Kenali Farra Inalis, Ibu TunggaI Asal Kelantan Yang Telah Menangi Hati Caprice, ‘Cantik Tinggi Lampai Orangnya’

Tiada angin tiada ribut, foto penyanyi rap Caprice yang dikatakan telah selamat berumah tangga terus menjadi buah mulut wargamya.

Foto Caprice yang sedang menyarung cincin di jari manis seorang gadis telah menctuskan pelbagai persoalan wargamya sejak dari petang semalam.

Dikhabarkan penyanyi Rap tersebut telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati, Farra Inalis yang berusia 26 tahun.

Melalui sekeping gambar yang dimuat naik di Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, kelihatan bersama pasangannya, yang tidak kurang cantik dan sama padan mengenakan busana pengantin persis baju nikah.

Hantaran itu juga dikongsikan semula oleh penyanyi yang juga anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz melalui Instagramnya.

Berstatus ibu tunggal

Berdasarkan carian media sosial, wanita yang dikahwini Caprice itu adalah ibu tunggal anak satu.

Bagaimanapun, pembantu peribadi Caprice yang dikenali sebagai Aiman masih belum dapat mengesahkan kebenaran berita tersebut sebaliknya lebih rela membiarkan agar perkara itu dijawab sendiri oleh pelantun lagu Lenglui itu nanti.

” Saya tidak boleh nak sahkan betul atau tidak.

” Tapi kalau orang kongsi gambar dia (berkahwin), sarung cincin di jari wanita, maksudnya, memang betullah dia dah kahwin,” katanya ketika dihubungi Kosm0! Online sebentar tadi.

Menurut Aiman,  Caprice telah berkenalan dengan wanita berkenaan sejak beberapa tahun lalu dan wanita berkenaan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Berasal dari Kelantan

” Apa yang saya tahu Caprice telah berkenalan dengan wanita itu setahun dua lalu.

” Saya sendiri tak dimaklumkan tentang pernikahannya kerana sekarang saya berada di Langkawi. Saya dapat tahu dia berkahwin pun sekitar pukul 5 petang hari ini.

” Dia (isteri Caprice) baik orangnya dan dia berasal dari Kelantan. Apa-apa maklumat lanjut, akan datang dari bibir Caprice sendiri nanti,” katanya.

Berdasarkan semakan di IG, Farra Inalis juga seorang yang cantik dan tinggi lampai orangnya selain berkulit putih.

Usaha Kosm0! Online untuk mendapatkan komen lanjut daripada bibir Caprice sendiri masih belum berhasil apabila dia tidak menjawab mesej dan panggilan telefon.

Terbaharu, identiti wanita yang didakwa telah dikahwini Caprice pula berjaya dibongkar ntizen.

Difahamkan wanita terbabit yang bersama Caprice dalam foto yang tular itu merupakan seorang usahawan yang berasal dari negeri di Pantai Timur.

Menerusi keterangan di profil Instagramnya, wanita itu turut dikenali dengan nama panggilan Elis dan mengikuti akaun Instagram Caprice.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Elis turut berkongsi beberapa video sepanjang majlis berlangsung. Salah satunya merupakan videonya menggenggam tangan seorang lelaki.

Tulisnya ringkas; “New life, new chapter.”

Sementara itu, di akaun Instagram @signbycap pula, sepotong video boomerang sepasang pengantin mirip Caprice dan Elis turut dikongsikan oleh pengendali akaun berkenaan.

Umpama mengesahkan berita gembira itu, Caprice turut berkongsi sepotong video daripada majlis pernikahannya bersama Elis di akaun Instagramnya sekitar 8.30 malam tadi.

” Halal. Maaf kerana sudah 40 hari saya menyepikan diri. Pelbagai perkara yang telah saya lalui dan saya akan berkongsi dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Reaksi warganet

Meskipun ringkas perkongsian Caprice itu, ia sudah cukup untuk mengesahkan pernikahannya dan lantas peminat serta rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakannya.

” Lamanya diam rupanya nak kahwin… congrats caprice dan isteri. Selamat pengantin baru.. Semoga lepas ni Cap matang hahah jgn serabut dah okay..” tulis Anep.

” Wow Barakallahu Lakuma wa Baraqah.. semoga bahagia dan tabah dalam mengharungi alam rumahtangga..” tulis Izhar.

Lahir pada 25 Julai 1988, Caprice adalah seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi serta dikenali sebagai ‘Instafamous’.

Kebanyakan lagu-lagunya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, “Lenglui” dan “Dem Girls” telah melonjakkan beliau ke aliran arus perdana.

Caprice juga merupakan pengasas bagi aplikasi pendidikan Classruum di bawah Caprice Technologies.

Sumber:K0smo dan IG Caprice

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.