Connect with us

#celeb

“Family Yas Buktikan Ada Je Keluarga Yang Tak Pandang Masa Silam Seseorang..” – Netizen

Bekas pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Faizul atau lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie telah bersanding dengan pasangan tersayang, Eliyas Azhar semalam.

Akan tetapi, persandingan dua mempelai itu membuatkan rata-rata pelayar alamaya jatuh hati.


Ia kerana busana pengantin itu kelihatan cantik dan ayu berwarna soft pink menjadikan pasangan itu cocok sekali.

Suka tengok gambar keluarga ni

Untuk makluman, semenjak dari tarikh pernikahan dua mempelai itu lagi sudah menarik perhatian netizen kerana keluarga pihak Eliyas Azhar dilihat begitu ‘Islamik‘ dan terima kewujudan Anju sebagai menantu yang baik sifatnya.

Bermula dari gambar pernikahan dan persandingan Anju dan Eliyas, kelihatan keluarga Eliyas atau lebih mesra dipanggil Yas sangat terbuka dengan Anju biarpun Anju tidak pernah tenteram dengan kontroversi yang timbul sewaktu dia berada dalam industri hiburan tanahair.

Family yang sangat baik

Perkara itu sudah pasti menerima pelbagai reaksi dan komen positif dari netizen atas sikap keluarga Yas yang terbuka serta menjadikan hubungan mereka semua harmoni.

Bukan sahaja suka melihat akan sifat kekeluargaan mereka, pihak netizen juga berkesempatan mendoakan Anju dan Yas sekeluarga kebahagiaan yang kekal sehingga ke Jannah.

Pada tanggal 17 Julai lalu, Zarina Anjoulie Lavocah dan Eliyas Azhar telah mendirikan rumah tangga di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban.

Sebelum ini, Zarina adalah ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinannya dahulu.

Martis Ezra Mikael nama diberi kepada satu-satunya anak lelaki Anju yang kini berusia 4 tahun.

Sumber: Zarina Anjoulie

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya