‘Gerak Khas’ Menyatukan Sheera Iskandar Dengan Abang Polis..Dapat Merayakan Lebaran Sebagai Suami Isteri

PELAKON Sheera Iskandar selamat bergelar isteri kepada anggota polis Mohd Halim Abdul Gani, dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Firudz Saderi kira-kira pukul 6 petang, Isnin.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Sheera menerima mas kahwin sebanyak RM1,000.

Majlis pernikahan Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga.

Sheera mengakui tidak menyangka suaminya memulakan salam perkenalan sedangkan dia merahsiakan statusnya sebagai janda ketika itu.

“Apa yang paling buat saya terharu ialah keluarganya tidak melihat saya sebagai j4nda dan bertanya kisah silam saya,” katanya.

Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas ini mula mengenali suaminya ketika penggambaran Gerak Khas pada tahun 2019.

“Disebabkan Gerak Khas kami berjumpa. Tak sangka kerana siri Gerak Khas akan berakhir tahun ini dan saya kena ‘gantung’ uniform sebagai Inspektor Sheera. Selepas ini saya kena jaga uniform bakal suami pula.

Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015 namun disahkan berc.erai pada hujung 2018.

Penerbit drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon drama terbabit, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: mstar

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …