Ini Reaksi Erra Fazira Setelah Dikatakan Berkahwin Dengan VVIP Jadi Isteri Nmbor Dua Dan Lelaki Itu Bukan Org Lain Pun

” Pasal gosip terbaru erra. Saya yakin sangat, Erra tak macam tu. Harap sangat gosip tu tak betul.”

Ramai yang terkjut setelah nama pelakon Erra Fazira mula menjadi perhatian di laman sosial berikutan desas-desus yang mengatakan beliau kini sudah berkahwin dengan seorang ahli politik.

Malah sejak semalam, terdapat banyak tweet di Twitter yang menyatakan perkara berkenaan.

Rata-rata mendkwa pelakon drama terkenal tersebut telah menjadi isteri kedua kepada seorang Menteri dalam kabinet.

” Dengar khabar, Erra Fazira dah jadi bini kedua kepada Faizal Azumu. Bini pertama tahu tak?” personal salah seorang netizen.

” Baru nak siasat siapa pelakon, pengarah penolong yang kena tahan polis sebab dadah, tup-tup ada gossip pasal Erra Fazira jadi bini nombor dua pula,” tulis salah satu ciapan di Twitter.

Dari tweet berkenaan, rata-rata pengguna media maya memetik nama Menteri Belia dan Sukan iaitu Datuk Faizal Azumu.

Meski pun begitu, Erra sendiri tidak berdiam diri, malah sudah mulai menghidu khabar angin yang mula tersebar itu.

Melalui satu kemas kini terbaharu di akaun Instagram miliknya, Erra kelihatan merungut apabila perkara tersebut sekali lagi dibangkitkan dan menganggap pengguna media maya memang suka memperkatakannya.

” Apooooo.. tak habis-habis cerita pasal kawin ni. Anyway, people loveeee to talk, so let them have fun taking,” jawabnya ringkas.

Dalam pada itu Erra mengatakan bahawa walaupun letih beliau kini tetap terus maju ke depan.

” No matter how tired you are.. just keep going”.

” Weekend yang nyaman.. sebelum kecderaan berlaku.. InsyaAllah next week sambung lagi!!,” tulisnya.

Entri Erra tersebut mungkin merujuk kepada aktiviti berbasikal yang dilakukan susulan foto yang dimuat naik menunjukkan beliau menaiki basikal.

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercrai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun.

Kenali Faizal Azumu?

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Haji Azumu dilahirkan pada 10 Jun 1970 merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Beliau merupakan Menteri Besar Perak ke-13 dalam kerajaan Perikatan Nasional sehingga 4 Disember 2020 apabila beliau kalah dalam pengundian undi percaya.

Beliau ialah anak kepada Allahyarham Dato’ Haji Azumu bin Haji Tak, seorang veteran UMNO.

Ahmad Faizal pernah mendapat pendidikan dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Perth, Australia namun gagal menamatkan pengajian.[2] Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cator Avenue dan Sekolah Menengah Anderson Ipoh, Perak

Menteri Besar Perak

Pada 12 Mei 2018, Ahmad Faizal Azumu telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri.

Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Beliau meletak jawatan pada 10 Mac 2020 apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan yang mengakibatkan kerajaan PH tergugur di Perak.

Beliau telah mendapat perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak ke-13 dan telah mengangkat sumpah jawatan pada 13 Mac 2020 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

Pada 4 Disember 2020, ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manap Hashim membawa usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak ke sidang Dewan Negeri Perak.

Keputusan diumumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, 48 tidak menyokong Ahmad Faizal berbanding 10 orang ADUN yang menyokong usul itu manakala ada 1 undi rosak atau berkecuali.

Hal ini menyebabkan pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar Perak terhenti secara rasmi. Meskipun begitu, beliau diperkenankan menjadi pemangku Menteri Besar sementara jawatan rasmi Menteri Besar masih kosong.

Kerajaan

Dalam tahun 2011 hingga 2013, Ahmad Faizal memulakan kerjaya politiknya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dari tahun 2013 hingga 2016, Ahmad Faizal menjadi Pegawai Kanan Khas kepada Menteri Besar Kedah iaitu Dato’ Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir.

Sepuluh tahun kemudian, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri bagi hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat, dan pembangunan sosio-ekonomi oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Jemaah Menteri

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi menggantikan Reezal Merican Naina Merican oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dalam Kabinet Ismail Sabri.

Faizal Dato’ Haji Azumu mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Dato’ Mohammed Radzi dan hasil perkahwinan mempunyai 2 cahaya mata

Sumber:wikipedia dan gempak

Check Also

“Memori hampir hilang ketika terlantar, saya ditatang bagai bayi yang masih kecil” Dijaga 15 Tahun Oleh Edika Yusof, Ini Luahan Isteri

adalah seorang seorang pelakon yang masih menghiasi kaca televisyen dan popular diminati ramai hingga kini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.