Connect with us

#pop

Gadis Tak Sangka Niat Berhenti Rehat Di RNR Bertukar Mimpi Ngeeri

Tidur yang cukup hanya memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam bagi dewasa. Namun ins1den ini pelik dimana wanita ini ‘tidur’ selama 3 bulan.

Kejadian berlaku pada pertengahan 2014 dimana seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berumur 24 tahun telah pengs4n di dalam kereta selama 3 bulan. Ummu Diyana Ibrahim menceritakan kejadian pelik yang mengubah hidupnya.

Diyana akui kejadian itu menguji fizikal dan mentalnya. Beliau bersyukur atas peluang kedua diberi oleh-Nya supaya dapat memanfaatkan diri, keluarga dan masa depannya.

Beliau menceritakan situasi itu terjadi ketika dia dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Behrang, Perak.

“Dalam perjalanan, saya rasa macam nak munt4h, tak sedap badan.”

“Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti berehat sekejap di Rawat dan Rehat (RNR) Bukit Gant4ng.”

“Benda yang terakhir saya ingat, saya biarkan enjin dan penghawa dingin hidup kerana mahu terlelap sekejap,” katanya.

Namun misterinya, bekas Pelajar Politeknik Behrang itu tidak menyangka beliau ‘terjaga’ semula selepas lebih 3 bulan. Pada waktu itu jugalah, dia berjuang untuk bangun ke dunia realiti sepanjang terlantar di Hospital Taiping.

Diyana disahkan kekurangan oksigen dan terlebih karbon monoksida, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Dia mengakui ketika dalam waktu tidak sedarkan diri, dia mendengar dan melihat apa yang terjadi di sekelilingnya.

“Sepanjang saya tidak sedarkan diri, saya memang dengar dan nampak apa saja yang berlaku. Cuma saya tidak dapat memberi tindak balas. Seluruh tubuh saya terkunci,” kata Ummu Diyana Ibrahim.

Doktor telah mengambil inisiatif untuk melakukan prosedur intubasi ke leher Diyana. Namun prosedur itu terpaksa ditangguhkan ekoran keluarga Diyana risaukan implikasi yang akan dihadapi Diyana.

Alhamdulillah, Diyana kembali sedar pada hari terakhir tarikh penangguhan yang diberikan oleh doktor terlibat.

“Sehingga hari terakhir yang diberikan doktor, saya masih belum memberi tindak balas yang sepatutnya.”

Ibu bapa saya tidak berputus asa dengan tidak henti-henti bercakap dengan saya, minta saya kelipkan mata, menangis atau menggenggam tangan mereka kalau saya sedar.

“Entah macam mana, saya kuatkan juga semangat dan lawan ‘kunci’ yang mengikat diri saya dan akhirnya saya kembali sedar,” katanya.

Doktor yang menyaksikan insiden itu terkejut ketika Diyana mula sedarkan diri kerana Pakar perubatan di hospital itu menyangka beliau tiada harapan selepas melakukan proses imbasan. Ini kerana kadar oksigen hanya 20% sewaktu Diyana dijumpai pengsan.

Doktor menyatakan kes Diyana sangat unik kerana tiada kerosakan kekal pada otak kecuali keadaan saraf sedikit terjejas terutamanya di bahagian kaki. Suaranya juga hilang buat seketika, kata Diyana.

Sehingga kini, doktor masih tidak mengetahui punca apa yang menyebabkan saraf di kaki Diyana terjejas. Ada yang kata terdapat beberapa saraf dikaki gagal berfungsi dan berhubung dengan otak.

“Jadi, ia memerlukan masa untuk rangsangan saraf itu kembali normal. Mungkin sebulan, mungkin setahun atau mungkin lebih,” katanya.

Walaupun dilanda insiden unik sebegitu, mempunyai kerosakan saraf, berjalan memakai tongkat dengan kesakitan seketika, ia tidak menghalang Diyana untuk menjalani kehidupan seharian sebagai seorang pelajar Universiti bersama 515 pelajar yang lain. Beliau mengambil bidang keusahawanan.

Malah, beliau mengakui tidak trauma atas kejadian yang menimpa dirinya dan kembali memandu kereta dengan normal dan baik.

“Pengalaman ini, nyata mengubah perspektif saya mengenai kehidupan. Ketika koma, kehidupan saya seolah-olah diimbas kembali. Jadi, saya akan gunakan peluang ini untuk melakukan yang terbaik. Saya mahu berjaya dalam pelajaran dan mahu mengubah kehidupan,” katanya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya