‘First Day Masuk Kerja Baru’ – Kontrak Deejay Baru Jer Tamat , Mark Adam Pohon Doa Orang Ramai

” Keadaan baik dan terkawal. Hargai lah security-scurity guard yang ada..”

Itulah perkongsian pelakon Mark Adam di Instagram beliau baru-baru ini sehinggakan peminat berpendapat dia telah menukar bidang kariernya kerana memuat naik gambar memakai pakaian seragam pengawal keselamatan.

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah mengatakan bahawa beliau tidak terasa hati atau tersinggung dengan komen pengguna media maya sebaliknya merasa bangga dapat memakai pakaian berkenaan.

” Bila saya post gambar saya pakai baju security guard itu, memang ada netizen komen ingat saya memang sudah tukar bidang kerja.

” Ada yang komen itu doakan saya bekerja dengan baik. Orang ingat saya kerja sebagai pengawal keselamatan selepas berhenti dari stesen radio.

” Tapi saya tidak rasa kecil hati pun malah berbangga bila memakai baju pengawal keselamatan itu sebab terus rasa semangat,” kata Mark kepada mStar.

Mark Adam ditemu ramah ketika majlis ulang tahun Aeon yang ke-37 tahun di Aeon AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada hari Khamis lalu.

Penyanyi lagu Marry Me tersebut memakai pakaian pengawal keselamatan kerana wataknya dalam sitkom Aeon berjudul Sayap Bagimu yang akan ditayangkan di TV3.

Dalam pada itu, Mark juga mengakui bahawa tidak mudah untuk membawa watak pengawal keselamatan dan menganggap kerjaya berkenaan memerlukan disiplin yang sangat tinggi.

” Untuk sitkom Aeon, saya memegang watak sebagai pengawal keselamatan. Sejujurnya, watak itu bukan mudah untuk dilakukan.

” Saya kena banyak buat research dan tanya pengarah macam mana nak bawakan watak itu. Bila saya post gambar di Instagram, ada juga pengikut yang share tip.

” Mereka yang bekerja sebagai security guard menegur saya macam mana cara yang betul memakai pakaian seragam itu dan disiplin.

” Sebenarnya kerjaya itu sangat berdisiplin. Saya sangat seronok dapat bekerja dengan watak ini,” ujarnya.

Julai lalu, Fizie Ali dan Mark Adam tiba-tiba terpaksa meninggalkan konti stesen tersebut apabila kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan berkuat kuasa pada 20 Julai 2021.

Oleh itu, pada pagi hari kejadian, ia merupakan kali terakhir kedua-dua penyampai tersebut bersiaran setelah digandingkan bersama melalui slot Geng Pagi Hot.

Menganggap rezekinya di stesen tersebut hanya untuk selama 6 bulan, Mark mengakui beliau sedih, kecewa dan terkilan kerana sudah mula rasa selesa dengan pekerjaan sebagai penyampai radio.

” Saya dapat surat pada Jumaat lalu, kontrak saya sebenarnya untuk tempoh dua tahun… tapi mungkin pihak pengurusan baharu ada plan mereka tersendiri.

” Saya akui sedih dan terkilan sebab baru sahaja nak belajar dalam bidang penyiaran radio dah jadi macam begini, tapi tidak mengapa mungkin rezeki setakat ini sahaja.

” Saya akan kembali fokus kepada Suara Academy dan bidang lakonan serta tidak menolak sekiranya dapat tawaran daripada mana-mana stesen radio selepas ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mark Adam dilahirkan sebagai Marcus Adam Macaraig Echivarre pada 15 Oktober 1979.

Beliau merupakan penyanyi, pelakon, pelawak dan penyampai radio Filipina yang bermastautin di Malaysia. Dilahirkan di Cebu, Filipina, Mark berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula menjadi terkenal di negara ini.

Walaupun sudah menetap di Malaysia, Mark Adam masih memegang status kewarganegaraan Filipina dan telah pun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia.

Mark juga banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan dan antara drama lakonannya adalah Plan Cinta Tak Jadi, Suami Tanpa Cinta.

Mark Adam dibesarkan di kawasan kemiskinan di Cebu, Filipina. Dia pertama kali menaiki pesawat pada tahun 2001 hanya untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur.

Beliau pernah berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro:

” Ketika itu saya berusia 22 tahun dan bersama lapan anggota kumpulan muzik, Big Bang. Saya akui memang takut kerana dalam poket hanya ada 500 peso (kira-kira RM30),”.

Sumber:mstar

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.