“Selagi 2 Jahanam Ni Wujud, Rosak Player..” Berang Dengan Keadaan Semasa, Roslin Hashim Dedah Rahsia BAM

Kuala Lumpur: Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim berasakan wujud kepincangan dalam pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dilihat menjadi punca pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengambil keputusan meninggalkan badan induk itu.

Bagi Roslin, dia tidak menganggap tawaran RM4 juta kepada Zii Jia sebagai punca utama tetapi berdasarkan pengalamannya bersama BAM sebelum ini, dia tahu sesuatu perlu dilakukan demi masa depan sukan badminton negara.

Tegas Roslin, pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa Zii Jia mengambil keputusan untuk meninggalkan BAM ketika prestasinya masih belum optimum.

” Persoalan sekarang kenapa Zii Jia keluar dari badan induk yang besar. Yang ada segala-galanya.

” Kena ada proses bedah siasat. Kena tahu punca kenapa Zii Jia buat keputusan itu. Masalah sekarang saya rasa adalah pengurusan.

” Bukan pasal pemain atau jurulatih. Benda ini perlu disiasat terutama oleh Pesuruhjaya Sukan,” katanya.

Roslin turut mempersoalkan mengapa bekas ketua jurulatih kebangsaan wanita, Chan Chong Meng meletakkan jawatan hanya selepas 18 bulan bersama BAM.

” Chong Meng masuk ke dalam BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita. Fikirlah tak sampai dua tahun dia letak jawatan.

” Dalam pada waktu itu Chong Meng berjaya membentuk beregu wanita negara. Sekarang ini Zii Jia pula. Jadi saya rasa memang perlu siasat perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim turut menyarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneliti jika wujud krisis dalaman dalam BAM sehingga mendorong Zii Jia bertindak meninggalkan BAM.

Jika tindakan segera tidak diambil, dikhuatiri BAM akan kehilangan lebih ramai pemain.

Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 yang ketika ini menduduki ranking ke-7 dunia, menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM pada 11 Januari lalu.

ROSLIN HASHIM LONDEHKAN SIAPA MASALAH SEBENARNYA

Selesai secara baik, isu BAM-Zii Jia kini tumpuan dunia – Chong Wei

Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dapat diselesaikan secara baik.

Pemenang pingat perak pada tiga temasya Sukan Olimpik itu berkata berita mengenai keputusan Zii Jia untuk meninggalkan BAM telah menjadi antara topik berprofil tinggi yang menjadi tumpuan peminat seluruh dunia.

Beliau berkata isu yang berpanjangan tidak memberi kebaikan, sebaliknya boleh mencetuskan tanggapan negatif peminat luar terhadap nama baik badminton tanah air, yang merupakan antara sukan utama di Malaysia.

” Tidak hanya di Malaysia, satu dunia pun tahu berita ini. Saya juga rasa perkara ini tidak begitu bagus untuk skuad badminton kebangsaan. Saya harap boleh cepat diselesaikan dan fokus kepada badminton.

Jangan sampai jadi besar sangat,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Semalam Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan Zii Jia membuat keputusan meninggalkan badan induk itu untuk bergerak sebagai pemain bebas dan telah menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Jan lepas.

Mohamad Norza berkata BAM telah mengadakan beberapa perbincangan dengan juara All England 2021 itu bagi memujuk Zii Jia untuk kekal, namun pemain berusia 23 tahun itu tetap dengan pendiriannya.

Mengulas lanjut Mohamad Norza berkata antara faktor Zii Jia ingin keluar adalah beliau bukan Chong Wei, tidak boleh tahan tekanan dan mahu mencapai apa yang diinginkan sendiri dengan ruang tanpa kekangan.

BAM dijangka mengumumkan keputusan berhubung kata putus Zii Jia itu esok.

Sementara itu Chong Wei berkata perjalanan sebagai pemain bebas tidak mudah dari aspek venue latihan, pemilihan jurulatih dan program pemulihan apabila kesemua itu perlu diuruskan secara sendiri tidak seperti di BAM, yang menyediakan segala elemen berkenaan.

Menurut Chong Wei, BAM antara organisasi yang mempunyai infrastruktur latihan serba lengkap dan terbaik.

” Tetapi dia (Zii Jia) mesti sudah ada perancangan sendiri dan paling penting sekali adalah keputusan, tak kisah sama ada dalam (BAM) ke, atau di luar, apa yang penting dia selesa untuk beraksi pada tahap terbaik, tetapi perkara ini bukan mudah,” katanya.

Zii Jia mengharungi musim 2021 dengan prestasi tidak konsisten bermula dengan persembahan hambar di tiga kejohanan di Thailand sebelum mencipta sensasi muncul juara All England pada Mac.

Beliau kemudian membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Tokyo yang menyaksikan pemain kelahiran Kedah itu tewas di pusingan 16 terbaik kepada juara Olimpik Rio 2016 dari China, Chen Long.

Selepas membantu skuad negara meraih gangsa Piala Sudirman, beliau kemudian berdepan masalah keletihan dan kecederaan dalam beberapa kejohanan disertai, termasuk terpaksa menarik diri pada kejohanan Indonesia Master di Bali dan Kejohanan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol.

“Selagi 2 Jahanam Ni Wujud, Rosak Player..” Berang Dengan Keadaan Semasa, Roslin Hashim Dedah Rahsia BAM

Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dapat diselesaikan secara baik. – Gambar fail/BERNAMA

Sumber: HM / BH

Check Also

Beri selipar yang dipakai kepada warga emas berk4ki ay4m tepi jalan… Pemuda ini dapat ‘tabik’ hormat netizen

SEBAGAI umat Islam, kita sememangnya dituntut untuk berbuat baik sesama manusia dan m4khluk lain. Walau …

Leave a Reply

Your email address will not be published.