Connect with us

#news

[Video] Gara-gara Terlalu Percaya Dengan Waze, Pemandu Kereta Salah Masuk Lorong Motosikal

Baru-baru ini, akibat tersilap mengikut panduan aplikasi penunjuk arah, dua pemandu kenderaan dikesan tersilap dengan memasuki lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur ke arah Klang dalam 2 kejadian berasingan.

Dua kejadian itu berjaya dirakam oleh penunggang motosikal yang kebetulan melalui lorong di situ sebelum rakaman itu menjadi tular dalam media sosial. Hal itu mendapat perhatian dari pihak berkuasa yang kemudian membuat dua laporan polis.

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal selaku Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengatakan dua laporan polis telah dibuat semalam oleh seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas menonton rakaman video tersebut sekitar jam 12 tengah hari.

“Rakaman video pertama menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki, manakala rakaman video kedua menunjukkan sebuah kereta jenis PERODUA Bezza dipandu seorang wanita tersalah memasuki lorong motosikal.

“Kedua-dua pemandu berusia 33 tahun itu berjaya dihubungi dan hasil temu bual awal, kedua-duanya memaklumkan mereka mengikuti arahan daripada aplikasi Waze yang digunakan untuk memasuki sebuah lorong kecil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Makin menjadi2 kereta lalu laluan motor ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ 

Makin menjadi2 kereta lalu laluan motor ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ 

Gepostet von Creative Ideas am Sonntag, 30. August 2020

Beliau menambah, kedua pemandu berkenaan mula sedar bahawa mereka tersilap memasuki lorong selepas melihat banyak penunggang motorsikal menggunakan lorong tersebut.

“Beberapa penunggang motosikal yang melihat kejadian itu kemudian mengarahkan mereka berhenti sebelum menunjukkan laluan keluar ke jalan utama.

“Kedua-dua pemandu berjaya dikesan dan dihubungi bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.”

Untuk rekod, kejadian pertama mengambil tempat melibatkan kenderaan jenama Perodua Bezza pada tanggal 28 Ogos sekitar jam 3 petang, manakala kejadian kedua berlaku melibatkan kenderaan jenama Toyota Vios pada Ahad lalu sekitar jam 7:10 malam.

Kepada pemandu diluar, sebelum memulakan perjalanan, pastikan lorong dan laluan yang akan digunakan betul dan tidak menyebabkan kesusahan pihak yang lain. Sama-sama kita menjaga keselamatan jalan raya.

Continue Reading

Trending