(VIDEO) Menjijikkan! Pekerja Kilang Menjilat Dan Memijak Roti Sebelum Dibungkus?

JIJIK! Begitulah gambaran dalam sebuah video yang menunjukkan sekumpulan pekerja sedang membungkus produk roti kering di sebuah kilang.

Dalam video yang menjadi viral di media sosial, para pekerja dapat dilihat duduk dengan kaki mereka memijak roti kering yang diletakkan di atas dulang di lantai.

Salah seorang pekerja dilihat memasukkan roti kering, dan kemudian menjilat makanan berkenaan.

Situasi itu cukup jelas bagaimana kejadian itu dilakukan dengan sengaja.

Video berkenaan dikongsi melalui akaun Instagram bernama Giedde yang telah dilihat lebih daripada 36,000 tontonan.

Kejadian dipercayai telah berlaku di India.

Rata-rata netizen berang dengan insiden yang berlaku dan mendesak agar tindakan tegas dikenakan ke atas pelaku yang ada di dalam video.

Malah, antara netizen meminta pelaku tersebut ditahan di atas perbuatan mereka itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GiDDa CoMpAnY -mEmE pAgE- (@giedde)

Sumber: India Times/ MStar

Pihak Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Agama kita menuntut umatnya untuk mencari rezeki melalui jalan yang baik dan halal bagi memenuhi tuntutan dan keperluan hidup sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga atau orang-orang yang di bawah tanggungan kita. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 168:

 أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ

صدق الله العظيم

“Wahai manusia! Makanlah makanan dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu.”

Ketahuilah, terdapat banyak cara atau jalan yang boleh dilakukan dalam mencari rezeki dan salah satu caranya ialah melalui bekerja sendiri atau berniaga. Contoh ikutan yang ideal kepada kita dalam perkara berniaga ini ialah baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam. Baginda sebelum diutus menjadi rasul merupakan seorang usahawan dan ahli perniagaan yang hebat dan berjaya.

Antara perinsip atau etika perniagaan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam ialah bersikap jujur dan amanah dalam perniagaan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah semasa baginda menjalankan dagangan Saidatina Khadijah, baginda memperolehi hasil keuntungan yang besar dan berlipat ganda.

Sesungguhnya sifat jujur dan amanah dalam apa juga pekerjaan terutama sekali dalam perniagaan adalah sangat penting kerana sifat-sifat tersebut dapat memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang munkar dan dosa. Ingatlah, kadangkala rezeki yang baik dan halal itu boleh tercemar dan menjadi haram jika kita tidak bersikap jujur dan amanah terutama dalam berniaga seperti menjual barang yang telah rosak, menjual barang yang telah luput atau mansuh tarikhnya, mengurangkan sukatan timbangaan dan sebagainya. Ingatlah, agama kita menegah umatnya daripada melakukan sebarang tipu daya atau helah ketika berjual beli.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.