‘Ampunkan Dosa2 Saya’ – Keadaan Aishah Semakin Lemah Akibat ᴄᴏᴠɪᴅ-19

PETALING JAYA – Penyanyi Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatannya yang menunjukkan sedikit penurunan selepas dimasukkan ke hospital akibat positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19 kelmarin.

Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengakui mentalnya tidak kuat seperti sebelum ini.

“Ya Allah, mental tak kuat hari ini apabila melihat patient (pesakit) depan saya dibawa naik untuk diintubate (diintubasi).

“Pagi tadi paras oksigen dalam badan saya 98, mereka cuba nak buka tapi bila ke tandas dan balik ke katil terus turun ke 88.

“Terpaksa pakai alat pernafasan semula dan barulah naik ke 95. Ya Allah, teman-teman tolong doakan saya untuk tidak sampai diintubasi,” tulisnya.

Tambah pelantun lagu Janji Manismu itu, dia mengakui takut dan masih banyak tanggungjawab kepada keluarga yang belum selesai dan perlu dilunaskan.

“Teman-teman tolong doakan saya. Saya tak nak sampai ke situ (diintubasi). Saya takut, saya masih banyak tanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak.

“Sangat mengharapkan doa kawan-kawan. Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menitipkan kata-kata semangat serta doa buat Aishah agar tabah mengharungi dugaan yang menimpa dirinya.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan Aishah sendiri bagaimanapun tidak berjaya kerana tiada sebarang respons terhadap panggilan telefon kepadanya.

Terdahulu, penyanyi bervokal nyaring ini turut mengumumkan khabar duka menerusi perkongsian video di Instagram (IG).

“Positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19. Tolong doakan kami,” tulisnya.

Video berdurasi 3.01 saat itu memaparkan Aishah menjalani ujian ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dilakukan seorang petugas kesihatan di kediamannya.

Menyusul selepas video itu, bekas anggota kumpulan Aishah & The Fan Club ini turut berkongsi satu hantaran yang memaparkan foto menggunakan alat bantuan pernafasan.

Aishah dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus.

“Pengalaman naik ambulans dengan berbunyi siren. Doakan saya,” katanya.

Hantaran dimuat naik Aishah dalam media sosial turut mendapat perhatian peminat dan rakan artis.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber: K! ONLINE BH newzcare

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.