersifat kekal & pulau itu ada pemilik atau pewarisnya,” katanya.

Ebit Lew perlu minta kebenaran Pejabat Daerah Semporna dulu sebelum beri bantuan.

Berikutan dengan kejadian itu, Suhaimi menasihatkan supaya pihak yang ingin melakukan perkara demikian tidak mengambil tindakan melulu dengan melengkapkan barang perkakasan pembinaan tanpa kebenaran tuan tanah terlebih dahulu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat ketika diminta mengulas berhubung isu pendakwah bebas itu tidak dibenarkan memasuki pulau disebabkan isu keselamatan, beliau memaklumkan perkara itu di bawah pengurusan & kawalan serta tanggungjawab oleh pihak TTS.

“Tidak (bukan isu keselamatan). Ia hanya lebih kepada isu kebenaran masuk dalam kawasan yang diwartakan & di bawah pengurusan & kawalan serta bidang tanggungjawab oleh pihak TTS,” katanya.

Terdahulu, tular kenyataan daripada pendakwah bebas itu melalui Facebooknya bahawa Ebit Lew meminta maaf kepada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang beliau Islamkan di Semporna.

Dalam kenyataan itu, Ebit Lew mendakwa dia tidak dibenarkan masuk ke pulau di Semporna & diminta untuk menghentikan bantuan selain memaklumkan bahawa beliau boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun.

Trending