Connect with us

#pop

Gelombang ke-2 Melanda Sarawak. Kes Cecah 2 Angka Dan Wujud Kluster Baru.

Perkara tak terduga berlaku di Sarawak apabila kes penularan wabak pandemik, Covid-19 mencecah dua angka (10) dilaporkan semalam. Hal ini sekali gus mencetuskan gelombang kedua di Bumi Kenyalang.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Timbalan Ketua Menteri menyatakan, daripada 10 kes baru, 6 daripadanya berlaku di Kuching dan setiap dua daripadanya berlaku di Samarahan dan Bintulu.

Datuk Amar yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak memaklumkan hal ini menjadikan jumlah kes keseluruhan Covid-19 di Sarawak sebanyak 594 kes.

Wujud kluster baru

” Kluster baru juga dikesan iaitu Kluster Kapal LNG Jupiter berikutan penambahan dua kes baru pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang membabitkan kluster ini ialah seramai tiga orang daripada keseluruhan 30 orang kru kapal yang disaring.

” Kes p0sitif bukan warganegara itu adalah kontak rapat dengan kes p0sitif yang telah dikesan pada 13 Julai lalu di atas kapal LNG Jupiter,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Datuk Amar mengulas, empat kes p0sitif pula telah dikesan dalam kalangan warganegara pulang dari luar negara yang kini sedang menjalani prosedur kuarantin selama 14 hari iaitu setiap duanya di Kuching dan Samarahan.

Kata Datuk Amar: ”Kesemua kes ini dikategorikan sebagai kes import yang membabitkan warga tempatan,”. Beliau juga menambah, satu kes p0sitif melibatkan seorang individu wanita warga emas mengalami Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Kuching.

”Kes ini adalah jangk1tan tempatan kerana kes tidak mempunyai sejarah perjalanan melawat ke luar negara,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri mengatakan satu lagi kes p0sitif melibatkan individu (pekerja kesihatan) semalam yang puncanya berlaku dari kontak rakan di tempat kerja kepada kes ke-582. Ia dikesan pada 15 Julai lalu hasil dari saringan kontak kes p0sitif Covid-19.

” Kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala serta dimasukkan ke H0spital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut. Kes juga adalah jangk1tan tempatan kerana tidak mempunyai sejarah perjalanan melawat ke luar negara.

” Dua lagi kes pos1tif hari ini membabitkan warga tempatan yang membuat saringan kendiri di hspital swasta dan punca jangk1tan untuk kes ini masih dalam siasatan lanjut. Berikutan situasi terkini kes yang meningkat semula, kita mahu memastikan PPE mencukupi untuk petugas barisan hadapan,” katanya.

Dalam waktu yang sama, Datuk Amar mengatakan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat melibatkan Jabatan Kesihatan Sarawak pada hari Isnin ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenai kelengkapan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE).

Continue Reading

Trending