(lsu SoIat Jumaat) – TuIar Sebvah Vide0 VV1P Diberi Masuk, Lepas Tue Terus Tutvp Pagar!

Ramai netiz3n mula rasa mar4h bila melihat satu video yang tul4r di facebook, bagaimana seorang VVIP tiada rasa serba sal4h datang lambat pun dapat masuk solat Jumaat sedangkan para lel4ki di situ yang sampai dulu pun beratur panjang. Akhirnya bila vv1p itu masuk terus ditutup pagar, macam naj1s kata salah seorang net1zen.

Berikutan itu, net1zen mula persoalkan pengurusan m4sjid boleh lakukan double standard dengan perkara sebegini antara orang awam dan vv1p, kata net1zen.

Sepatutnya mereka (vv1p) perlu mengh0rmati jika anda layak masuk sekalipun datang awal, jika lambat beri yang sampai dulu baru orang akan h0rmat pada anda kata salah seorang net1zen.

Menjengah ke ruang komen ramai yang meluah rasa tidak puas hati dengan perkara itu.

Ramai mengatakan kalau double standard ni jangan nampak sangat ketara buat pada rakyat biasa, nanti orang tak sanjung. Hidup perlu saling hormat menghormati tidak kira bangsa agama pangkat mahupun tua atau budak kecil. Sikap sebegini haruslah dijauhi dari diri sendiri.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Untuk Makluman Selangor membenarkan 100 jemaah termasuk pentadbir menunaikan solat fardhu Jumaat di masjid seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata ia membabitkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri); Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Haji Fi Sabililillah, Cyberjaya; masjid pengurusan, masjid institusi dan masjid kariah.

“Bagi surau kebenaran solat Jumaat, 50 jemaah (termasuk pentadbir) dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat.

“Bagi solat fardhu pula, 50 jemaah dibenarkan termasuk pentadbir bagi kesemua masjid, surau dan musolla. Ketetapan baharu ini akan berkuatkuasa mulai hari ini sehingga ke suatu tempoh yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa.

“Semua pentadbir masjid dan surau diminta terus mengambil langkah-langkah pencegahan berterusan seperti menjalankan aktiviti disinfeksi berkala dan terus menggalakkan ahli kariah yang masih belum mengambil suntikan vaksin untuk segera mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera,” katanya menerusi perkongsian infografik di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata, antara syarat bagi jemaah solat Jumaat dan lima waktu adalah individu (ahli kariah) yang tinggal dalam kariah masjid; sudah lengkap dua suntikan dos vaksin serta melaksanakan penggiliran jemaah mengikut hari atau waktu atau mana-mana yang bersesuaian jika bilangan jemaah menerima dua suntikan vaksin melebihi dari kapasiti jemaah yang dibenarkan.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi berkata, pihaknya juga membenarkan pengurusan jenazah bukan COVID-19 di masjid dan surau dengan kehadiran ahli kariah atau ahli keluarga terdekat tidak melebihi 20 orang dan tidak melebihi enam orang bagi jawatankuasa masjid atau surau yang akan menguruskan jenazah.

“Selain itu, akses dan kemudahan ruang solat kepada musafir, pemandu e- hailing, khidmat penghantar makanan dan pemandu kenderaan awam perlu terus disediakan.

“Aktiviti pengimarahan termasuk kuliah, ceramah, tazkirah boleh dilaksanakan secara atas talian (online) dari kediaman penceramah dan pengkuliah masing-masing,” katanya.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.