Connect with us

#celeb

Gara-gara dipaksa bertiktok dengan suami, Aprena tak sengaja buat suami dia sakit

Pelakon jelita, Wan Syahera Putri Aprena Binti Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Aprena Manrose merupakan diantara selebriti wanita yang sudahpun menempa namanya dalam dunia hiburan tanah air terutama dalam drama bersiri.

Aprena mula dikenali apabila diberi peluang menggalas watak utama dalam drama, Tiada Arah Jodoh Kita, bergandingan dengan Shukri Yahaya, 2 tahun lalu.

Gara-gara dipaksa bertiktok dengan suami, Aprena tak sengaja buat suami dia sakit

Berlakon Filem Baru..

Sering menjadi pelakon utama dalam drama membuatkan bakat Aprena Manrose kini semakin dikenali malah sepupu kepada Nelydia Senrose ini juga sedang hangat diperkatakan menerusi karya terbaru lakonannya dalam sebuah filem pula.

Filem berkenaan berjudul, Jodoh Syaitan yang bakal memulakan tayangan dipawagam mulai 5 Mac. Ianya juga merupakan lakonannya bersama arwah Abam Bocey dan ramai lagi pelakon hebat.

Plank Challenge gagal..

Terbaru, Aprena Manrose menerusi medan penuh emosi instagram miliknya memuat naik 1 video dimana dia dipaksa hubby tercinta, Mohd Afiq Hazman untuk bertiktok membuat plank challenge.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN SYAHERA PUTRI APRENA (@mrsaprenamanrose) on

Netizen mula berbual hangat apabila Aprena didalam video tersebut tersilap langkah dan akhirnya terlutut kemaluan suaminya hingga menyebabkan sang suami berguling menahan senak.

Mengakhiri ayat dengan tanda tanya adakah suaminya nak buat video lagi dengan pelakon jelita ini membuatkan rata-rata netizen terasa sakit dan senaknya suami beliau. Ada juga yang cemburu dengan perkahwinan mereka. Ini beberapa komen dari netizen yang mendapat perhatian :

Cutenya this two❤️

hahaha alaa nak kawen😭

kena break dulu g makan cendol lps tu sambung balik tik tok 🤣🤣🤣🤣

Cutenya😍😍😍

aduhhhh senak😂

Ouchhh! That sure hurts…😆🤭

Hahahahahaha. Msti serikkkk😂

nangis guling guling tak 😂

Perlahankan Dunia Seni..

Dalam pada itu, dia juga berkata akan memperlahankan karier seni. Namun begitu, dia masih terbuka untuk menerima tawaran.

Aprena Manrose dan suaminya berkahwin pada tahun 2016 dan kini sudah 4 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

 

Silakan SHARE

Sumber IG @mrsaprenamanrose prepared by The Klasik

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya