Connect with us

#news

Gara-Gara Berhijrah Tinggalkan Rumah, Wanita Terkejut Rumah Cantik Tinggal Rangka

Sejak pelaksanaan kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan 2 bulan lepas, ramai pihak yang terkandas dikampung halaman dan tidak dapat pulang ke kediaman masing-masing.

Namun begitu kekangan pergerakan ini kadang kala menimbulkan kesulitan kepada sesetengah orang terutamanya bagi mereka yang gagal pulang ke rumah masing-masing bagi memastikan keselamatan harta benda sepanjang peninggalan.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama FB Wafi Umairah Batrisya. Beliau seumpama tidak percaya apabila mendapati rumahnya di kampung kini tinggal rangka akibat perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dimaklumkan kediaman tersebut merupakan rumah pusaka peninggalan arw4h suaminya di Pekan Nenasi, Pahang.

Sejak pemergian suaminya, wanita tersebut telah berhijrah ke kawasan lain memandangkan beliau risau untuk tinggal berseorangan di rumah tersebut, namun menurutnya sekali sekala beliau tetap akan pulang untuk melihat dan memantau rumah tersebut.

Memang mengejutkan apabila kepulangan beliau kali ini mendapati rumahnya telah dimasuki pencvri dan lebih malang lagi hampir keseluruhan dinding dan atap rumahnya hilang.

Video rakaman rumahnya yang kini tinggal rangka itu telah dimuatnaik ke laman sosialnya dan mendapat ribuan komen daripada pelayar FB.

Rumah ditinggal tinggal rangka

Gepostet von ApeAjer am Dienstag, 12. Mai 2020

Rata-rata mengucapkan kata-kata semangat dan memintanya untuk bersabar dalam menghadapi dugaaan tersebut.

“Ya…Allah. Di bulan yang baik ni pun ada jugak manusia yang buat macam ni. Ujian yg di puasa ni…..
Semoga Wafi Umairah Batrisyia banyak bersabar”, kata Rosman Sulong.

“Rumah ni jauh Dari jiran ke..senangnye org mencvri.. sedihnya lebih lagi bulan puasa ni..semoga tabah yer Wafi Umairah Batrisyia..dugaan Di Bulan ramadhan”, tambah Norazizan Minai pula.

Gara-Gara Berhijrah Tinggalkan Rumah, Wanita Terkejut Rumah Cantik Tinggal Rangka

Kata Wafi Umairah lagi, faktor rumahnya yang terletak berjauhan dengan penduduk lain menyebabkan kejadian tersebut sukar dilihat dan dikesan oleh orang ramai.

Jika dilihat pada keadaan rumahnya itu, rasanya perbuatan untuk mengambil dinding dan atap rumah memerlukan kudrat lebih daripada seorang dan kemungkinan perbuatan tersebut dilakukan secara berkumpulan.

Menurut Wafi Umairah lagi beberapa harta benda yang ditinggalkan didalam rumahnya turut dikebas pencvri tersebut dan anggaran kervgian yang dialaminya melebihi angka RM 30 ribu.

Diharapkan Wafi Umairah terus tabah menghadapi ujian di bulan puasa ini dan dipermudahkan segala urusan di masa akan datang.

Demi memastikan rangkaian wab4k c0v-19 dapat dibendung daripada terus tersebar, langkah menghadkan pergerakan sewajarnya dipatuhi oleh semua pihak.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya