Gagal Memotong Sebuah Lori, Ibu Dan Bayi 6 Bulan Maut Dirempuh Kenderaan Arah Bertentangan

Kluang : Seorang ibu dan bayi perempuan berusia enam bulan maut manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Ladang CEP Simpang Renggam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata kejadian pada 3.35 petang itu menyebabkan mangsa, Norashidah Zakariah, 35, yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya Nur Azra Hannan Muhammad Shahril meninggal dunia di sebuah klinik di Renggam.

Bagaimanapun, suami mangsa iaitu Muhammad Shahril Amran, 37, dan ibunya Manja Jaafar, 55, serta pemandu Proton Wira, Mohd Zul Shahri, 54, yang cedera di kepala, menerima rawatan di Hospital Kluang.

“Muhammad Shahril dipercayai telah memotong sebuah lori dan melanggar kenderaan Mohd Zul yang datang dari arah bertentangan sehingga mengakibatkan perlanggaran kedua-dua kenderaan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Affendi Mustafa, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 dan sebuah jentera FRT dari BBP Renggam dengan kekuatan keseluruhan seramai enam anggota telah di hantar ke tempat kejadian.

Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta jenis Proton Wira dan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro.

Kereta Proton Wira tersebut dipercayai dari arah Simpang Renggam ke Kluang manakala Kereta Nissan Cefiro dari arah bertentangan.

Terdapat dua mangsa telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan terdapat tiga mangsa yang tersepit di dalam kenderaan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Apa yang berlaku mengundang pilu insan insan yang mengenali keluarga ini Innalillahiwainnalillahirojiun, Salam takziah untuk Sahabat suamiku Shahril Amran aka Abang apam atas pemergian isteri Norashidah Zakariah sahabat Ku dan anaknya.

Semoga suami ini bersama anak anak tabah yang maha esa lebih sayangkan isteri atau mama pada anak anak dan baby kecil mereka. Al fatihah.

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.