Connect with us

#vvip

Family sewa homestay, kat sana kami ”diganggu”. Otw balik kena tahan, pakcik tue bgtau ”benda” tue ikut. Sukakn aku dan ank dlm perut.

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya sihat-sihat selalu terima kasih atas doa dan alfatihah korang utk keluarga kami semoga Allah memberi rezeki seluas langit dan bumi amin ya rabb.

Kisah yang aku ceritakan ni memang kejadian yang benar-benar terjadi sekitar tahun 2015. Masa tu keluarga kami tengah sibuk berbincang untuk bercuti family kami (adik beradik dan parents sahaja) kecuali Angah dok termanggu-manggu ke hulu ke hilir terpusing-pusing bangun lepas tu duduk serba tak kene aku nengok kan.

Setiap tahun itu adalah acara wajib keluarga aku macam mana sibuk pon kena ada satu date untuk kami sekeluarga pergi bercuti . Macam korang tau adik beradik aku je dah 7 org (4 lelaki 3 perempuan) termasuk parent aku dah jadi 9 org. masa tu hanya along aku dan abang aku no 3 4 sahaja dah kawen yang lain masih single. Mula-mula kami nak ke Melaka kemudian Angah aku bersuara tersekat sekat suaranya, kami semua pelik.

Aku mula bertanya ‘dari pada tadi macam orang kancing gigi nak cakap apa cepat la aduh dia ni..’ kami semua tertumpu pada angah. Sambil kaki angah di kuis2 ke karpet malu-malu dia pon bersuara ‘ibu, Angah nak tunang boleh?’ kami semua gelak terbahak bahak aduhaii abang aku ni umur dah 35 masih lagi nak malu-malu cakap dengan ibu aku pasal tunang. Ibu aku cakap la mesti lah boleh!

Dengan siapa? org mane? parent ada lagi tak sebab nak jumpa 4 mata, biasa la soalan-soalan lazim kan. Angah aku pon cakap dia asal orang lenggong, die dapat cuti hujung bulan depan sebab masa tu famaly dia semua ada, jenis adik beradik ramai juga maka nak berkumpul sekali tu memang susah. Dia nak buat kecik2 je tak payah bawak hantaran pon takpe sebab mak dia nak kenal-kenal dengan famaly kita just bawak cincin je untuk tanda (itu mmg kemahuan pihak perempuan kami turutkan saja).

Aku pon dapat la idea alang-alang bawak rombongan meminang kami semua sepakat terus sambung family holiday dekat perak sebab aku tengok dekat internet banyak juga tempat best-best dekat sana. Semua pon setuju maka tersenyum senyum macam kera la abg aku tu dapat bertunang, geletis sangat nengok kan. Hari di tunggu dah pon tiba, kami adik beradik bertolak awal dalam pukul 10.30pg, bahagian homestay memang aku uruskan.

Aku ibarat ketua kelas la konon dapat la homestay yang dekat dengan rumah bakal tunang abang aku, corner lot ada 5 bilik memang sesuai la sangat berdepan dengan tasik yang paling penting murah. Kami semua teruja ye la sebab abang aku nak tunang satu hal, dapat berkumpul dengan semua adik beradik bukan senang. Perjalanan amibil masa almost 3 jam juga sebab kami banyak berhenti sampai la kami masuk simpang ke Lenggong.

Aku tengok tak begitu banyak kereta tapi kiri kanan banyak betol orang menjual, buah kabung, ikan fresh paling best ikan pekasam pon ada permandangan hijau masyAllah tenang rasa, jauh dari KL hiruk pikuk kota dah macam orang jakun aku tengok ke luar tingkap penuh teruja.

Aku pon mula la bukak google map dan cari homestay tu dia agak kedalam sikit masa masuk simpang ada kerja-kerja pembangunan yang belum siap aku tengok macam terbengkalai pon ada tapi tak tau la waallahualam. Tengah dok cari-cari alamat kami pon sampai dari luaran memang sama macam dalam internet bersih luas cantik. Ada tempat untuk minum petang kat luar. Aku pon call owner cakap kami da smpai owner kata kunci dalam peti surat, lepas ambik aku bagi salam.

Tiba-tiba aku ternampak satu kelibat berlari masuk bilik paling belakang berdesup dia lari. Aku terkejut, aku mimpi ke ni? Lepas tu along aku terus tolak aku ke dalam dia kata ‘ mengelamun pulak dia ni! aku nak buang air ni dari tadi tahan’ die terus masuk toilet betul-betul berdekatan dengan tmpat aku Nampak kelibat adi. Aku? Aku masih tercengang lepas tu aku tersedar aku cakap dalam hati perasaan aku je kot.

Macam biasa selepas pilih bilik masing-masing, papa akan ajak solat berjemaah, setelah selesai kami pon dapat panggilan dari tunang angah namanya kak Mira. Kak Mira menjemput kami semua makan di rumah dia yang tak jauh dari situ. Ibu mulanya agak segan tapi angah mendesak sebab ibu kak Mira masak banyak memang untuk sambut kami anak beranak. Aku dengan laki aku pon bersiap lah bak kata orang tua rezeki jangan di tolak gituu.

Tiba-tiba aku dengar abg aku yang no 3 mara-marah kat bilik dia, aku ingat dia marah isteri dia tapi isteri dia kat dapur dengan mak aku tengah masukkan air dalam peti ais. Aku pon pergi la jenguk aku Tanya la ‘kenapa alang? Die pon jawab ‘aku tadi mandi dah asingkan baju kotor dengan baju bersih siapa la baik hati dok melipat baju aku siap campurkan baju bersih dengan baju kotor.

Pantang betol la aku!’ abang aku no 3 ni memang cengih sikit satu hari kadang-kadang mandi smpai 4 5 kali. Dan tak suka baju die orang kemas atau usik kami dah paham sangat perangai dia sebab tu isteri dia dan kitorang bab baju memang takan sentuh sebab die sangat cerewet. Persoalannya sekarang siapa yang lipat? Takde sapa masuk dalam bilik dia.

Aku tak puas hati, aku ceritakan dekat suami aku, suami aku pon marah dan membebel katenya aku terbawak2 sebab malam semalam aku tengok cerita hantu. Sedih rasa tapi takpe la mungkin juga aku slalu fikir mengarut. Setelah semua siap kami pon pergi ke rumah kak Mira bakal tunang angah. Kami disambut sangt baik ya Allah aku terharu tengok betapa baik nya keluarga bakal isteri angah aku.

Makanan kampong yang buat selera kami bertambah tambah. Nikmat nya dengan udara yang bersih makan mengadap padang tapi aku tak pasti la tu sawah kea apa tapi yang penting menghijau tenang mata melihat. Terlupa kejap aku kisah-kisah di homestay tadi. Selepas makan dan berbual, ibu dan papa pon bertanya untuk majlis esok. Tapi family bakal mertua Angah memang sangat ringkas orangnya kate mereka tak perlu esok sekarang pon boleh kalau bawak cincin.

Kami hanya orang biasa kate mereka tak mau pon yang grand2 cukup yang wajib dan duit hantaran pon biar la mereka berbincang sesame mereka mane yang mampu, kami tak kisah janji anak kami jangan dipukul jangan di hina jangan di abai bawak anak kami ke syurga Allah ke jalan Allah, kalau rasa dah tak sayang Mira pulangkan balik cara baik itu sahaja kata ayah kak Mira.

Rupenye ayah kak Mira orang yang dikenali di kg nya org yang sangat baik dan ramah. Kami adik beradik bersyukur kerana di kurniakan ipar duai yang baik bakal mertua yang baik rezeki yang tak ternilai buat kami. Setelah majlis selesai, cincin pon sudah di sarung. Melihat wajah angah aku yang tergedik2 tu mmg aku rasa nak bagi je cubit sepintal dua miang sangat rupa nye tersenyum malu-malu.

Macam mane la kalau nikah nanti silap-silap menyorok belakang pintu agaknya. Sebelum balik sempat juga ayah kak Mira Tanya kami tinggal di homestay mane? Kami jawab la Homestay ****** dekat depan tasik tu. Wajah mereka tenang dan sempat berpesan kat situ tak ramai orang. Kalau nak kami carikkan homestay lain boleh bgtau takde masalah. Kami boleh bantu.

Selepas ayah kak Mira berkata begitu baru aku perasan di kiri kanan homestay kami memang tiada orang duduk dam kebanyakkan memang disewa untuk di jadikan homestay. Dalam hati aku sayangnye rumah cantik-cantik tapi tak duduk. Papa aku berpelukan dengan ayah kak Mira, dan meminta izin balik, waktu kami tgok jam dah pukul 6.30 petang lama juga kami di rumah Kak Mira. Ibu minta singgah di kedai runcit sebab kak Mira fahamkan di Lenggong selepas pukul 7 ptg dah takde org meniaga.

Ibu pon bersiap siap membeli beras kampit kecik sardine dan keperluan lain-lain yang ckup untuk dua malam. Sampai di rumah memang tepat-tepat azan maghrib papa meminta kami semua duduk dalam kereta dulu sebab memang pantang papa keluar berkeliaran waktu maghrib. Tengah kami leka duduk dlam kereta di depan rumah sementara menunggu azan habis.

Tiba-tiba lampu depan rumah terbukak dengan sndrinya kami semua terkejut! Siapa yang buka?? Aku pandang suami aku tapi tak berani nak tunjukkan muka takut. Aku berlagak tenang. Kemudian lampu bahagian dapur pula sebab parking aku memang terus nampak pintu belakang yang berdekatan dapur. Allah siapa pula dalam ni. Aku call owner ada orang ke dalam rumah sebab lampu terbukak.

Kemudian owner cakap lampu tu lampu automatic maghrib je akan terbukak sndri. Aku pon tarik nafas lega. Penakut sungguh ye aku ni aihh. Lepas turun dari kereta along aku Tanya ‘siapa yg bukak lampu?’ aku ckp ni auto la terbukak sndri kalau takde org bukak bila maghrib. Muka penuh confident yea aku menjawab. Lalu abg aku pon masuk ke rumah macam biasa. Aku selepas cuci kaki bagi salam letak barang di dapur terus mandi-mandi siap nak solat Jemaah sama-sama di hall rumah.

Masa tengah solat tu aku dengan kakak aku di barisan paling belakang memang ada kami berdua sahaja di belakang. Masa rukuk rakaat pertama tu aku perasan sebelah aku macam ada orang, telekung nye berwarna hijau gayanya macam tinggi dan tegap setinggi siling rumah, aku automatic menggigil, tapi tetap solat. Seram sejuk aku rasa, smpai ke tahiyat akhir nak bagi salam masa pandang ke kiri aku tutup mata tapi aku terasa memang ada kain di sebelah aku.

Lama aku pejam mata kakak aku menjerkah ‘oii! Salam laaa tdo mende kau tengah solat pon leh tido’ sambil menggeleng2 kepala. Aku tgok sebelah memang takde orang, siapa yang solat sebelah aku? Mak aku pon tengok aku pucat semacam. Dia Tanya aku okey ke tak? Aku cakap pening sikit memang aku berasa tak berapa sihat semasa smpai tadi, ibu aku suruh telan Panadol dan rehat solat isyak boles sndri2.

Mak aku mula masak makanan ringan-ringan bihun goreng sardine favourite kami sebab tadi dah makan makanan berat, suami aku pon Tanya aku kenapa tib-tiba pening? aku cakap mungkin sebab aku tak cukup rehat. Tak berapa lama kemudian aku terdengar along aku panggil makan sama2 dan lepastu nak main game UNO itu memang rutin kami kalau pergi bercuti.

Aku cuba untuk bangun tapi kepala aku memang tak larat aku cakap kat suami aku yang aku nak sambung rehat dan minta dia makan dulu tanpa tunggu aku. Dalam fikiran aku tak habis fikir siapa kat sebelah aku masa solat tadi. Selepas semua dah settle makan malam, abg dan kakak ipar aku semua da get ready nak mulakan permainan UNO, tengah mereka nak mula bermain kakak ipar aku terdengar ada suara budak kecik di luar rumah sayup2 je. ‘kuih kacang… koci… nasi lemak…. Mari beli makcik pakcik….’

Mak aku pon dengar dia ckp kat abg aku ‘Allah long malam-malam ada budak masih meniaga dari rumah ke rumah, along beli long apa yang ada lepas tu minta budak tu balik dah pukul 11malam dah ni’ kata ibu aku. Along aku bergegas keluar tapi pelik kosong takde org. ‘eh laju btol tadi dengar macam perlahan je kata abg aku dalam hati’. Along aku masuk die cakap kat ibu aku, ‘bu budak tu dah takde’ laju lak jalan nye.

Masing-masing buat tak tau smpai lah jam menunjukkan pukul 2pg. Semua dah penat main UNO, aku da lama dah tdo lepas solat isyak lagi aku dah tadi, badan memang lesu sangat. Aku tersedar pukul 4 pg. aku tgok suami aku tido nyenyak kat sebelah tak berbunyik langsung. Aku lega aku sambung tido tapi kali ni aku baru perasan. Suami aku tdo TAK BERBUNYIK LANGSUNG????!. Allah laki aku kalau penat memang dengkur dan dengkur die kuat tapi kali ni die tidur senyap macam baby.

Lepas tu dia tidur membelakangkan aku. Sejenis suami aku memang tido static je satu tempat sampai ke sudah sebab tu die slalu kejang tangan dan kaki dan posisi selalu dia tidur akan menghadap aku. Nak kejut tibe tangan aku rasa berat je macam ada yang tak kasi kejut. Tapi bila aku hampiri ‘suami’ aku tu terasa sejuk sangat. Aku kaget dan berpeluh.

Aku pon amik phone kat bawah bantal tmpat tidur aku tdi, dan call laki aku, laki aku jawab phone PUKUL 4 PAGI! ‘hello sayang kenapa tak tdur lagi ni’ aku terus letak balik phone, aku whatsapp Tanya suami aku kat mane? Dia jawab ‘b dekat depan dengan along hisap rokok tengok orang memancing dekat tasik depan ni, tak leh tidur sebab sakit perut makan banyak sangat tadi’.

Jantung aku sumpah nak mel3tup. Siapa sebelah aku???? Aku jadi kaku berpeluh nak balas Whatsapp tangan mengigil2 tak mampu aku nak taip. Sekali ‘dia’ di sebelah aku tu bangun dalam keadaan duduk dan mula bergoyang perlahan2 ke kiri dan kanan. Macam org berzikir. Aku da jadi m4yat hidup pucat tak berd4rah. Dalam 10 minit aku kakukan diri. ‘suami’ aku pula seolah2 berpusing ke arah aku, dan menunduk, posisinya seolah2 die nak berbisik ke telinga aku.

Aku memang cuak aku Tarik selimut selubung satu badan smpai lah aku terlelap. Esok pagi aku terlepas solat subuh aku dengar dengkuran suami aku kat sebelah, ntah kenapa aku menangis teresak2. Lama juga aku termenung kejadian semlam smpai ibu aku ketuk bilik minta aku mandi sebab kami nak berjalan2 and ibu teringin nak ke tasik raban. Aku akur, aku bangun dengan malas muka aku masih pucat.

Papa pon Tanya aku okey ke tak aku cakap okey je penat sikit je tapi okeyy aku balas. Aku taknak di sebabkan aku mereka tak dapat berjalan. Selepas mandi aku qada solat aku tergerak nak tengok balik whatsapp aku dengan owner. Aku sewa homestay ni 3 hari dua malam. Aku sedih aku nak kene hadap lagi satu hari. Sebab selepas tu baru kami akan ke ipoh, kalau ikut perancangan awal harini sepatutnya Angah bertunang tapi semuanya dah selesai semalam.

Papa lagi sekali tanya aku, kamu okey ke? Aku mula la nak cembeng kan aku bukan boleh kalau papa aku tanya. Aku Tarik papa ke dapur dan aku cerita. Papa aku pon cakap, subuh tadi dia dengar orang taranum punye la sedap. Tapi dia tau tu bukan suara anak-anak dia. Sampai papa aku tercari cari siapa yang bertaranum. Dia Nampak ada kelibat perempuan bertelekung di sebelah almari kayu seperti sedang mengaji.

Papa pon hanya berbahasa elok. Kamu siapa? Dia berhenti dari keadaan membongkok seperti mengaji, bila papa nak pergi dekat sebab ‘dia’ terhalang di sebalik almari. Makhluk tu hilang? Papa Cuma cakap aku datang sini menumpang dengan cara baik, tidak ada niat apa-apa dalam rumah ini, hanya untuk tumpang bermalam.

Tapi memang papa tak Nampak kelibat tu dah. Aku pon nangis tersedu2 sebab aku takut. Papa cakap tak perlu takut. Die tak kacau kita. Kakak aku pula merungut2 katanya bilik sebelah (bilik Alang) asyik mengemas, sebab dia dengar bunyi orang menyapu org mandi org bukak lampu tutup lampu. Bagi kami tak hairan sebab abg aku mmg jenis perimas orangnya tak suka berpeluh2 tak suka sepah2 OCD sangat. Abg aku dengan kakak ipar aku hanya diam.

Diorang Tanya aku kalau pergi Ipoh harini tak boleh ke? Aku cakap kita dah book 2 malam, last2 papa cakap takpe la kita pergi je la Ipoh harini takpe abaikan je lagi smlam kat sini. Tu dah kira rezeki owner tak baik kalau kita minta refund. Papa minta kami kemas-kemas barang packing je siap-siap letak semua bag di hall rumah, lepas balik dari Tasik Raban mandi-mandi solat terus gerak ke Ipoh.

Ibu aku terpinga2 dia macam blur kenapa nak bertolak harini? Kami cakap dekat sini ada tasik raban je tmpat lain tak best (maaf org lenggong kami bukan nak sakit kan hati korang, Cuma taknak ibu kami Tanya panjang-panjang sebab die paling eksaited datang sini)… Setelah habis berbincang kami semua pergi la ke Tasik Raban, aku jadi takde mood dan jadi senyap je memang tak seronok la bercuti sebab perasaan semalam tu terbawak2.

Suami aku perasan dia pon cakap dia minta maaf kalau dia tersilap cakap smlam dia mengharap kan aku pregnant bila muka aku pucat. Aku pon senyum je aku cakap bukan sbb tu, sebab aku memang penat je semlam. Tu yang die rasa bersalah tambah sakit perut tak leh tidur tengok abg aku main game dia ajak hisap rokok kat depan tu sambil tengok orang memancing (ntah ye ke ta ada orang mancing tu harap btol la manusia).

Percutian kali ni buat aku jadi penat dan nak cepat-cepat balik KL tak seronok seperti slalu. Selepas jalan-jalan dan makan-makan kami semua balik ke homestay, abg aku tolong bukakan pintu muka dia pelik. Sebab barang-barang semua kami memang dah susun kat depan hall sebab senang abg2 aku dengan suami nak arrange masuk dalam kerata. Tapi semua bag takde.

Aku dah mula la kan. Peluh panakut mula menitik, kemudian aku dengar Alang aku cakap slow je dengan bini dia berbisik ‘dia dah mula dah’. Aku terus pandang abang aku tapi dia tak perasan yang aku pandang dia. Angah aku masuk bilik dia cakap laaaa semua dah masuk balik dalam bilik bag2 nya. Semua memang pelik sangat-sangat siapa yang rajin sangat kemas masuk balik dalam bilik. Lepas tu ibu aku pon macam dapat tangkap kenapa kami semua nak ke Ipoh harini juga.

Lepas tu kami semua bawak bag keluar dan masukkan dalam kereta, buang sampah, pastikan semua tmpat bersih seperti kami datang hari pertama. Selesai semua, papa minta kami semua singgah ke rumah Kak Mira untuk bagitau keluarga kak Mira yang kami ke ipoh selepas ni, adab orang tua2 kalau kita pernah menyinggah bila nak balik perlu berjumpa untuk bersalam dan ucap selamat tinggal.

Masa di rumah kak Mira, kami berbual sekejap tapi masa ni hanya ada 4 org je adik beradik kak mira yang lain dah balik rumah masing-masing kata mak Bie (mak kak mira). Ayah kak mira dari tadi tenung aku, lepastu dia panggil lembut je ’nak sini jap pakcik nak tanya’. Dia minta kak Mira amikkan air dan kaki aku di lunjurkan ke depan rumah. Aku duduk di atas sejadah. Aku cakap kat ayah kak mira ‘kenapa pakcik?’.

Ayah Kak Mira cakap ada yang suka kamu ni. Kamu mengandung ke? Lagi la aku hilang mood aku str3ss sebenarnye bila orang Tanya pasal pregnant ni. Aku just cakap saya berharap saya pregnant pakcik tapi tak tau la belum rezeki kot. Lepas tu di panggil isterinya. ‘Awaknye cer tgok saya takut ada isi salah pula nnti’. Mak Bie pon membelek2 aku katenye ada ni bang. Aku ase nak nangis sebab aku tak tau nak percaya ke tak tambahan pula aku memang tak berapa sihat dan lesu.

Ayah kak mira pon mengaji dan membaca sedikit ayat-ayat yang kurang jelas dan selepas selesai dia suruh aku minum dan air selebihnya dia minta aku sapu kat badan-badan aku. Lepas tu aku rasa badan aku ringan sangat macam bertenaga sikit seperti ada sesuatu yang keluar dari badan aku. Kata pakcik ada benda tu suka aku, cemburu kan suami aku dan nak anak aku yang dalam perut tapi bukan buatan orang katanya ada yang dari alam sana (j1n).

Aku kalau bab anak ni memang buat aku agak sensitive dan bukan benda yang boleh di buat main sebab aku da lama kawen sapa je taknak anak. Setelah selesai semua kami nak beransur sebab nak ke ipoh. Along aku lak tertinggal bag solat kakak ipar aku kat homestay tu. Aku rasa nak kaki kan je dia. Dia kata dari tadi nak cakap tapi takut, nak tanak kene cakap juga sebab telekung tu pemberian arwah mak kakak ipar aku.

Kalini bapak Kak Mira teman kan kami semua ke sana semula. Selepas sampai elok je bag solat tu tergantung dekat pagar,pakcik melarang aku turun kereta. Dia cakap rumah ni memang rumah ‘dia’ kalau boleh elakkan lah sewa kat sini. Ada yang baik ada yang nakal sama je macam kita walau di dunia diorang.

Kemudian mata aku tertumpu ke hall (tempat kami solat beramai2) memang nampak samar-samar tapi aku boleh nampak seolah-olah ada figura anak beranak bertelekung melambai ke arah kami. Aku terus menyandar dan pandang ke depan. Memang tak berani nak tengok balik. Pengalaman tu memang aku tak dapat lupakan. Dalam yang buruk ada yang baik. Dan yea masa aku di ipoh aku jadi lesu balik, masa ni Angah pon telefon bakal bapak mertua dia takut kami ‘terbawak apa2’ dari sana.

Jawapan dia ringkas je. Tahniah kamu nak jadi pakcik dah jangan risau takde apa tu Cuma banyakkan rehat. Sampai Ipoh nampak klinik sakit puan, suami aku singgah sekejap sebab takut la kot ada sakit apa-apa ke kan. Dan yea Alhamdulillah aku mengadunng 7 minggu tanpa aku sedar. Syukur Alhamdulillah.

Dalam pahit nya perjalanan percutian kami ada juga manis di penghujungnya. Sekarang anak aku pon dah masuk 5 tahun. Kami masih ke lenggong bertanya khabar besan dan ipar duai tapi memang kami takan menyewa di homestay *****. Sekian cerita dari aku Cemphaka.

disclaimer gambar sekadar hiasan

sumber fiksyen shasha

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya