“Setiap Hari Begitulah Yang Saya Lalui..Memang Saya Tak Larat” – Keadaan Ali XPDC Terkini, Terpaksa Tidur Duduk Setiap Malam

” Setiap hari begitulah yang saya lalui…”

Itulah luahan yang diungkap penyanyi kumpulan XPDC, Ali yang kini menderita sakit jantung sehingga terpaksa tidur dalam keadaan duduk setiap malam.

Tambah Ali, 53, atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, beliau tidak dapat tidur dalam keadaan baring seperti normal kerana akan mengalami masalah pernafasan.

” Apabila baring pernafasan akan tersangkut dan membah4yakan saya. Doktor pun suruh tidur atas bantal yang tinggi. Kalau boleh lapik dua tiga bantal.

” Memang agak susah nak nyenyak tapi kalau dah letih sangat pasti akan terlelap. Tak tidur nanti msaIah pula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga terpaksa mengerjakan solat secara duduk kerana tidak kuat dan tidak mampu untuk berdiri dalam tempoh yang lama.

” Memang saya tak larat dan pernafasan akan jadi pendek. Apapun syukur Allah masih bagi pernfasan untuk buat ibadat.

” Buat masa ini, aktiviti seni saya yang sudah ada terpaksa tangguhkan dulu. Kalau ada kemampuan dan kudrat yang baik saya akan teruskan.

” Buat masa ini saya tak boleh terlalu aktif dan agresif bergerak. Terasa hilang juga nikmat sihat sebelum ini tapi kena reda.

” Allah bagi saya rehat dan Allah bagi sakit pun supaya saya ingat Dia,” katanya kepada Harian Metro.

Ali bercerita ketika menerima kunjungan dari pengasas We Are One, Dr Zarina Gurrahman dan pengasas Hidayat TV, Faizal Ismail yang hadir untuk bertanyakan khabar dan memberikan sumbangan.

Sebelum ini, Ali dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada 2 September lalu kerana sesak nafas dan sakit jantung serta dibenarkan pulang pada 9 September lalu.

Namun, beliau telah gagal menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) akibat mengalami kesukaran untuk bernafas.

” Ubat sehari dekat 10 biji saya kena ambil. Makan memang tiada selera, selain saya kena kawal pemakanan. Ia kerana apa-apa penyakit datang dari perut.

” Saya juga kena makan tepat pada masa sebab ada gastrik. Pergerakan amat terkawal tak boleh terlalu aktif macam sebelumnya.

” Saya dulu aktif kayuh basikal, tapi sekarang nak berdiri pun tak boleh lama.

” Nak berjalan pun tak boleh jauh kerana agak sesak nafas dan rasa sakit di bahagian jantung. Kena bergerak secara perlahan dan stabil,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ali juga menyarankan agar YouTuber yang menggunakan kandungan artis seperti konsertnya dengan XPDC di saluran mereka mempunyai sikap prihatin dan peduli untuk menolong golongan artis yang bernasib malang sepertinya.

” Mereka dapat pulangan sedangkan penggiat seni tak dapat apa-apa. Sekurang-kurangnya mereka nak bagi bantuan okaylah juga.

” Apapun terpulang kepada individu terbabit kalau ada rasa simpati untuk menyumbang.

” Sesiapa yang nak bantu secara ikhlas dipersilakan. Alhamdulillah banyak juga yang bantu saya seperti pihak zakat, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan,” katanya.

Kenali siapa Ali XPDC

Dilahirkan pada 23 Oktober 1968 di Klang, Selangor, Ali merupakan anak bongsu dari 7 adik-beradik.

Memiliki ketinggian 5’9” dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Hamzah, Port Klang, Selangor.

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang muzik sebagai penyanyi pada tahun 1990 dalam kumpulan Terra Rossa. Setelah menghasilkan 2 buah album, Ali bergerak sebagai penyanyi solo pada tahun 1995 dengan album solonya.

Apabila Mael menarik diri sebagai penyanyi dari kumpulan XPDC pada tahun 1997, Ali telah diambil untuk menggantikan tempatnya.

Pada penghujung 2005 pula, Ali mengundurkan diri dari Kumpulan XPDC atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Setelah keluar dari Kumpulan XPDC, Ali bersama beberapa orang pemuzik lain telah menubuhkan pula Kumpulan Mpire pada penghujung 2005. Namun kumpulan tersebut tidak dapat bertahan lama disebabkan keadaan pasaran muzik tempatan yang suram.

Kemudian Ali kembali menyanyi secara solo dan single terbarunya berjudul Sepi Rindu telah diterbitkan oleh LIFE Records & diterbitkan pada tahun 2011.

Ali kemudiannya mengumumkan beliau telah berhijrah dan menghasilkan album baru yang lebih bercirikan kerohanian. Album tersebut mendapat kerjasama dari penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus sebagai penulis lirik.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.