Connect with us

#news

‘Frontliners’ Gadai Nyawa Meniti Jambatan Usang Di Sabah Demi Kekang Covid-19

Pengorbanan petugas barisan hadapan terutama kakitangan kesihatan ketika ini amatlah besar dan bermakna. Mana tidaknya, gelombang ketiga Covid-19 khususnya di Sabah setiap hari menunjukkan angka positif yang tinggi dan ini membuatkan kakitangan kesihatan semakin bertungkus lumus berusaha mengekang masalah ini.

Kesulitan dan juga kekangan yang dihadapi oleh mereka terutamanya semasa ingin melakukan saringan kepada penduduk di kawasan pedalaman dan terpencil harus dijadikan pengajaran dan diberi penghargaan.

Kongsi video pengorbanan frontliners

Kalau dilihat dari satu video di media sosial yang tular sejak beberapa hari lalu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Sapik_Z berkongsi rakaman keadaan yang perlu dihadapi oleh petugas kesihatan ketika melawat kawasan melakukan saringan di atas rumah air.

Pegawai kesihatan yang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) terpaksa meniti jambatan usang berbahaya sambil membawa perkakas demi melakukan saringan bagi penghuni rumah atas air itu.

Memang jambatan agak daif

Video tersebut telah mendapat perhatian warganet kerana ramai yang berasa sebak melihat pengorbanan yang perlu dihadapi oleh petugas barisan hadapan kita dalam memerangi pandemik Covid-19 dan menjaga keselamatan rakyat.

Ada juga yang berkongsi keadaan sama di kawasan itu beberapa tahun yang lalu ketika mereka menjejakkan kaki di perkampungan berkenaan.

Lingungilah ‘frontliners’ kami

Kebanyakan warganet mengakui terkesan dan sebak melihat kawasan penempatan seperti itu dan juga perjuangan ‘frontliners’ yang sanggup menempuh cabaran demi memastikan penduduk di situ mendapat perkhidmatan kesihatan sebaiknya.

Mereka juga mendoakan agar urusan petugas barisan hadapan terus dipermudahkan urusan mereka dalam berusaha sehabis baik membendung penularan wabak pandemik tersebut.

Semoga diberi kekuatan dan juga kesabaran

Berkatilah perjuangan mereka

Kayu jambatan kerap dicuri

Walau bagaimanapun, melihat daripada komen-komen yang agak negatif di posting tersebut, seorang pengguna Twitter telah menjelaskan keadaan sebenar di perkampungan atas air itu.

Menggunakan nama Carmen Kay, dia mendakwa bukanlah pihak berwajib tidak memberikan bantuan jambatan, namun setiap kali peruntukan kayu baru diberi, pasti pada keesokkannya akan dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sumber: Sapik_Z

Continue Reading

Trending