Video | Eina Azman, Suami Positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7

Menyambut ulang tahun perkahwinan ketujuh hari ini, pelakon Datin Eina Azman berkongsikan perkhabaran sedih apabila dia dan suami, Datuk Kaiser Gurmeet Harden disahkan positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Menurut Eina lagi, dua lagi pembantu rumahnya turut positif virus tersebut. Ujarnya, dia sering melakukan ujian saringan dan tidak tahu bagaimana dijangkiti virus berkenaan.

“Dukacita saya ingin maklumkan saya suami dan 2 bibik saya Bik Mega n Bikna didapati positive ᴄᴏᴠɪᴅ-19. Macam nak gugur jantung ni bila dapat result. Sebab saya selalu buat ᴄᴏᴠɪᴅ test.

“Even last week saya dan suami baru saja buat ᴄᴏᴠɪᴅ test sebelum buat surgery n result yang keluar negative. Saya taktau macam mana dalam seminggu saya boleh kena.

“Sedih ya amat bila terpaksa tengok Aubrey Karl buat ᴄᴏᴠɪᴅ test dengan menangis. Saya memang tak sampai hati tengok. Sementara tunggu result hati ni risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat aubreykarl or bibik-bibik? Macam mana nak handle?” katanya.

Eina berkata lagi, dia mula mengalami gejala demam dan batuk manakala suaminya pula mengalami demam panas serta paras oksigen tidak menentu.

“Sekarang saya dah mula demam panas dan dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas dan oxygen dia turun naik. So every 2 days kami kena pergi hospital untuk jumpa doctor untuk monitor dan X-Ray,” katanya.

Meskipun berdepan saat sukar ketika sambutan ulang tahun perkahwinan mereka, namun Eina berkata dia menerima ketentuan Allah dengan berlapang dada. Eina turut meminta mereka yang pernah berhubung dengannya supaya melakukan ujian saringan secepat mungkin.

“Harini pula our anniversary jadi pula macam ni. Ya Allah memang speechless. Apapun saya percaya ini semua ketentuan allah dan kami terima dengan hati yang terbuka. Saya minta tolong semua doa kan untuk kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa,” katanya.

“Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya. If anyone yang ada experience dengan ᴄᴏᴠɪᴅ tolong share kalau ada apa2 petua yang boleh kami amalkan” katanya.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber: Rotikaya

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.