2 Tahun Hilang Pendapatan, Aman Graseka Pening Cari Duit Isteri Nak Bersalin

Kuala Lumpur: Pelakon, Aman Graseka, 53, meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak 4 tahun lalu.

Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem itu berkata, dia memerlukan wang itu kerana isterinya, Nurul Amrina Zamri, 32, akan melahirkan anak kedua mereka, bulan depan.

lsteri Nak BersaIin, Aman Graseka Pening CARl Duit Selepas HiIang Punca Pendapatan

Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah 2 tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang mengehadkan peluangnya untuk berlakon.

“Isteri nak bersalin. Situasi ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?” katanya.

Aman atau nama sebenarnya Aman Shah Baharom Shah berkata, filem itu diterbitkan menggunakan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Difahamkan, filem yang menjalani penggambaran empat tahun lalu itu masih belum ditayangkan.

“Pada peringkat awal, kami menandatangani kontrak menggunakan nama syarikat lain. Namun, selepas seminggu penggambaran, pengarah ini tukar nama syarikat kepada nama lain. Jadi, dia kata tak nak bayar satu sen pun kerana kami tandatangan dengan syarikat lain.

lsteri Nak BersaIin, Aman Graseka Pening CARl Duit Selepas HiIang Punca Pendapatan

“Malah ketika penggambaran di sebuah resort di Sungai Itik, Gopeng, Perak saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar sewa di lokasi,” katanya.

Menurutnya, isterinya yang ketika itu menemaninya turut ditawarkan berlakon, namun turut tidak menerima sebarang bayaran.

“Isteri sepatutnya menerima bayaran RM3,000. Saya sering menghubungi penerbit itu tapi dia hanya berikan janji palsu. Katanya apabila ada duit dia pasti akan bayar.

“Akhirnya saya hilang sabar dan mempersoalkan janjinya. Dia kemudian bertindak menyekat sebarang panggilan dan mesej saya. Saya amat kcewa dengan sikapnya dan tak mahu perkara ini berlaku lagi kepada peIakon lain selepas ini,” katanya.

Aman berkata, dia ada meminta bntuan daripada rakan-rakannya, tetapi dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan.

Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang jawapan.

lsteri Nak BersaIin, Aman Graseka Pening CARl Duit Selepas HiIang Punca Pendapatan

Aman dan Nurul Amrina turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia 2 tahun.

Filem “1875” terbitan Maiamanja Pictures. Filem arahan Imran Haji Ismail ini menampilkan pelakon-pelakon hebat Aman Graseka, Wilma Muhamad, Kamarool Haji Yusoff, Joanna Bassey, Zarina Zainuddin, Robert Sonny Black, Ard Omar serta ramai lagi.

Sebelum ini, pelakon Zarina Zainuddin dan Aprena juga mengatakan tidak mendapat bayaran berlakon filem 1875 terbitan Maiamanja Pictures. Malah anak lelaki Zarina turut berlakon.

Sumber: HM

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.