Habislah Siapa Yg Bantu Sajat, Akhirnya PDRM Mengeluarkan Kenyataan Yang Dinanti-Nantikan Ramai..

Semalam, berita mengenai usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajad yang akhirnya berjaya ditahan di Bangkok telah menarik perhatian ramai.

Difahamkan Sajad menggunakan taktik dengan memakai purdah dan niqab bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa selepas usaha memburunya dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat bantuan PoIis Diraja Malaysia (PDRM).

Bukan hanya dengan mengenakan pakaian sedemikian, Sajad melarikan diri dari rumahnya di Petaling Jaya, ke kawasan sempadan sebelum l0los ke Thailand dengan dibantu seorang lelaki.

Sumber turut mendedahkan Sajad membayar lelaki terbabit sebanyak RM20,000 untuk membantunya keluar dari Malaysia.

LeIaki terbabit dilaporkan berjaya menyeludup keluar Nur Sajad menggunakan gerabak keretapi di Padang Besar Perlis, sebelum diserahkan kepada lelaki lain sebaik mereka tiba di Hat Yai, Thailand.

Sajad kemudian dibawa lelaki itu ke Bangkok dan menjadikan sebuah kondominium mewah di kota raya itu sebagai pusat persembunyian sehinggalah dia ditahan.

a

Polis siasat siapa individu bantu Sajad

Polis sedang menyiasat dakwaan terdapat individu yang membantu Sajad sehingga usahawan kosmetik itu berjaya meloloskan diri ke Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, jika benar terdapat maklumat mengatakan dia dibantu individu bagi membolehkan dirinya berjaya bolos hingga ke ThaiIand, pihak polis akan menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan dan maklumat itu nanti juga akan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menentukan kaedah supaya sempadan tidak mudah dibolosi.

” Kita tidak mahu lagi kejdian yang berlaku kepada Nur Sajad yang berjaya bolos di sempadan negara bolos (berulang) lagi.

” Jadi hasil siasatan dan maklumat itu akan diberi kepada pihak berkuasa di sempadan bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Abd Jalil berkata, walau sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga seperti yang berlaku ke atas Nur Sajad.

” Dia sudah dituduh oleh pihak berkuasa Thailand atas akta imigresen namun dia memohon taraf pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

” Mereka sedang berusaha membolehkan dia (Nur Sajad) dianggap pelarian di Thailand,” katanya.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha bersama pihak Kementerian Luar Negeri dan pejabat Peguam Negara untuk proses membawa pulang Nur Sajad.

” Terpulang kepada pihak berkenaan memberi kuasa kepada kita bagi membolehkan dibawa pulang melalui proses undng-undng Malaysia dan antarabangsa.

” Kita nasihatkan dia kalau dia dengar berita ini kita minta dia pulang dengan cara baik untuk berhadapan kes yang perlu dilaluinya,” katanya.

Terdahulu msteri ‘kehilangan’ usahawan Nur Sajad kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Untuk rekod, Nur Sajad, ditahan bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen jam 6 petang (waktu Thailand).

Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajad didakwa di mahkamah Thailand.

Usahawan kosmetik itu bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Nur Sajad kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.

Sumber:hmetr0 via empiredunia

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.