Connect with us

#pop

Gembira tiap kali balik kerja, isteri buat kompilasi video suami menari masuk rumah

Mutiara dalam rumah tangga yang dibina itu sebenarnya adalah seorang isteri. Isterilah insan yang paling banyak berkorban dalam sesebuah rumah tangga.

Dialah insan yang bukan sahaja menguruskan anak-anak, tetapi juga bab lain seperti turut membantu menambah pendapatan keluarga.

Jadi para suami jangan sesekali menzalimi insan istimewa ini kerana dia adalah bidadari yang tak pernah berhenti mendoakan kita dan punca rezeki dalam rumah tangga.

Mereka tetap diibaratkan jantung dan jika hatinya tidak bahagia maka seisi rumah akan nampak tidak bermaya.

Sentiasa hargai isteri selagi nyawa di kandung badan dan bahagiakan dirinya mengikut kemampuan diri.

Isteri rakam setiap kali balik kerja

Seperti yang tular baru-baru ini di media sosial Twitter apabila seorang lelaki muat naik rakaman video berupa kompilasi dimana isterinya rakam telatah lelaki itu setiap kali pulang dari tempat kerja.

Nak buat isteri gembira

Lelaki tersebut, @HaissazcH di Twitter memaklumkan tindakannya menari setiap kali pulang dari kerja bertujuan untuk membuatkan isteri gembira dengan kepulangannya. Tetapi, dia tidak sangka bahawa isterinya rupa-rupanya rakam video telatah tersebut dan buat kompilasi yang mencuit hati itu.

Yang tengok pun rasa happy sama

Sehingga kini, video itu mendapat sebanyak 81 ribu tontonan, 18 ribu ulang kicau (Retweet) dan 30 ribu tanda suka di Twitter.

Rata-rata netizen juga menghujani ruangan komen yang turut gelak dengan telatah lelaki itu.

Telatah antara pasangan suami isteri itu jelas membuatkan netizen tumpang gembira dengan mereka. Ternyata, selepas penat lelah bekerja demi rezeki, satu senyuman atau tindakan melatah mampu hapuskan segala mood yang tidak elok.

Semoga terus bahagia hingga ke Jannah buat pasangan tersebut.

Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.

A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.

Begitulah.

Trending