Dalam keadaan sukar seperti ini, sepatutnya mana-mana pihak janganlah sesuka hati berjanji untuk memberikan bantuan tetapi terus senyap setelah mendapat segala butir peribadi penerima.
Malangnya, hal seperti ini terjadi ke atas seorang wanita apabila beliau telah meluahkan rasa sedihnya selepas dijanjikan akan diberi bantuan namun janji hanya tinggal janji.
Dah kena halau keluar rumah
Melalui perkongsian yang dimuat naik satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @jan_1513, wanita berkenaan ditemui di tepi jalan menceritakan bantuan yang dijanjikan langsung tak kunjung tiba sehinggalah dia diusir keluar dari rumah kerana tidak mampu untuk membayar sewa.
We don’t need to know the language to know the pain!
We don’t need to know the story of her situation to know she suffers.
If the wail in her voice doesn’t break the heart and soul of our political elite in Govt or opposition- then they never had one. pic.twitter.com/sc8GYP2oNb— Dominic Damian JAN 1513 (@jan_1513) July 8, 2021
Dah janji tapi terus tak nampak bayang
Menerusi maklumat dari netizen yang memahami apa yang diluahkan wanita tersebut, beliau menyatakan yang dia tidak mempunyai duit untuk makan dan menyewa rumah lagi. Ada pihak datang meminta maklumat diri dan anak bagi memberikan bantuan, tetapi sehingga kini masih tiada sebarang bantuan yang tiba.
Wanita itu juga memberitahu bahawa dia masih mampu bekerja, cuma pada masa ini tidak dapat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tak faham dia kata apa, tapi rasa sakitnya
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen merasa kasihan dan simpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan.
Mereka juga meluahkan rasa kesal terhadap pihak-pihak yang disebutkan kerana telah memberikan ‘janji palsu’ kepada orang yang benar-benar terdesak dan dalam kesusahan sehingga diusir keluar dari rumah kerana tidak lagi mampu membayar sewa.
Sampai macam tu sekali aunty tu tanggung
Hari2 yang sedih untuk Malaysia
Biasa kita dengar penerima yang sering memberi maklumat palsu kerana inginkan bantuan, tapi ternyata pihak yang memberi bantuan juga ada yang tidak kotakan janji seperti dimaklumkan.
Barangkali pihak pemberi terlupa tentang penerima sebagai tanda kita bersangka baik. Semoga urusan wanita ini dipermudahkan dan ada pihak yang sudi membantu.
Sumber: Twitter @jan_1513